Tuesday 16 September 2014

Produa Axia memang best!!

Sempat pergi tengok Kereta produa petang tadi. Semalam pada pukul 9.30mlm adalah hari launching Kereta axia tu. Terlepas nak tengok siaran langsung dalam tv semalam.

Aku pun memang tak sabar nak tengok model perodua axia ni. Ialah pada aku, nilah Kereta mampu milik untuk orang macam aku ni. Nasib baik lah aku tak beli Kereta lain sebelum ni. Berbaloi juga aku hold niat aku untuk tukar Kereta sebelum ni. Member yang duk serumah pun rasa macam menyesal je beli Viva ellite  tahun 2012 ari tu..so tak de cang lah dia nak beli perodua axia yang cun melecur ni.  Starting harga 24600.00 macam tu lah..untuk model yang paling basic.

Hari ni aku pergi, memang ramai yang datang nak tengok Kereta tu . Niat nak datang nak tengok untuk model yang paling murah tu. Tapi tak ada yang di pratonton. Produa belum keluarkan lagi yang model paling basic tu.   selesmen tu bagi tahu yang perodua dah turunkan harga untuk semua model axia. Aku tak pastilah berapa harga perodua axia sebelum ni berapa rm?

Bila dah tengok sendiri model axia tu kat showroom tu. Memang rasa teruja dan exited sengat-sangat. Tengok macam ada iras Myvi pun ada. Saiznya pun aku tengok macam lebih kurang sama jew. Tapi bagi aku AXIA ni lebih cun lagi.  Ada tiga type model yang diperagakan tadi.  Model standard , model se dan model advance. Perbezaan utama dari segi harga la. Untuk yang model standard seatnya jenis kain fabrik biasa sahaja,   Untuk model SE seatnya kain fabrik colour hitam dengan corak jalur merah, dan untuk model ADVANCE Seatnya jenis LEATHER colour hitam dengan corak jalur merah juga. Untuk model SE dan ADVANCE Dari segi eksesori luarannya tak jauh beza , cuma model ADVANCE didatangkan dengan GPS dan LEATHER SEAT.

So, tadi aku dah rasa macam berkenan dengan Kereta AXIA model SE tu. Harga on the road model SE manual adalah RM36800. Sabar je laa kancil 660 aku ni habis bayar tahun depan. Insyaalah lah next time kalau ada rezeki boleh lah sambar yang tu je..kalau bank boleh bagi loan la!,,


Perodua. AXIA STANDARD
 
 



 




Perodua. AXIA SE (white solid)




                                    







Perodua AXIA ADVANCE 










2 comments:

  1. memang smart lah axia nih...rugi beli myvi

    ReplyDelete
  2. Dah lah smart, jimat petrol lak tu,.juru jual tu kata lagi jimat dari kete kancil 660.. :-) tak sabor rasanya nak tengok Kereta tu meluncur kat jalan raya..setakat ari belum berselisih lagi kat mana2.

    ReplyDelete