Sunday 24 August 2014

PENGALAMAN BELI RUMAH LELONG PART 3

Pengalaman beli rumah lelong part 3 . Asslamualaikum....okay, hari ni aku nak sambung balik taip mengenai pengalaman beli rumah lelong aku tu... yang ni part 3 pulak. actualy lepas je hari menang bid tu, pada  malam nye dah tak duduk diam dah...segala document yang aku ada aku periksa semula and malam tu juga aku start buat fotostat document yg ada,dengan hanya gunakan printer sendiri sahaja, tak dapat habiskan semuanya aku sambung pulu COPY benda tu keesokannya pula..semua sekali aku buat 7 set salinan..memang tebal gilos...tu pun belum termasuk document P.O.S lagi tu...hu .hu...      almaklumlah aku ni kan kerja sendiri jew... banyak dokument sokongan yang perlu aku lampirkan dengan application aku tu...antara document yg aku prepare adalah : -  kad pengenalan, statment maybank accaount,fotocopy buku asb, fotocopy buku maybank, statment current account company, semua sijil ssm, lhdn income tax payslip, slip efiling lhdn,  muka surat penting account kira2 syarikat, muka depan kontrak perjanjian rumah yg sedang disewa, bill elektrik , statment rekod pembayaran loan ASB MAYBANK, kontrak loan hirepurchase kereta, rekod statment 1tahun account credit card (no credit card di hitamkan) , CCRIS report, and search title document yg aku ambil kat pejabat SUK diturut dilampirkan juga...

  BANYAK BEtul document yang AKU standby untuk di submit pada bank waktu tu, aku ni kerja sendiri and bisnes kecik, income company pun ciput je..(nama je conpany,tapi income nye tak sampai rm4k  pun waktu tu..)
So yang tang bahagian pinjaman bank ni memang buat aku nervous sikit,,, eh bukan sikit ya,,, tapi nervous banyak!,,,,banyak!,,,banyak!,,,memang  risau sangat2 bank tak nak bagi...so, dah alang2 nak submit loan ni , baik buat yang terbaik....TUNJUKKAN KESUNGGUHAN KITA...biar bank sudi bagi laon pada orang yang macam kita yg kerja senndiri ni... (Aku rasa kan,,,kan!, kan!,,banker yg tengok document aku tu nanti, mesti pening tengok,,,sebab banyak sangat sapport document nye...hu hu..). Tapi, tu cara aku la..klu yang dah ada slip gaji tu tak yah lah risau sangat back to normal lah...yg penting jaga rekod ccriss and dalam rekod bank tunjukkan kita ada wat simpanan duit tiap2 bulan


CARI LOAN BANK DAN LAWYER

lepas hari menang bid tu, klu tak silap aku hari kedua pihak pelelong dahcall aku suruh ambil pos tersebut. hmm aku pun apa lagi, dengan segeranya aku pergi ambil document P.O.S tu...aku sebenarnya memang tak nak buang masa lagi..klu boleh nak cepat2 submit ke bank..kejar due date lah katakan..3 bulan je due datenye..
keesokkannya aku terus pergi ke cimb bank dan public bank. aku submit kat cawagan sentul je sbb memang aku biasa pergi bank sana sebelum2 ni.  kat public bank tak lama sangat aku singgah, just sign borang je, pastu banker tu tolong isikan form tu untuk aku. banker chinese tu agak ramah gak orangnye. dia check value dulu, dia kata tak yah bayar cek value nie, just bagi free je..past dia call valuer, valuer bagi harga market value RM60k . (sukanya aku dengar, ingatkan harga market price rm39k jew... ngeh..ngeh...) .banker tu  kata murahnya lah aku beli rumah tu, untunglah aku katanya, lepas ni jual dah boleh dapat untung katanya.. ( dalam hati aku, aku tak nak jual rumah tu...insyaalah nak simpan je rumah tu untuk buat rumah sewa...he he..)

kat CIMB pulak aku jumpa banker lelaki melayu, orangnye tak ramah langsung. just biasa-biasa je...lama juga aku kena isi sendiri application form. Dah siap isi dia tanya aku nak loan banyak mana? so aku jawablah nak 90% dari harga menang rm37k tu...

dah siap apply kat cimb ,.then aku pergi ke hong leoang bank damansara perdana pulak. baca kat ternet dulu ada yang cakap lebih baik apply loan kat bank asal yang lelong rumah tersebut, sbb kata mereka lebih senang dan lebih cepat urusan disbursh loan...kata orang... so, aku pun cuba lah pergi hong leong juga. Mula banker tu cakap agak susah nak proceed sbb amount loan sikit sangat,,, katanya tak dapat offer interest rate rendah.. dia kata blr + 1.00 .  klu kat cimb dan public tadi offer blr -1.90 mcm tu lah... so, aku jawab tak apa... aku nak try submit jugak application aku tu..then dia bagi aku form suruh isi...ambil masa juga aku isi form tu...hu.hu.. then lepas siap isi tu, dia cakap kat aku dia akan try buat interest rendah sikit...he.he..terima kasih kata aku...

kini tinggal urusan lawyer pulak,  berkenaan lawyer ni, actualy aku dah lama dah dok google2 cari lawyer yg tip top buat kerja. akhirnya aku dapat juga contact number lawyer tu. actualy dah ada lawyer yg aku depan mata aku ni,kenal agak rapat lah juga, and dia pun memang dah lama offer suruh cari dia jika aku nak beli rumah nanti. free snp katanya...ngeh..ngeh..  Tapi, aku seganlah nak bagitahu dia, sbb loan aku pun belum tentu approve ke tak nanti,, buat malu aku je nanti jika loan aku  tu faill nanti.. 

lepas dah submit laon bank tu, hari empatnya aku dah contact lawyer tu. aku tak call dia, just sent emeil je. aku bagi tahu lawyer tu yang aku dah menang rumah lelong rm37k and aku nak lantik dia untuk handlekan kes rumah aku tu.Memang agak cepat aku dapat feedback dari lawyer tu, dia suruh aku emeilkan document P.0.S pada dia..then aku terus emeilkan document tersebut. aku juga setkan appointment untuk jumpa lawyer tersebut bagi tujuan berbincang lanjut dan untuk submit pada dia document SNP duplicate original yang ada pada aku pada ketika itu.

bila datang pejabat lawyer tu, aku tanyalah anggaran caj yang aku kena bayar nanti!!  lawyer tu just buat anggara kasar dan tunjukkan pada aku. selain tu aku juga tanya dia lebih awal jika payment tu boleh dibuat secara bayar beransur-ansur 2-3 kali payment. lawyer kata tak ada masaalah klu mcm tu... he..he..so masa time datang tu aku just bagi document P.O.S original. and  adalah juga sign document yg lawyer suruh klu tak silap aku.. (dah ingat2 lupa nie..) masa tu aku belum buat apa2 bayaran lagi...

bersambung PART 4...






3 comments:

  1. ada no or alamat lawyer tu x?

    ReplyDelete
  2. Boleh bagi emeil awk? Nanti sye sent contac number lawyer tu

    ReplyDelete
  3. Blh email sy contact lawyer tu?email sy fadzrelmohd@gmail.com..btw thanx for the good info..

    ReplyDelete