Okay aku sambung balik citer ari tu ya..
BAYAR FEE UNTUK URUSAN SNP
26 Ogos 2014, Ms.C (lawyer snp) emeil kan caj yang perlu dibayar adalah RM1841 .Lepas baca emeil dia aku terus transfer online dan aku emeilkan semula resit bukti bayaran tersebut padanya.
Petang sikit aku pergi ke pejabat lawyer bank untuk Hantar SNP original .
28 Ogos 2014, Aku dapat emeil dari Ms.C, Dia info pada aku yang dia dah call JMB untuk minta surat original Letter of clearance dan letter of undertaking (bukti settlement cukai tanah dan tiada tunggakan maintance fee) . tapi JMB bagitahu Si penjual sudah ambil surat tersebut beberapa hari yang lepas. Then Ms.C suruh aku minta surat tu dari Si penjual. Then, dia ingatkan aku untuk maklumkan pada banker supaya beli fire insurans lebih awal. Sebab risau bermasaalah time nak released duit loan nanti. sebab JMB dan si penjual tak ada beli fire insurans langsung.
MASAALAH JMB TAK BELI FIRE INSURANS
Then aku whatsapp Pn.Yati semula tanya berkenaan fire insurans yang aku suruh dia belikan awal tempoh hari. Then dia reply aku balik. Rupanya dia terlupa nak update pasal fire insurans tu. Lepas tu dia call aku balik, dia kata orang yang handle bahagia document tu bagitahu tak perlu beli fire insurans lebih awal sebab pihak bank akan make sure beli fire insurans pada hari yang sama released duit pinjaman. Pastu dia sambung kan aku Pada Ms.F yang incharge bahagian tersebut, Agak garang orang nye. Tak sempat aku nak terangkan dia dah bertegas tak boleh beli fire insurans lebih awal. aku cuba terangkan pada dia yang lawyer suruh beli awal sebab risau bermasaalah time nak relesed pinjaman sebab jmb tak beli fire insurans dan si penjual pun tak beli fire insurans. Tapi yang dia jawab kat aku, tak ada masaalah!!!..
Then aku emeil Ms.C bagitahu dia apa yang banker tu dah explain kat aku tak ada masaalah tak ada fire insurans. Pastu Aku terima Balasan emeil dari MS.C semula. Katanya, lawyer snp tak boleh berhubung dengan Bank. Hanya lawyer bank yang boleh berhubung dengan banker. Dia suruh aku bagitahu Pn.Yati :-
1) Master Fire Insurans Policy tak ada :Devaloper tak beli
Tanya Pn.Yati:- 2) boleh tak bank keluarkan pinjaman sebelum harta diinsuranskan?
3)Bukan ke insurans api satu PRA syarat sebelum bank keluarkan pinjaman?
Then malam nya aku balik rumah, baca semula letter offer loan yang aku dah sign hari tu. Dalam letter offer tu memang ada tertulis syarat2 tersebut. Property mesti ada master policy by JMB. Then aku Whatsapp Bos lawyer bank pula. Aku tanya dia berkenaan fire insurans tu. bagitahu dia pasal masaalah owner dan JMB tak beli fire insurans tu..Aku cakaplah kat dia yg aku dah call banker and banker tu kata tak ada masaalah. Tapi aku pulak yang risau kot pemahaman banker tu tak sampai ke tahap JMB tak beli fire master policy insurans. Sebab standart semua rumah berstrata memang jmb dah siap2 beli fire insurans awal2 lagi sebab fire insurans ni is mandatory untuk JMB OR devaloper beli untuk keseluruhan bangunan....Bos lawyer bank tu kata,bank lain tak cerewet sangat, tak kisah kalau tak ada fire insurans tu. Tapi Pb bank memang cerewet sangat .. Tapi nanti dia akan follow up ngan staf dia and akan update aku semula nanti...
28 Ogos 2014 @ 9mlm, Jumpa dengan si penjual untuk ambil surat dari JMB untuk dihantar pada Ms.C keesokannya. Sempat lagi si penjual tu cerita yang dia ada pergi ke pejabat lawyer lama dia untuk minta surat original penting yang Pihak Liquidator nak tu. Masa jumpa lawyer tu, dia pun dah tak pandai nak explain macam mana, sebab lawyer tu tak nak bagi surat original tu..Sebab tak pandai nak explain then dia call Ms.C untuk Ms.C berhubung direct dengan lawyer tu ..(Biasanya lawyer lama memang tak nak bercakap ngan Ms.C) Then, kata si penjual, lama juga dia dengar Ms.C dan Lawyer lama tu bercakap kat telpon. Then akhirnya, Lawyer lama tu bersetuju keluarkan surat Letter of undertaking. cerita si Penjual lagi, lawyer lama tu siap ngadu lagi, yang lawyer aku tu asyik call staf2 dia..katanya belajar jurusan sama, tapi pemahaman lain2. Pemahaman lain tu lah yang membuatkan lawyer lama tu tak buat proses serve pihak liquidator pada tahun 2012 dan susah berurusan nak bagi surat original tu kot!! kata aku.. Kata Ms.C pulak, sepatutnya, lawyer lama tolong permudahkan urusan si penjual sekarang sebab si penjual ni adalah client dia yang dia upah dulu..
29 Ogos 2014 @ 9.30am Sekali lagi aku call banker Pn.Yati, Baru cakap ngan dia nak confirmkan semula pasal fire insurans tu, dia kata kena tanya direct Ms.F terus sebab Ms.F yang uruskan pasal tu. Then again, Tak sempat aku nak explain dia dah sembur aku dulu...tak sempat aku nak terangkan sebab asyik dia je yang bercakap..tak nak dengar dulu apa yang orang nak terangkan..Then aku iya kan je lah..Klu dia dah cakap macam tu..macam tu la.. Bank akan beli fire insuran pada hari duit loan di released kan!!!
(sebenarnya aku agak risau jugak bab JMB tak beli fire insurans nie, sebab pernah baca gak kes bank tarik balik loan diasaat akhir sebab property jmb tak beli fire insurans dan devaloper bankrup. Risau gak la weh! Kes yang pernah terkena kat orang lain, terkena kat aku pulak.. Just berdoa dalam hati je la. ..harap-harap di permudahkan..Amin..
29 Ogos 2014 @ 11.45am, Aku sampai ke pejabat lawyer snp. Bagi pada Ms.C dua keping surat JMB tu. Dan ada 2 helai kertas yang aku perlu tandatangan lagi. Macam biasa, sebelum tandatangan surat2 tu dia explain dulu untuk apa kegunaan setiap borang dan surat yg aku isi tu. Memang profasional.. Bagusnya!!! satu borang tu adalah borang pengesahan sumber kewangan (baru tahun ni dikuatkuasakan untuk sign borang tu untuk elakkan aktiviti penggubahan haram). satu borang lagi adalah surat kebenaran pihak lawyer menggunakan data peribadi (iaitu dlm tujuan pengisian segala borang dokumentasi). Then Ms.C bagitahu lah kat aku, hari jumaat lepas Hafis ada jumpa lawyer lama dia, ingatkan lawyer lama direct buat surat tu on the spot, sebab bukan panjang pun ayat nak ditulisnya..just sebaris ayat je.. Sebab si penjual tak bawa balik surat tu, then isnin nya dari Pagi Ms.C tunggu call dari staf lawyer lama penjual. Pagi tak ada call-tengah hari pun tak ada call juga. Then dah tak tahan nak tunggu lagi, petangnya ms.C terus call staf lawyer lama untuk bertanyakan surat letter of undertaking tu. Then staf tu cakap yang bos dia tak ada bagitahu apa2 pun pasal surat tu. Dia kata dia akan tanya bos dia balik. Then lepas tu staf tu call balik bagitahu yang pihak mereka akan hantar surat tu direct kepada pihak liquidator..
DAH DEKAT NAK DAPAT LETTER OF CONFIRMATION
Ms.C bagitahu, dia agak dalam masa 2 minggu lagi sudah boleh dapat letter of confirmation dari liquidator dan 10% downpayment dah boleh diberi kepada penjual. Untuk case sekarang Ms.c dah settlekan semua kerja2 serve pihak liquidator. semua document2 yang diminta sudah dihantar pada liquidator. Biasanya rumah yang devaloper dah bankrup, pihak liquidator akan minta semua file2 dan document2 complete dihantar kepada mereka. Kata Ms.C lagi, untuk case aku nie, dah banyak buang masa untuk setttle kan kerja lama yang lawyer lama tu dulu tak buat..sebulan dah habiskan masa buat kerja2 lama serve liquidator bagi pihak penjual tersebut.
Then aku bagitahu lah Ms.C yang aku dah confirmkan balik dengan banker yang incahge bahagian pasal beli fire insurans tu. Orang tu kata tak ada masaalah tak ada fire insurans. Then dia kata kat aku suruh aku ingat balik nama staf tu, nanti kalau ada problem nanti kita cari dia... Ms.C pun agak risau sebenarnya pasal fire insuran nie. sebab biasanya pihak devaloper,jmb dan bank yang beli fire insurans nie..Kalau devaloper beli biasanya ambil masa yang lama untuk keluarkan sijil fire insurans. Thats why dia suggestkan banker beli lebih awal..
CARI MAKLUMAT FIRE INSURANS (BELI SENDIRI)
5 September 2014, Emeil Allianz, Aku tuliskan status masaalah aku mengenai fire insurans.tanya samaada aku boleh beli sendiri fire insuran lebih awal atau tidak ? Then Allianz reply sahkan Bahawa pihak mereka tidak boleh menawarkan fire insruans pada aku lagi,sebab urusan pemilikan belum complete. Hanya boleh menawarkan insurans pada pemilik semasa sahaja. So hanya si penjual yang boleh beli fire insurans tersebut. Dalam pada tu aku turut mencari sumber2 lain berkenaan fire insurans ni..aku hubungi maa,dan agent persendirian juga..banyak kali gak berbalas-balas emeil dengan dorang nie..ingat nak beli online ngan allianz..tapi asyik hantar form untuk beli insurans type Houseowner household insurans...aku tak nak yg jenis tu sbb nak beli yg FIRE INSURANS. Yg asas sahaja biar nampak mcm sama yg mcm JMB beli...
7 september 2014, Bos laywer bank whatsaap bagitahu, bukan tanggunjawab pembeli lagi, masih tanggunjawab penjual. Then petangnya bincang dengan Ms.C samaada nak suruh Penjual beli fire insurans dulu? Then ms.C suruh aku tanya pihak insurans samaada policy insurans yg dibeli boleh dibatalkan? atau dipindah milik? sebab kebiasaanya fire insurans yang dibeli dari JMB boleh di pindah milik. Dia kata kalau penjual beli dulu then kalau boleh pindah milik, suruh penjual beli dulu, then bila loan released aku take over insurans tu dan bayar balance bayar pada penjual kemudian nanti. And setelah aku emeil kan pertanyaan pada syarikat insurans, mereka sahkan, fire insurans yg dibeli sediri oleh bank atau individu tidak boleh dipindah milik, tapi boleh dibatalkan anytime..dan sebahagian duit premium akan dipulangkan mengikut perkiraan hari yg telah digunakan.
PERLU BELI FIRE INSURANS
11 september 2014, Ms.C confirmkan yg si penjual perlu beli fire insurans jugak sebab dia dah suruh staf lawyer bank call banker tanya pasal keperluan document tersebut. Cik.I dari lawyer bank dah confirmkan semula dengan banker..dan banker memang nak document sijil fire insurans tersebut. Then ms.C info yang LETTER OF CONFIRMATION dari pihak liquidator dah dapat. dan perlukan comply dari boss dia iaitu Ms.S. Hari jumaat dia bercuti hingga selasa. so Hari rabu si penjual dah boleh datang ambil cek payment 10%. Then ms.C suruh aku tolong si penjual uruskan pembelian fire insuran tersebut. Sebab dia risau si penjual lambat beli atau tak tahu nak uruskan pembelian tu.
( sebenarnya time aku google kat internet, adalah jumpa satu blog atau web kat internet yg ditulis oleh agen insurans. blog dia adalah cerita sikit2 pasal fire insurans ni, so aku tanya lah dia boleh beli fire insurans sendiri melalui dia atau tak? dia kata boleh, dia anggarkan harga fire insurans basic rm150 premium setahun. Then aku bagi nombor dia pada si penjual tu. Then penjual tu call dia nak beli fire insurans tu dari dia, agent tu boleh cakap tak perlu beli pula, anda tak ada masaalah nak released duit loan kalau tak beli katanya. Then si penjual tu pulak yg call Ms.c cakap agent tu kata tak perlu beli fire insurans and tak ada masaalah kalau tak beli!!!) Suka hati agent tu je cakap macam tu? nak dengar cakap lawyer atau cakap agent insurans? kalau problem time released loan nanti sape nak jawab?
PERGI BELI FIRE INSURANS
12 september 2014, Aku dan owner dah deal untuk jumpa kat MAA untuk pergi beli fire takaful di MAA takaful jln ipoh . Si penjual sampai lambat,so aku ngan member uruskan dulu sebab aku tak leh tunggu lama sebab nak kena masuk kerja semula nanti. Mula2 staf tu nak beli insurans jenis Household house owner insurans sebab katanya perlindungan lebih menyeluruh. But aku bertegas juga nak fire insurans yang basic sahaja sebab lawyer nak yang tu kata aku. Then staf tu beli kan type fire insrans . Just bayar RM80.30 premium untuk setahun. dengan nilaian rumah rm123k. Katanya dalam masa 14hari sijil akan dikeluarkan (14hari bekerja kot)
SPA DAH START EFFECTIF DATE 10 SEPTEMBER 2014
12 september 2014, Ms. S bos lawyer SNP call,bagitahu yang dia dah comply surat dari liquidator dan bagitahu effectif date SPA sudah berkuatkuasa pada 10 september 2014.
PENJUAL AMBIL CEK 10% DOWNPAYMENT
17 september 2014, Si penjual ambil cek dari lawyer snp dan tandatangan surat2 penting. Ms.c bagitahu pihak lawyer bank pun akan berhubung dengan pihak liquidator. Jika nak cepat proses disbush pembeli perlu push lawyer bank untuk cepat buat kerja...so sekarang terpulang pada lawyer bank pulak untuk buat kerja..
26 september 2014, Maa call bagitahu sijil fire insurans sudah keluar. Aku minta emeilkan sijil tersebut pada aku dan aku forward kan pada Ms.C.
Lega rasanya, dah lepas banyak masaalah..owner pun dah dapat duit 10% dia..so pasni aku just follow up ngan lawyer bank je lah...and standby tunggu call dari pihak valuer. sebab biasanya pihak valuer atau jurunilai hartanah akan call kita nanti..
Hari2 aku stanby handphone nokia lama aku tu, ke hulu kehilir aku bawak telpon aku tu, no phone tu memang khas untuk banker/lawyer bank call aku..sebab aku tulis no 016 tu semasa time submit borang loan ari tu. lama tunggu tak call2 juga...dalam pada tu adalah 2minggu sekali aku follow up kes rumah aku tu dari bos lawyer bank. just whatsapp dia je tanya perkembangan...tak nak kacau staf dia lagi,.bagi masa dia wat kerja dulu..aku akan follow up dari bos dia---bos dia Pulak akan follow up staf dia tu...he he..
AKU RISAU PIHAK VALUER TAK ADA CALL LANGSUNG
24HB OCT 2014 ( JUMAAT) at 5pm , aku call CiK.I, staf lawyer bank yang handle kes rumah aku tu. Sejak -3 hari lepas aku call nak bercakap sendiri dengan cik.I nie. Aku faham dia nie memang sangat bzi dengan kerja dia...tu yang asyik tak dapat berhubung dengan dia tu,,sebab dia yang incharge kes aku, so baik aku tanya direct dia terus je..Then aku tanya lah dia perkembangan kes rumah aku tu. Dia info aku ,dah advice pihak bank dan tengah tunggu satu surat dari pihak bank and document lain dah complete. Lepas tu aku bagitahu dia yang pihak valuer belum pernah call aku lagi sejak sejak loan approve sampai ke hari nie? So dia advice aku untuk berhubung dengan pb bank branch tempat yang aku buat pinjaman tu. Sebab jika pihak bank terlupa buat valuation, nanti akan melambatkan proses disbursh duit pinjaman.
24HB OCT 2014 at 5.15pm. Aku just whatsaap Pn.Yati. Bagitahu dia yang pihak valuer belum pernah call aku sejak sign loan letter offer sampai sekarang? Pn.yati reply bagitahu yg aku yg dia bercuti pd hari Isnin nie, dia suh aku call Ms.F dulu untuk try tanya..but its Okay lah aku nak tunggu dia cek dulu ari Selasa nanti..he he he
actualy, sejak loan aku dah approve, aku tertunggu2 gak bilalah pihak valuer ni nak call aku? Lepas sign letter of offer loan---lepas sign loan aggrement---lepas sign SPA---lepas SPA start effectif? sampai ke tarikh hari ni iaitu 24hb oct , still belum dapat panggilan dari mana2 valuer. 24 0ctober2014 tinggal 47hari je lagi untuk lawyer released kan duit balance 90% harga belian kepada penjual.. selepas tarikh 10hb Dec dah start kira denda late payment dah...
Tertanya2 jugalah dalam hati nie, bila lah pihak valuer nak call aku nie. Pengalaman aku semasa loan rumah pertama dulu..Seorang valuer call dan maklumkan yang dia dah buat valuation untuk rumah aku and then cakap harga market value untuk umah aku adalah sekian-sekian.... Kalau tak silap aku,pihak valuer tu call tak beberapa lama lepas dah siap tandatagan loan agreement ngan pihak lawyer.. Yang kes dulu, pihak bank dah masukkan sekali valuation fee dalam jumlah pinjaman. But untuk kes kedua nie pihak bank tak cover untuk valuation fee ke dalam jumlah pinjaman.
Sebenarnya aku pun agak risau gak lah ,nampak macam small metter jek,,tapi tak leh wat duk diam je,,kot2 nanti menda nie jadi masaalah di kemudian hari lak ..naper tak ada valuer nak call aku nie? tertunggu-tunggu aku sebenarnya nie..takde ke valuer yang sudi call aku? aku ada gak terbaca satu kes. Semua hal lain dah settle and bank tiba2 tak leh nak releasedkan duit kepada lawyer sebab baru perasan valuation report belum dihantar oleh pihak valuer. Dalam kes orang tu, bulan ogos pihak valuer dah datang inspection rumah dan si pembeli dan bayar 60% payment valuation fee kepada valuer. Si valuer pulak tidak memberikan sebarang resit bayaran kepada si pembeli tu. Apabila dia bertanyakan resit, pihak valuer kata nak bagi esok..tapi tak bagi resit sampai ke sudah.. Tup2 bulan 10 ,bank tak boleh released kan duit sebab valuer belum hantar valuation report. So si pembeli terus hubungi pihak valuer bertanyakan valuation report..hampir setiap hari si pembeli call minta valuation report..berdolak dalih si valuer tu ..asyik cakap tunggu tandatangan itu ..tunggu tanda tangan ini..last2 si pembeli tu tanya, perlu ada 30 tandatangan ke untuk keluarkan satu valuation report? Then aku tak tahu apa lagi sambungan citer nye sebab orang tu tak sambung update case dia...
29hb oct 2014, Pn.yati whatsapp aku, dia kata tak perlu buat valuation report.. Aku tanya dia balik, tak de masaalah ke time nak released duit nanti? Dia kata tak de masalah.. Lega rasanya.. Save duit aku..
Actualy thn 2012 dulu,masa aku pi submit loan kat pb bank branch lain, banker tu pun ada cakap kat aku yang aku tak perlu bayar valuation report dia boleh bagi free jee...so i think kali nie pun sama gak kot..free ..tak yoh bayar apa2 pun kot ... Ekh..ekh.. Best nye..
BAYAR FEE LAWYER BANK
30hb oct 2014, Aku dapat emeil dari lawyer bank, dorang dah emeil kan pada aku invoice bill yang kena bayor..kena wat payment dalam masa 7hari. Sebab nak proses stamp loan document for that property. Amount yg doarang charge semua sekali adalah rm3958. Ari tu aku dah pi bayor rm1000 . So nanti aku just bayar balance Rm2958. Nasib baik tak mahal sangat, sebab loan islamic kan! aku ingat kan dekat rm5k mcm tu.. Alhamdulillah ...dapat invoice nie pun dah rasa syukur sesangat..sebab experiance tahun 2012 dulu, lepas je lawyer suruh bayar full payment, tak lama lepas tu bank dah nak buat disbusment duit pinjaman. so aku pun agak kes umah aku tu dah dekat nak Settle dah... Insyaalah..Alhamdulillah. Malam tu jugak aku whatsapp bos lawyer bank, info dia yang aku nak datang esok pukul 11.30pagi untuk buat bayaran.
31 october 2014, @11.30am, Jumpa Cik.I di pejabat office lawyer bank, buat bayaran full payment. Then dia bagitahu aku pihak bank dah bagi surat tu dan dia hantar pada lawyer snp kelmarin. Then aku tanya dia samaada ada apa2 masaalah lagi atau tak? dia kata dah okay dah. Aku tanya dia juga, agak2 nya bila loan akan disbush, dia kata, lepas dah bagi surat dari bank tu pada lawyer snp, lawyer snp akan bagi document kepada mereka. Lepas tu akan advice pihak bank untuk disbush duit pinjman.Since dah jumpa dia ,aku tanyalah dia bila aku akan dapat copy loan aggrement tersebut? katanya dia akan call aku nanti.. Sebab untuk kes rumah lelong aku tahun 2012 dulu, mereka tak ada bagi aku copy loan aggrement pun? Pelik lah kan sebab aku ada baca kat satu blog lawyer yg meniti kan perlu dapatkan COPY loan aggrement untuk simpanan kita sendiri... (masa tu aku mentah lagi dalam soal2 beli rumah ni, sekarang aku dah tahu sikit2) .So aku tanyalah dia kenapa tahun 2012 dulu aku tak dapat copy loan agrement aku tu? Then dia bagitahu, untuk kes rumah lelong proses nya adalah terbalik, tak sama macam proses beli rumah subsale. Pihak lawyer letakkan caveat untuk disbush loan dalam masa yang ditetapkan. Jika proses rumah lelong dibuat seperti kes rumah subsale..proses nya akan ambil masa yang sangat lama dan akan ada masaalah untuk disbush loan dalam masa due date,..Thats why lawyer letakkan caveat. after this aku akan follow up balik kes rumah lelong aku dulu tu..and aku pun ingat nak call devaloper rumah lelong pertama aku tu..nak cek samaada nama aku dah diletakkan status beneficial owner atau belum..ingatkan dah settle dulu...hu hu...
31 october 2014,@ 4pm staff lawyer bank call semula, dia bagitahu invoice hari tu tersilap kira, sebab terlupa claim bill amount caj rm100. so total bill aku adalah RM4058. Keesokannya aku terus transfer online and emeilkan pada Ms.I resit bayaran tersebut.
LAGI SEMINGGU TUNGGU LOAN DISBUSH
11 november 2014, Call Ms.I tanya perkembangan kes. Then dia bagitahu yang semua document dah dihantar ke pihak bank . Katanya minggu depan kot bank akan disbush duit. Insyaalah ...jika tak ada masaalah... then, balik rumah lepas tu cek letter box dapat surat dari lawyer snp. butir surat tu, tarikh 4november 2014 :- pihak lawyer snp dah hantar 7 set original document penting (snp lama,doa, dan mcm2 lagi) kepada lawyer bank. sebenarnya sepanjang proses jual beli rumah nie kita akan terima surat yg dikirimkan dari lawyer kita ..dari situ kita boleh tahu serba sedikit pejalan kes rumah kita tu.
12 november 2014, Call Ms.C layyer snp, aku bagi tahu dia yang aku ada Ms.I dan Ms.cakap bank may be akan disbush loan minggu depan, so aku tanya dia ada masaalah apa2 lagi tak sebab si penjual suruh bagitahu dia jika loan dah dekat nak disbush sebab dia pindahkan barang dia. Then Ms.C suruh aku tanya pada Penjual tu samaada dah dapat surat notis dari CKHT dari LHDN atau belum. sebab dah banyak kali dia call lhdn wangsamaju ,sebab pihak lawyer belum dapat notis ckht lagi. dia call lhdn asyik jawab belum proses borang lagi je..Dah dekat nak disbush nie, kalau notis tu tak keluar lagi, Time nak settle payment nanti dia terpaksa hold dulu payment 2% sehingga notis tu keluar.. Malam nya aku terus whatsapp si penjual dan dia kata akan pergi sendiri ke LHDN untuk follow-up.
14 november 2014, si penjual tu dah pergi LHDN dan dia kata pihak LHDN dah hantar surat notis tu minggu nie, maybe belum sampai lagi. but dia dah ambil copy surat tersebut dulu untuk diberi kepada aku dan aku akan forwardkan pada Ms.c nanti. Malamnye aku jumpa si penjual tu, penjual tu nampak happy je...duit dah dekat nak disbush lah katakan...he.. he.. Aku pun cakap kat dia nasib baik lah Dapat Ms.C yang handle kes rumah nie..kalau orang lain aku tak tahu lah..mesti pening kepala aku..silap2 hari bulan kes jadi lambat settle..sebab Ms.C nie memang teliti dan terbaik kerja nye..Memang dia betul2 push untuk cepatkan proses.. si penjual tu pun tersengeh2 jugak. .dia kata dia ada dengar staf2 kat LHDN berbisik tadi..dia sebut je nama dia Mohd... terus staff sana dah tahu dah..adalah dengar staff2 tu berbisik yang si Ms.c tu dah berapa kali call asyik tanya pasal notis tu je.. memang terbaik lah Ms.C nie.. Bos Ms.C nie pun sebenarnya jenis teliti jugak...sepanjang aku kenal dia..memang dia sangat berkaliber as a lawyer dan memang nampak teliti orangnye..Baik hati jangan cakap lah..memang sangat baik hati ..siap bagi bonus gaji tiap2 tahun lagi...bertuahnye aku dapat kenal dia nie.. Kaya tapi tak look down kat orang lain...
16 november 2014, aku dah emeilkan pada MS.C surat notis ckht si penjual tu.