Sunday 24 August 2014

PENGALAMAN BELI RUMAH LELONG PART 2

PERIKSA STATUS HARTANAH DI PEJABAT TANAH

   yup!!!  nak sambung balik citer part 1 yang terputus ari tu ..terhenti kat bahagian pi cek JMB punya tunggakan kan!!!!  Wokey! AKu sambung balik ini cerita..

lebih kurang 3-4hari lepas tu, aku decide pergi ke pejabat tanah pula,..actualy  benda ni aku tak paham sangat sebenarnya... nak cek dari segi sudut mana pun aku masih samar2 lagi..Since aku pernah terbaca blogger lain yg advised cek status tanah kat pejabat tanah tu,,,,so aku pun just pergi jugalah menghadirkan diri aku kat pejabat tanah tu kan!!!!
 sampai kat pejabat tu, aku pergi lah kat kauter untuk periksa status hartanah ...aku pun tunjuk alamat rumah yg aku nak periksa status tu kepada akak yang jaga kaunter tu. ( lupa lak samaada mereka ada caj aku atau free je service cheking benda alah tu...hu hu..) 
then org counter tu printkan result yg kuar and bagi kat aku,then aku peratikan result tersebut, ianya merekodkan status pembayaran cukai tanah yg dibuat oleh pihak devaloper...memang tip top devaloper tu,tak ada tunggakan langsung..bakinya Rm00 .
tapi alamat yg kuar kat result tu tak sama yg macam aku nak cari tu,,, tak ada tulis alamat unit rumah tersebut...yg tertera sebenarnya adalah alamat umum kawasan bangunan area situ . so aku pi jumpa balik org kaunter tu, aku cakap "kak kenapa tak ada alamat ni kak ? sebab sye nak cek stutus untuk alamat rumah yg ni!!!"  sambil aku tunjuk document P.O.S  ke org kaunter tu.  then akak tu kata memang macam tu lah yg result yg keluar sbb devaloper yg bayar cukai tanah tu...  dalam hati aku : ooo mcm tu rupanya...ngeh..nge.. (so dari situ aku dapat buat kesimpulan yg devaloper ni jenis tak bermasaalah, sbb tip top bayar cukai pintu sampai tak ada tunggakan langsung. ..so tak ada masaalah lah dengan property area kawasan tu)

P/s : STEP NI aku rasa kalau tak PUN BUAT PUN TAK APA, ACTUALY LEBIH BAIK CALL JMB OR DEVALOPER UNTUK TAHU STATUS DEVALOPER TU SAMAADA BAGUS KE ATAU BANKRUP KE ATAU ADA mempunyai TUNGGAKan CUKAI TANAH YG BANYAK KE!!!! Tapi untuk lebih selamat baik pi cek sendiri...sbb klu devaloper bankrup,JMB OR pihak devaloper sendiri pun kekadang tak nak dedahkan banyak maklumat pada kita,..mcm kes aku beli rumah kedua yg devaloper nye bankrup, pihak JMB pun tak bagitahu tunggakan cukai tanah dah rm1.2juta...tapi tu Okay lagi, sbb ada kes lain yg aku pernah dengar tunggakan cukai tanah sampai rm25juta.... Ngeri oooo dengarr tu...kalu terbeli memang naya aaaaa......


PERIKSA STATUS HARTANAH DI PEJABAT SUK

then step seterusnya yg aku buat adalah pergi ke Pejabat LPHS (lembaga perumahan hartanah selangor. step ni aactualy untuk chek status rumah tu kot2 ada CAVEAT persendirian . Bendah alah ni juga aku masih samar2 lagi  kenapa aku perlu buat step ni...klu korang nk thu pasal benda Allah CAVEAt persendirian ni, cer  gi Google sendiri..atas sbb yg sama gak iaitu ada pernah terbaca mengenai keperluannya dari bloger2 lain yg expert beli2 rumah lelong ni...he he..ikut jelah...

Masa hari aku pi pejabat LPHS kat shah alam tu,  tinggal 2 hari je lagi sebelum tarikh lelongan tu... klu ikutkan dah malas nak ke pejabat LPHS ni sbb tersangatlah jauh dari umah aku dan aku dah dah penat jugalah sbb rushing curi2 masa aku ke sana. dahlah jalan berbelit2. huuu huu hampir give-up je aku nak jejakkan kaki kat sana tu, sbb dah 2-3 kali aku tersilap masuk jalan dan tersalah tempat masuk ke SUK lak..ramai org tersilap msk kt SUK tu...Haah im lost.. tengok map pun aku boleh lost lagi..huh!. 
Tapi akhirnya sampai gak,  memang agak sibuk suasana kat situ,sampai org kena beratur tunggu turn..tak macam kat pejabat tanah yg agak lengang sedikit...yang aku boleh nampak kat situ ,ada gak runner2 yg datang dari pejabat2 lawyer dengan bawa file yg tebal2 untuk diproses. 
bila tiba giliran aku, aku bagi lah tunjuk P.O.S yg aku bawak tu,... then, org kaunter tu chek kan, then keluar result dlm 3 helai kertas mcm tu ...caj rm30 klu tak silap aku... org kaunter tu terangkan kat aku  yg tak bagus beli unit tersebut sebab masih master title lagi katanya...hu hu...result kertas tu actualy menunjukkan status terkini rumah tersebut..keluarlah kod2 statusnya yg aku sendiri pun tak berapa nak paham. hu hu..

P/S : apa yg aku paham dah lepas tu...KALAU RUMAH STATUS MASTER TITLE, tak perlu buat search title ni kat LPHS sbb rumah master title, hanya CAVEAt bank yg ada, individu tak boleh masukkan CAVEAt persendirian selagi strata title belum keluar...CAVEAt persendirian tu la yg kena hati2 sikit..risau masih efective ..n memerlukan nama individu persendirian yg terlibat utk batalkan CAVEAt tersebut..tu je yg aku thu..
        
         

BUAT BANK DRAF

Sehari sebelum nak masuk bid, aku pergi ke maybak buat draff bank. just pergi kat kaunter cakap nak buat draff atas nama bank yg tertulis kat Dalam Pos tu jew. sangat senang. and korang jangan risau, kalau tak menag bid, bank draff tu pihak pelelong akan bagi balik kat korang. then pergi semula ke cawangan tempat buat bank draff tu untuk tunaikan semula duit yang kita masukkan dulu (bank memang ada charge untuk buat bank draff tu, but aku dah lupa dah berapa hengget..murah je rasanya...dont worry).  MALAM sebelum  hari nak pergi bid tu aku dah siap2 prepare forostat IC aku and siap2 apa yang patut.

AND NI LUPA LAK AKU NAK CETER NI, SEBENARNYA DALAM SIBUK2 aku pergi cek macam2 yg aku cerita sebelum2ni. aku juga ada pergi menjegah ke pusat lelongan leong auctioner di amcorp mall. tujuan aku pergi kat situ adalah untuk tengok sendiri suasana di bilik lelongan, biar aku tak nervous sangat bila tiba giliran aku next time..hu hu... tapi sampai kat situ, aku tengok tak ada org pun...sunyi jee...aku tengok alamat,dah betul!!! (sbb seingat aku, ada auction 2-3 bijik rumah lain untuk hari tu) aku jumpa org yang jaga kat situ bagitahu memang ada lelongan dibuat tapi kat tempat lain,  aku  tersilap tengok dalam websitw tu rupa2nya. tak baca betul2 kat mana tempat auction tu berlangsung..since aku dah sampai disitu aku tanya balik org tu, nak confrim betul2 tarikh dan tempat auction yg tertulis kat dalam P.O.S yg aku bawa tu memang betul ke akan diadakan kat tempat yg aku dah sampai ni. and dia memang dah confrim kan memang akan ada auction untuk hari tersebut.  kat depan kaunter leong auctioner tu mereka dah prepare kan siap2 dokument P.O.S.  untuk unit2 rumah yg bakal masuk bilik lelongan for coming soon auction. so aku pi jengah and aku ambil satu salinan, ( hu hu , aku dah ada salinan copy print, tapi ambil lagi, saje je nak tengok2 ...). memang BZI  Betul aku sepanjang minggu tu, tengah2 sibuk bekerja , curi2 masa pulak untak prepare benda alah lain pulak..  aku juga memang ada pergi update semula rekod terkini CCRIS aku tu dalam minggu2 tu juga , dan aku memang dah siap2 apply statment bank yg terbaru dan print buku ASB dalam keadaan rekod duit tu aku kuarkan untuk buat bank draf. ( klu boleh biar nampak rekod duit kita banyak) aku ni memang jenis standby awal2. sbb klu menang nanti dah tak yah tunggu statment bank bagai, terus boleh submit loan...he he he..macam tu aa cara aku...



APA STEP TERPENTING YG AKU DAH ABAIKAN???? (Edit lepas dah Settle urusan pindah milik)

Step terpenting yg sepatutnya semua orang patut buat klu nak beli rumah lelong ni adalah pergi cek status rumah tersebut dengan pihak devaloper. Actualy boleh just buat call ke pihak devaloper bertanyakan status rumah dan hutang2 tertunggak atau apa2 caj jika ada. ( AKU TULIS NI ADALAH SEBAGAI PERINGATAN UNTUK ORANG LAIN DAN UNTUK AKU JUGA,jika nak beli rumah lelong lain kali step ni tersangat lah terpenting untuk di buat,  sbb at the end of my case, aku memang ada kena buat  bayaran pada devaloper sebanyak rm1050. Sib baik tak banyak sangat.... Syukur Alhamdulillah..
SO LAIN KALI KENA INGAT TU YEA...




HARI PERGI BID RUMAH LELONG

aku pergi ke tempat lelogan ni dengan member aku. sampai kat situ sejam lebih awal.  Lepak2  dulu kat bawah Amcorp mall tu. lebih kurang 20 minit sebelum time lelongan tu bermula  aku dan member aku dah start masuk ke pejabat lelongan tu.  Memang ramai gak orang lain yg datang pada hari tu...
then,aku terus pergi kat kauter untuk daftarkan nama aku..just sebutkan no unit yg aku nak masuk bid tu pada org yg jaga kauter pendaftaran tu dan mereka juga mintak draf bank dan ic aku...
ALAMAK!!!!  iC  aku pulak tak jumpa carik,,,,dah gelabah dah aku time tu, duk cari dalam wallet dalam seluar, dalam file semua tak de...then baru aku teringat balik  sbb last benda yang aku buat semalam adalah fotostat IC aku, so aku syak ic aku tertinggal dalam printer kat umah aku tu...hu hu... memang agak risau gak lah kan! masa tu...,sbb silap aribulan dah jadi kes kehilangan Ic lah Pulak aku ni...HARAP2 BETULLAH IC TU TERTINGGAL DALAM PRINTER TU, kalu tak susah aku nanti...hahu..'kali ketiga tu!!!'

Aku ngan member aku tu dah cuak dah, punyalah standby semalam, last2 boleh tak bawa ic dalam wallet pulak.. nasib baik tak kena tahan polis masa otw drive tadi.. nak russhing balik dah tak sempat rasanya, just tinggal beberapa minit je lagi..dalam fikiran ni dah terbayang dah 'agaknya rumah tu bukan rezeki aku agaknya, takpe aku boleh cuba lagi lain kali...'  tapi, sayangnye..nak terlepas mcm tu je..

then aku ke kaunter semula. aku bagitahu ic aku tertinggal kat rumah.. tapi  aku beritahu mereka yg aku ada bawa ic fotostat yg mereka suruh Bawak tu... nasib baik, org kaunter tu cakap tak ada masaalah... Phieeww.. lega rasanya...lepas bagi ic fotostat dan draff bank tu, mereka bagi aku suatu benda yg macam kipas plastic gitu,,, kat kipaas tu ada tulis nombornya. 
boleh juga aku masuk bid rumah tu akhirnya. (dalam sibuk2 aku daftar nama aku tu, adalah seorang mamat dtg sibuk2 usha2 aku, dia sibuk tanya nak masuk bid rumah mana? aku tak berapa layan sangat..dia mcm ada bagitahu yg client dia ada masuk rumah tu juga..). aku buat tak layan sangat. ( aku ni biasanya bukan jenis sombong atau jenis tak bertegur saper klu org bertegur saper dengan aku, tapi aku dah puas menuntut ilmu beli rumah lelong ni. dah banyak AMARAN mengenai ULAT RUMAH LELONG NI yg aku baca.. so aku ngan member buat dek je lah. buat macam tak dengar, buat macam tak nampak je....ngeh.gheh..

masuk je dalam bilik lelongan tu, aku duk kat kerusi yg paling hujung tepi dinding, sengaja pilih tempat paling hujung tu. sebelahnya member aku . member aku tu memang dah berulang kali berpesan kat aku suh aku berenti angkat bid kat price 37k je..memang berkali-kali dia berpesan kat aku sejak mula2 datang lagi sebab aku dah habis bincang dah...dah habis kira dah...(aku  follow market price yg website leong auctioner tu tulis ari tu iaitu rm39k) ..tapi,sebab ikut perkiraan bajet kewangaan aku adalah rm37k aku boleh pergi...'tapi dlm hati pikir klu bid sampai rm39k pun tak pe juga.. HAH itupun LOAN BANK belum TENTU lagi approve' just try je, klu tak try mana aku nak tahu layak ke tak dapat loan dari bank...ye dak!

Tapi sejak dari mula berkenan dengan rumah ni, aku berharap juga lah,manalah tahu kot tak ada org nak datang bid rumah tu, boleh lah menang dengan harga reserve  price rm24k jew...
Tengah aku dan member aku duk kat hujung tu, Yang si mamat tadi tu asyik datang menyibuk je kat sebelah member aku tu...memang selamat lah  aku sbb duk kat tepi dinding tu) , aku buat tak dengar je suara langau tu..walaupun aku dengar sebenarnya. sibuk org tu nak kawtim. entahlah aku pun tak berapa paham sangat dia cakap apa sebenarnya..time bid pun dah nak bermula..yg ulat tu pun akhirnya dia pi duk tempat lain...

Nasib baik bid tu start dengan unit rumah lain dulu.  so, boleh jugalah aku tengok macam mana proses lelongan tu berjalan. Sebab aku pun first time masuk acara lelongan ni.  kat situ baru aku tahu yg harga gandaan nilai bid tak sama rupanya, bergantung persetujuan org yg dtg nak bid tu setuju dalam samaada gandaan rm1000 sekali bid or rm2000 ke...and sebelum proses lelongan sesebuah unit rumah tu dimulakan, terlebih dahulu juru lelong tu akan bacakan terlebih dahulu  terma dan syarat penting untuk unit yg dilelong tu, dalam bahasa english deterangkan secara ringkas point2 penting seperti soal tanggungan tunggakan tu dan lain2 lagi. seperti perkara penting yg terkandung dlm P.O.S tu,tapi cuma diringkaskan Point pentingnye...

cepat proses lelongan rumah lain tu berjalan...tup-tup kejap je dah sampai giliran rumah yg aku nak bid tu, aku cuba Meng-Cool kan diri aku ni...walaupun dalam hati ni berdebar2 juga sebenarnya..(dalam hati 'agaknya ni lah takdir aku...dah tertulis aku ada kat tempat lelongan ni pada hari ni...just go on je..) 
untuk rumah  yg aku nak masuk bid ni, sekali angkat kipas adalah dalam gandaan rm1000. and ada 3 orang yg masuk bid.. sorang perempuan tu duk paling depan sekali, dia just angkat sekali je. then yang lepas tu duk berlaga angkat kipas ngan aku adalah seorang mamat kat depan aku ni (bukan yg ulat tu) . mamat ni betul-betul kerusi dia duk depan aku je .(actualy mamat ni tadi dah pi bid satu unit rumah medium cost kat sentul, mamat tu memang jenis gabra sesangat, masa unit sentul tu aku tengok tangan dia mcm menggeletar angkat kipas. rasanya first time masuk auction jugak kot. Lepas dia kalah tadi, dia buat call,keluar sekejaap then masuk balik kat bilik lelongan ) . Time bid tu,dia angkat then aku lak angkat, pas dia angkat aku lak angkat kipas tu, last lelaki tu angkat rm36k then aku angkat sekali lagi jadi 37k, pastu dah tak ade sape2 lagi yg angkat dah.so hammer diketuk dan nama aku diumukan sebagai pemenangnya dengan harga 37k..Alhamdulillah!!!.. macam tak percaya je...betul2 macam tak percaya yg aku dah menang sebuah rumah lelong masa tu....  (yang mamat ulat tadi tu aku syak tu dia memang nak cari duit free je..sbb aku tak nampak pun client dia//)

after menang bid tu aku ngan member aku terus ke kaunter semula. pergi buat bayaran tambahan untuk perbezaan harga menang tersebut, untuk cukupkan jumlah downpaymet 5% tu. aku memang dah standby cash siap2. so terus bayar dan tandatangan document pos yang mereka sediakan. yang jaga kaunter tu bagitahu nanti dah siap stamping mereka akan call suruh datang ambil dokument P.O.S  tersebut. dalam 1-2 hari katanya klu tak silap aku dah dapat Dokument P.O.S tu. so seterusnya ...

Actualy masa masuk bid tu aku perasan rumah yang kat Sentul tu di bid sampai melebihi harga rumah yang dijual secara subsale. Sebab kat mudah.com aku dah tengok2 ada orang jual rumah situ dengan harga yg lebih rendah. Ruginya lah beli rumah lelong melebihi harga pasaran. Kalu beli rumah lelong baik beli harga 30% lebih rendah sbb nak baiki lagi, nak tanggung bil tertunggak lagi..klu beli harga sama macam harga subsale rugi lah jawabnya..ni mesti kes tak sturdy betul2 ni..main belasah jew...

BERSAMBUNG PART 3.............















8 comments:

  1. firsst time baca pasal rumah lelong. Saya tak ada pengalaman dgn rumah lelong :) apa jadi dgn ulat tu?

    ReplyDelete
  2. Hai syida, salam perkenalan... :-)...
    Sebab tak layan mamat ulat tu,,,dia dah tak kacau kita dah...
    Kat tempat lelongan memang macam tu...kekadang ada yg g dtg ngaku nak bid rumah kita untuk kawtim ngan dia ...padahal mereka tak masuk bid pun...

    ReplyDelete
  3. Thank you. . Umah dekat Damansara damai je

    ReplyDelete
  4. Tahniah. saya baru nak belajar lelong. tapi minta tolong ejen aje buat kan

    ReplyDelete
  5. Moga berjaya beli rumah lelong nanti ya..sye dulu pun ingat nak pakai agen gak..tapi budjet tak cukup, so just bid sendiri je..sye suggest cari agent yg boleh percaya .banyakkan membaca kat blog2 lelong lain mcm faridaswadi,tuan Bri,abg ensem dan siti farazila tu..banyak ilmu..faridaswadi dan siti farazila tu pun agen rumah lelong gak

    ReplyDelete
  6. Rumah yg sye menang tu mv nye 60k.. Story kisah beli rumah subsale,sye ada cerita..rumah sye tu tersangkut harga market value tak lepas..but boleh lepas lak lepas minggu ke2..actualy dlm kisah rumah subsale tu banyak ilmu yg sye dpt kongsi kan..sbb banyak proses yg sye belajar kat situ..

    ReplyDelete