Sunday 17 August 2014

PENGALAMAN BELI RUMAH LELONG PART 1

BELI RUMAH LELONG RM37k (rumah pertama ) PART 1

Assalamualaikum...nie hari first day aku start tulis blog mengenai kisah pengalaman aku beli rumah lelong pd tahun 2012. lokasi rumah Damansara damai. Harga menang rm37k, tak guna agent, aitu kisah dimana aku telah berjaya beli sebuah rumah lelong A.k.A rumah pertama aku..(bukan rumah prima tau, sebab aku tak layak pun nak beli rumah tu) . Aku ni bisnes kecik2 je... Memang aku ni dikira tak menepati syarat dan tak layak untuk beli rumah prima atau rumah low cost under subsale. Klu aku kerja gov atau kerja swasta yang ada slip gaji memang senang aaa... Informasi ni Aku dapat tahu dari beberapa agen rumah yang aku jumpa dan aku ada buat survey kat internet juga melalui blog2 yang aku baca dan untuk confirm kan betul-betul hal tersebut aku ada hantar emeil kat  pegawai  LPHS Selangor untuk dapatkan kepastian dan pencerahan and dalam masa 3hari je org LPHS Reply balik emeil aku..dia jawab soalan aku katanya untuk yang kerja sendiri tak ada masaalah beli rumah kos rendah kalau beli melaui lelong ..but untuk subsale rumah kos rendah ni ada kreteria yg kerajaan negeri dah tetapkan,orang yg kerja sendiri tak layak beli walaupun income menepati kreteria... Masa tu tahun 2012..income aku memang tak banyak sangat, nak beli rumah medium cost yg harga rm100k keatas  memang tak mampu la rasanya . sebab musabab yang utamanya adalah risau bank approve loan and duit downpayment pun takde sebanyak tu. kerja sendiri income tak menentu beb... dalam current account company aku masa tu ada sikit je. .. Campur tolak tambah bahagi darab, duit aku dalam bank masa aku decide nak beli rumah lelong tu, semua sekali duit yang aku ada pada masa tu adalah lebih kurang rm7k-8k je klu tak silap. Tapi perkara yang paling penting sekali harus dibuat adalah stanby document CCRIS ,statment akaun ASB (tunjukkan kita ada duit simpanan),Print statment account bank and kumpul siap2 semua document berkaitan loan and pergi cek status kita samaada layak buat pinjaman perumah atau tidak. Aku just pergi cimb ttdi je, Jumpa sorang banker,just tunjuk semua doc aku, tapi dia takde lah cek detail sangat doc aku tu but dari anggaran kasar dia kata layak, tapi at the end dia pun tak boleh confirm kan since aku ni kerja sendiri... Hu hu hu bahagian bab loan bank nilah yg buat aku lemah ni,, sebab tak boleh gerenti... Aku ni bukannya apa, tangan aku ni kekadang gatal jugak, ada-ada je benda yang plan nak beli, klu aku tak kuatkan semangat  nak sambar sebijik rumah, silap ari bulan Kereta Pulak yg aku pi sambar nanti. Nak dijadikan cerita, ada sekali tu aku dah survey2 dah pergi tengok Kereta kembara kat used car, SIb baik member2 nasihatkan jangan beli..tambahan pula masa test drive kete tu,gear kembara tu dah rasa macam nak kong , terus aku cancelkan niat nak beli Kereta lepas tu.. Then kembali ke pangkal jalan, focus ! focus !  Keinginan nak membeli rumah sendiri makin membuak-buak. Tak kisahlah rumah  kecik ke, rumah top floor tingkat 4 ke, janji aku ada rumah sendiri.. Baru tenang jiwa ku . . Hu hu hu..yahooo (berangan...)


PENCARIAN RUMAH LELONG KU.
Dah puas survey rumah subsale sebelum ni, so now PENCARIAN rumah lelong pun bermula. Cari bukan sebarang cari, sebelum cari aku memang dah menuntut ilmu dlu.. Ilmu pakcik Google . .he he..he. ,, mekasih diucapkan pada sifu-sifu tyco penulis blog2 rumah lelong, antara blog yg aku sering berkunjung adalah faridaswadi,siti farazila, abang ensem,tuan Bri dan macam macam blog lagi. And pernah juga sekali aku beli ebook dari seseorang yang dia tulis dia adalah lawyer. Tapi ebook tu tak detail sangat. Aku rasa maklumat tu maklumat biasa2 je yg aku dah baca kat blog sifu2 rumah lelong. (Tak mahal pun beli ebook tu rm60 je) tapi sekali jelah pengalaman beli ebook. Tak try beli ebook yg org lain jual sbb budjet pulus tak dak!

Berbalik pada PENCARIAN rumah aku tu, ok aku memang nekad tul nak beli rumah, almost Everyday aku ngadap samsung tablet aku, duk belek website2 pelelong.website mudah.com jangan cakap lah, sebab aku ni memang kaki mudah.com pun. Lelong tips pun aku pi juga, leong auctioner pun aku jengah juga, cimb web lelongan pun aku tengok juga. Kat lelong tips ni tak leh dapat tengok atau Print document P.o.s secara percuma sbb kena jadi ahli dan ada duit dlm account. So solutionnya, klu aku jumpa mana2 rumah yg menepati creteria dan budjet aku, then aku try jugak-jugak cari  Website asal pelelong unit rumah yg aku berminat tu, kat website pelelong asal tu aku boleh tengok dan Print document P.O.S dan aku boleh tahu serba sedikit maklumat penting kat P.O.S tu.

Mula-mula aku ada minat satu rumah tu,minat sebab harga murah,reserve price rm31k,medium cost
660sqft,tapi masa aku pergi tengok rumah tu, rumah dah sangat teruk, bocor dari siling yg sangat
teruk sbb siling dah hilang 2-3keping, wiring n db board dan kena curi semuanya, tingkap and selinding door dah ada yg ter tanggal.. Bill iwk yg aku jumpa kat lantai rumah lebih kurang rm600 klu tak silap..yg lain2 belum tahu lagi. Banyak benda yg nak kena repair, hu hu hu . . .kalu aku beli lari lah budjet aku jawabnya, hari auction pun tinggal sehari je lagi,,member nasihat toksah berani nok beli rumah tu. ahh tak sempat aku nak pikir panjang,aku rasa klu aku pergi bid memang aku boleh menang. . .tapi ! Tapi ! Klu aku beli juga, mesti tahap kewangan aku nyawa2 ikan jadinya...So cancel.

Then lebih kurang sebulan lepas tu kot , aku ada terjumpa satu rumah lelong ni kat leong auctioner. Reserve price rm24k .. Murah woo.. Mana nak jumpa harga mcm ni kat area Damansara damai tahun 2012... Rumah kos rendah, leasehold , 650sqft,top floor tingkat 4. Dalam P.O.S tulis downpayment 5%, cukai pintu, cukai tanah, maintance fee yg tertunggak
dari tarikh lelongan dan 6tahun sebelum mereka akan cover dan pembeli boleh claim. Di website leong auctioner,siap tulis market value rumah tu lagi.. Dalam tu tulis ,market value rm37k. Since semua creteria tu menepati apa yang aku cari, so dengan bersemangatnya aku pergi siasat rumah ni, masa pun ada seminggu lebih lagi,so banyak benda aku boleh buat. Firstly aku pergi survey kawasan rumah tu, nak masuk dlm rumah
tak boleh sbb berkunci, so tengok2 dari luar jelah, tingkap nakohnya ada satu line yg tak ditutup ,so dari situ dapat lah aku intai, rumah tu lantainya berdebu dan kotor ,sampah sarap tak ada. (So aku yakin tak ada org duduk kat rumah tu..fius meter elektrik pun dan tak ada, and meter paip syabas juga tak ada..so sahlah air dah kena potong. Kat letter box aku nampak berkepok2 surat dan kertas risalah  dlm tu, kat situ adalah a surat iwk, bill tnb, Tunggakan tak banyak sangat. Then aku pergi ke JMB bertanyakan tunggakan maintance fee rumah tersebut..JMB cek bagitahu hutang dlm rm900 klu tak silap masa tu.. JMB tu bagitahu, 2-3 bulan lepas maintance JMB rumah tu adalah dalam rm4k lebih sbb owner tak pernah bayar maintance.. Tapi katanya, tak tahu saper yg datang bayar bil tu bulan lepas . . Sbb rumah tu dilelong so mereka agak pihak bank yg settle kan bill tersebut...

(SORRY EIK TANGAN PUN DAH KEBAS2 nak TEKAN2 huruf  KAT IPAD NI, SO next post sye
akan SAMBUNG YA.. :-)






No comments:

Post a Comment