Tuesday 2 September 2014

PENGALAMAN BELI RUMAH LELONG PART 5

LAWYER BAGUS BUAT KERJA

Alhamdulillah...bagus betul lawyer aku tu..tip top dia buat kerja...tak perlu nak push2..smooth je kes rumah aku ni. sebelum due date 3 bulan tu,assitant  lawyer dah call bagitahu perlu datang buat bayaran balance yang perlu ditambah sebab loan dah dekat nak disburh... then aku cepat2 pergi settlekan payaran ke pejabat lawyer tu. and lepas bank dah disbursh duit tu lawyer bagitahu berapa bayaran yang perlu aku banyar untulk snp lawyer fee dan  perlu bayar pada pihak devaloper rm1050 (lawyer ada bagitahu aku duit apa yg kena bayar kpd devaloper ni, tapi aku dah lupa,,klu tak silap caj devaloper kot..) assistant lawyer tu bagitahu boleh pilih samaada nak pergi bayar sendiri ke pejabat devaloper atau tulis cheque bagi pada lawyer untuk lwyer hantar kan or bayar cash pada lawyer untuk lawyer keluarkan cheque pada devaloper...then aku just bagi cheque aku sendiri dan bagi pada devaloper.

(sesiapa yang nak no contact lawyer aku ni ,,,boleh emeil aku...lawyer ni memang expert rumah lelong and rumah subsale juga..he he he). sebab aku sendiri pun dah kali kedua pakai servis lawyer ni.. yang rumah ke2 ni dalam proses beli julai 2014, rumah subsale. aku lantik lawyer ni as my bank lawyers.aku rasa sangat senang berurusan dengan dia and  memang terasa cepatnye dia buat kerja..hari ni aku sign letter offer loan, esoknya dah panggil aku datang sign  loan aggreeemnent...(tapi aku jelah yang delay sebab lawyer snp tengah prepared document spa ) document spa aku tu lak yg complecated sikit sbb devaloper nye dah bankrup..hu hu...next time aku citer ya...

P/s; cepat atau lambatnya sesuatu kes ni disettlekan oleh pihak lawyer adalah bergantung status property kita juga, kekandang lawyer laju wat kerja tapi devaloper or masaalah dengan property yg di beli pula..but kita pun kena pilih lawyer yang bagus dan boleh dipercayai juga, sebab ada gak kes property tak bermasaalah tapi lawyer plak yang lembab buat kerja..

okay sambung balik ...
lepas je loan dah selamat disbursh ke bank pelelong, lawyer inform aku dah boleh masuk rumah...then ,step seterusnya adalah untuk baik pulih rumah tu balik...macam-macam surat merah yang dah sampai. iwk hantar surat merah bersama notis lawyer. .tapi bill tertunggaknya rm100 sahaja. bil air pulak tertunggak rm600 (mahal betul), cukai pintu jugak klu tak silap aku (600 lebih juga) , tnb tak ada tunggakan and masih ada balance deposit owner lama lebih kurang rm60.  jmb pulak ada tunggakan dalam rm900 lebih.

aku pergi ke pejabat jmb, bagitahu aku beli rumah tu and bagitahu masaalah bumbung bocor kat rumah aku tu. nasib baik untuk rumah top floor jmb memag akan cover jika ada masaalah kebocoran berpunca dari bumbung. tapi katanya aku perlu buat sedikit bayaran untuk settle bill yang tertunggak, then mereka akan panggil orang baiki bumbung rumah aku tu. then, aku bayar dulu rm250 disampingbagi salinan document pos dan ic aku pada yg jaga jmb tu untuk proses tukar nama sekali. cepat juga jmb tu buat kerja dua hari lepas tu dia dah panggil orang datang repair bumbung rumah aku tu...he he he...jimat duit aku dari sendiri panggil orang repair bumbung tu..

yang pasal bil iwk tu,,,aku just pergi pejabat iwk kat pj tu, settle kan bill dan buat tukar nama aku terus. yang cukai pintu tu pun aku bayar juga, sebelum loan disbursh aku dah bayar cukai pintu ni sikit, resit nye aku bagi pada lawyer untuk claim bil dari bank pelelong( aku bayar awal sebab asyik datang surat merah je, risau gak)

untuk bil tnb aku pergi kecawangan kedai tnb mengikut alamat yg tertulis pada bill tnb tu..klu tak silap pejabat dia dekat sunway damansara. sebelum tu aku memang dah cek habis dah. pinjam tangga yang panjang dari costomer aku wat masuk dalam kete kancil (ngam2 sampai seat depan) member aku duk belakang seat aku..aku memang gayat sikit nak naik tangga ni, so aku suruh member aku
yang jengok atas siling kot2 wiring ok lagi kew!!!! fuh!! habis berterabor rupanya paip2 wiring atas
siling tu...memang terdesak betul si pencuri ni panjat dalam siling semata2 untuk curi wayar2 letrik rumah tu .
masa aku pi cek bil tnb tu, yang jaga kaunter tu cakap elektrik kat umah aku belum potong lagi....so aku just datang tanya je masa tu, since dia cakap elektrik masih belum potong. so thats means lepas buat wiring just datang tukar nama dan terus boleh sambung elektrik.. yea....yea..


SAMBUNG METER AIR

Bab yang paling memeningkan kepala aku adalah nak sambung air balik..meter air dah kena cabut . duit masa tu pun dah nyawa2 ikan dah...dah banyak aku habis kan duit...bab air nilah benda yang sangat penting untuk aku settlekan. sebab selagi tak ada air, selagi itulah aku tak boleh nak cuci rumah aku tu...rumah berdebu hitam mana selesa nak wat kerja2 baik pulih lain. aku pun sebenarnya dah beberapa kali pergi ulang alik ke pejabat  ni...pergi pun duk bertanyakan perkara yang sama je..tiap kali pergi orang kaunter kata paip aku dah  kena plug feruller ... untuk sambung balik kena bayar caj cash rm400 dan mereka akan hantar kontraktor untuk sambung meter....mana lah aku nak
cari cash banyak tu...klu bill tertunggak air rm600 tu bolehlah aku settle guna credit card dan apply flexipay.. muka aku masa tu memang nampak mcm sedih jew... akan kat sebelah tu aku perasan dia tengok2 je aku.. then beberapa hari lepas tu aku datang lagi sekali, kali ni aku dapat turn dengan akan yg seorang lagi tu..(akak yg aku perasan dia mcm kesian tengok aku ari tu) . then aku tanya benda yang sama lagi dengan akak tu, akak tu cek dalam kumputer dan dia bagitahu bahawa paip aku tu belum dikunci plug feruller, dan aku boleh cari kortraktor sendiri yang berdaftar dengan pihak syabas..dan boleh suruh kontraktor tu berurusan dengan pejabat tu untuk buat penyambungan meter semula.

lepas balik dari pejabat aku memang bekerja keras cari kontraktor untuk pasang balik meter air tu. buka internet and cari nama2 kontraktor yg berdaftar yg lokasinya berdekatan dengan rumah aku...
macam2 serbut harga yang aku dapat. ada yang rm350 ,ada yg caj  rm600 ...mahal betul !!!! then aku dapat satu kontraktor tu...dia cuma caj rm150 je untuk sambung balik meter tu..2 hari sebelum raya dia dah siapkan pasang balik meter aku tu...alhamdullilah..syukur...lepas raya je aku dah start cuci
rumah tu...



BUAT WIRING ELEKTRIK SENDIRI

Untuk kerja wiring pula aku buat sendiri je. aku dulu memang pernah belajar politeknik and bidang yang aku ambil pun memang kejuruteraa elekrik kawlan (cuma tak habis sturdy je). so untuk buat kerja wiring ni aku memang kena baca balik apa yang aku belajar dulu dan cuba fahamkan balik dengan tengok rujukan2 pendawaian di internet juga. segala wire2 dan casing2 wiring aku dan member pergi beli dijalan pudu. harga segulung tak mahal sangat. setiap warna aku beli segulung..and jenis wire pun aku beli ikut saiz penggunaan dan mesti ada sirim. and untuk complete kan db board yang dah kena curi tu, pun aku beli sendiri juga,segala MCB ,ELCB just beli ikut spec standart penggunaan asas elektrik..dekat 2 minggu juga proses buat wiring ni complete, sebab time hari  free je aku  BOLeh datang buat wiring tu.

lepas wiring tu siap, baru aku suruh member aku cek panjat kat siling berhampiran db board, nak tahu samaada wire dari db boar bersambung dengan meter kwj atau pun tidak . untuk periksa wire tu aku dan member aku terpaksa ketuk buka 2 keping siling berhampiran db board tu, lepas panjat siling tu , nampak wire tu pun dah di potong juga...untuk buat sambungan balik aku memang tak padai sebab perlu pasang wire dari db board dan sambung ke meter kwj.

bila time panggil orang wiring datang tu, punya lah lambat mereka datang. janji pukul 9am. last2 datang pukul 12.30pm..sabar je lah.... so aku bagi tahulah nak sambung balik wire dari db board ke
meter kwj tu... aku just biar je mereka wat kerja.. dah siap mereka sambung and balik, aku suruh member aku cek balik.. aku ingatkan dia tarik wire baru dari meter kwj sambung ke db board , rupanya dia just sambungkan wire yang terputus tu sahaja...then dia balut wire tu dengang tape hitam.. lahhh aku ingatkan dia tarik wire baru!!! silap aku jugak tak cakap kat dorang...tapi ingatkan dorang tahu benda tu...sebab sepatutunya memang buat direct sambungan terus...aku rasa tak puas hati dengan cara tape sempoi tu...the aku mintak kawan aku panjat balik atas siling and tambah lagi balutan tape hitam tu... Dah siap, terus keletung-keletang ketuk balik siling yang aku buka tu...

lepas siap buat wiring, aku cek semuanya balik setiap wiring yang aku buat sebelum aku tutup casing2 semua. then aku pergi balik tnb and buat proses tukar nama. and bagitahu fius dah kena curi. then, yang jaga kaunter tu sendiri kebetulan rumah dia pun dekat area damansara damai juga. baik dan mesra betul orangnye..dia cakap habis kerja dia akan datang pasang fius tu..just bayar dia harga untuk fius tu sahaja. (aku tak pernah ada pengalaman pasang fius ni, so aku tak berani pasang sendiri, but seriusly masa aku kecik dulu aku pernah tengok nenek aku sendiri pergi cucuk fius kat rumah aku...dulu2 wiring jenis lama, kilat sikit terus elektrik tertendang and ada wire kat fius jenis lama tu yg putus, nenak aku dengan selamber je pasang adjust balik fius tu and cucuk balik...atuk aku pun tak pandai benda tu...nenek aku plak dia selalu duk perati time org tnb datang hidupkan balik elektrik umah aku tu...he he he)

Gambar lepas siap pasang meter air dan wiring elektrik....


PART UNTUK COMPLETE DB BOARD












bersambung part 6( cerita part 6 mengenai proses pasang segala paip dan cari penyewa dan hal fire insuran and step terakhir yang kena buat!!! Lepas je siap urusan jual beli rumah samaada lelong atau subsale = KITA SEBAGAI PEMILIK BARU PERLU TELEFON DEVALOPER untuk periksa status pemilik unit yang kita beli itu samaada dah masukkan nama kita atau masih nama pembeli yg sebelum...jika belum masuk nama kita ,sila bawa salinan snp/pos untuk update nama pemilik terbaru...PENTING NI...Aku pun baru tahu....






8 comments:

  1. kalau mcm pengalaman saya. document valuation report siap cepat. tak sampai seminggu rasanya. Cuba call person yg incharge pasal valuation report tu. Proses tu sebenarnya tak lama mana pun :)

    ReplyDelete
  2. Hi syida, valuer belum ada call lagi,, sbb spa sye belum start efectif lagi..sye sign spa 18/7/14..tapi dlm spa tu lawyer tulis spa effectif selepas dapat confirmation letter dari liquidator devaloper. . Tapi dah dekat dah ni. Sye dah hubungi agen insurans luar smalam. Dia bagitahu tak de masaalah klu sye beli fire insurans sendiri . Untuk umah rm125k ,fire insurans rm150 je. But sye nak tunggu feedback lawyer2 sye dulu samaada dia orang nak suruh sye beli fire insurans lebih awal OR mereka just keluarkan surat undertaking je. ( ni sebab kes JMB,devaloper tak ada beli master policy insuran, klu ikut akta strata master policy insurans memang mandatori...but devaloper dah bankrup mana mampu nak beli lagi)

    ReplyDelete
  3. Slm..msih dlm prose akhir jual rumah..masih mnggu final disburst dr bank (muamalat),seksa kan tggu duit ni...selalu brpa lama proses akhir ni ek..sdakah stu bulan itu normal?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam...man, dtg juga awk kat blog sye ni..time kasih sbb sudi menjegok ke blog ni..he he..owh awk tengah jual rumah ye.,.proses beli umah kedua sye pun masih diawal2 proses lagi..belum sampai peringkat akhir disburment lagi..so sye tak boleh nak explain detail..sbb sye pun tak tahu detail betul perjalanan proses jual beli rumah awk tu. Kes rumah awak tu dah berapa lama dah tunggu sejak dri sign spa tu? Rumah free hold ke? Geran individu dah keluar ke?

      Delete
  4. Salam. Masih simpan ke no lawyer n kontraktor meter air tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sory lambat reply..coz baru ternampak emeil tu...rasanya no kontraktor yg pasang meter air tu masih ada lagi...tak leh nak publish no telpon personal dia kat sini coz personal no org kan...klu nak sila emeil sye..nanti sye emeil kan no plumber tu n lawyer umah lelong tu sekali..

      Delete
  5. Boleh bagi saya no telefon lawyer n kontraktor tu...

    ReplyDelete
  6. Sila bagi emeil adress. Nanti sye bagi

    ReplyDelete