Sunday 28 September 2014

PENGALAMAN BELI RUMAH SUBSALE PART 4

PROSES SURVEY RUMAH...

 
Hari ni mood nak menaip tu kureng sikit! macam tak ada idea lak..nak menaip pun kena ada mood jugak ya!
part 3 hari tu aku dah cerita kisah aku tak jadi beli rumah kat taman kinrara tu.. Asyik tak jadi je...penat juga nak cari rumah ni..HU..hu..tapi ada hikmah disebalik nya...

Selepas tak jadi beli rumah tu,,aku teruskan lagi penarian aku...memang gigih mencari rumah yang nak dibeli. Kalau boleh nak beli rumah direct owner. tapi payah betul nak cari by direct owner ni. Kebanyakan jumpa iklan rumah yang dijual melalui egent sahaja. Ada gak terjumpa agent yang advertise boleh beli rumah loan 100%. tapi, bila ditanya apakah kaedah dan cara  yang digunakan, agent tu tak nak terangkan secara detail pula..so tak beranilah nak beli rumah yang ada offer fulloan tu...


SURVEY RUMAH DI TAMAN MAS SEPANG>>

Di taman mas sepang aku ada jumpa satu rumah jenis shop apartment, size lebih kurang 750sqft dan top floor juga. agent tu letak harga rm65k. Ingat nak beli rumah ni,agent tu pun dah bersetuju untuk letakkan special condition "full refund deposit if loan not approve 90%".  tapi agent tu mintak bayaran earnest deposit sebanyak RM5k jika aku berminat nak beli rumah tu. .Bila tanya agent pasal tunggakan jmb, agent tu tak dapat bagitahu berapa tunggakan tersebut and agent tu bagi tahu tak perlu risau dengan tunggakan tersebut sebab katanya pihak lawyer akan buat penolakan dari duit full yang direleaskan oleh pihak bank nanti untuk settle segala bayaran hutang tertunggak maintanace dan cukai pintu nanti. Tidak boleh percaya scakap agent semata.  KEBIASAANNYA, pihak devaloper akan meminta pihak penjual settlekan segala bayaran yang tertunggak terlebih dahulu dengan bukti statment akaun tiada sebarang tunggakan sebelum letter confirmation di keluarkan.. So,hakikatnya diawal proses jual beli lagi pihak penjual perlu menyelesaikan hutang2 yang ada. Bukannya ditolak dari duit full disburment yang dibuat oleh pihak bank nanti. And kalau tak silap aku pihak bank juga memang confirm nak pastikan property yang dibeli tiada sebarang tunggakan bayaran JMB juga sebelum mereka releasekan duit kepada lawyer.. jika penjual menangguhkan pembayaran hutang, akan melambatkan proses jual beli tersebut. Soal bil tunggakan JMB ni tidak boleh dipandang remeh. Sebab aku pun ada terbaca kes yang owner enggang membayar duit tunggakan maintance walaupun si pembeli sudah bayar 10% downpayment semasa sign SPA. owner beri alasan duit 10% tersebut telah digunakan untuk hal lain..loan pembeli hanya approve 80% sahaja. Jadi, pembeli tersebut didalam dilema kerana owner meminta pembeli settle kan sendiri hutang tersebut. Kalau ikut kan proses sebenar, penjual yang perlu settle kan sendiri hutang tersebut..sebab dalam kes jual beli rumah ni banyak kemungkinan yg tak pasti...

Since pejabat devaloper berdekatan dengan kawasan rumah tersebut, so aku pergi ke pejabat devaloper . masa pergi tu pejabat tutup sebab dah waktu rehat tengah hari. So aku just ambil no telefon pejabat devaloper tu.  Then esoknya pagi2 aku call balik pejabat devaloper untuk tanya status rumah tersebut.  Devaloper bagi tahu lah yang owner tu ada tunggakan maintanace  rm6 ribu lebih  dan strata title pula sudah dikeluarkan oleh pihak berkuasa. Tetapi, owner rumah tersebut belum apply strata title tu. Then aku call agent balik, aku bagitahu status rumah tu kepada agent dan offer untuk deal jika dia bersetuju terima earnest deposit sebanyak 2% sahaja .. at the end, agen tu tak bersetuju.. 


PERGI TENGOK RUMAH DEKAT KEPONG >>

Banyak tempat juga aku survey, sampai ke putra perdana. Kat situ aku berkenan dengan satu shop apartment . Size rumah 1050sft and design baloni spacenye sangat lah besar, tu yang aku paling suka tu..Devaloper nya pun bankrup juga..bekas talam dulu,tapi dengar cerita talam diambil alih oleh PKNS. Mula-mula aku tengok agent letak harga RM110k ,so Aku contac lah agent tu, tanya berapa harga market value kat situ, just nak tahu harga market value sebenar..Agen tu cakap dia cek harga market value dulu dan akan inform aku semula bila dapat tahu pasal market value .. Tak lama lepas tu agent bagitahu yang market value rumah tu RM130k. and dia kata sebab owner dah tahu market value dah up. so owner nak jual rumah tu dengan harga RM130 k.. MAcam tu PULAK !!!

Adalah satu hari tu, aku jumpa lawyer aku ,so bila dah jumpa dia aku tanyalah dia samaada boleh ke kalau beli rumah yang devaloper bankrup ni? Selama ni aku just baca2 kat internet je cari maklumat samaada boleh beli atau tidak?  Since aku asyik terjumpa rumah yang melibatkan devaloper bankrup je..Tergerak hati rasa nak beli rumah yang kat kepong tu. Sebab antara banyak2 rumah yang aku pergi survey, rumah yang kat kepong tu lah yang aku paling suka sebenarnya, suka dari segi lokasi, luas rumah dan gambar dalaman rumah yang diiklan kan tu.. Lawyer aku kata tak ada masaalah beli rumah macam tu, dia pun memang pernah hendle rumah yang devaloper dah bankrup ni. Tapi proses mungkin lebih lambat sedikit dari kes rumah biasa sebab perlu  berhubung dengan pihak liuquidator atau pegawai penerima.and bergantung pada pihak liquidator  yang uruskan fail rumah tersebut juga untuk cepatkan atau lambatkan proses..BIla dah dengar sendiri dari lawyer aku tu, so aku rasa macam berani je nak beli rumah yang kat kepong tu... so aku decide nak pergi tengok rumah yang kat kepong tu semula..

Then aku contac agent rumah kepong tu semula dan deal dengan agent tu untuk tengok rumah tu..owner rumah tu pulak yang pergi berkursus beberapa hari... so kena delaykan lagi perjumpaan untuk tengok rumah tu sehingga ke hujung minggu.  Dalam pada tu , aku bincang dengan agent dulu untuk just bayar booking receipt je RM500 untuk submit loan tanpa sign apa2 borang letter offer to purchased. aku kata lepas loan lulus baru sign letter offer to purchased tersebut dengan bayaran 3% downpayment . Tapi pembayaran tersebut akan di buat oleh pihak lawyer aku. Agent tu bersetuju untuk just bayar dia RM500 booking receipt and submit loan dulu, tapi jika loan not approve duit tersebut akan dikira hagus katanya... its okay lah kalau just setakat burn RM500 tu, janji tak perlu signt apa2 form letter offer to purchased tu! Mengenai harga rumah pulak. Agent letak harga RM130k..so aku mintak lah dengan agent untuk mintak kurang dengan owner jadi RM120k..agent kata dia akan cuba..sebab sebelum ni agent tu bagitahu owner tu bagi last price rm125k untuk rumah tu..

Akhirnya, dapat juga aku jumpa owner dan agent untuk tengok keadaan dalam rumah tu. Aku pergi bawak makcik aku sekali pergi tengok rumah. Janji nak datang pukul 9mlm..terbabas sampai 9.30mlm sebab tunggu makcik aku tu pulak yang lambat bersiap. Sampai kat rumah tu, memang teruja lah tengok dalam rumah tu. Dalam rumah agak luas dari rumah2 lain yang aku dah pergi tengok. Lantainya pun dari Marble yang agak cantik. Dalam kesemua tiga bilik owner dah tukar tiles baru. Balcony pun agak luas. and aku sangat berminat tengok balcony yang agak besar tu.. basar jugalah pada pandangan aku..

Lepas dah tengok dan berpuas hati dengan rumah tu, kami duduk lah sekejap bersembang dengan owner dan agent. Bila dah bersembang tu, baru tahu yang owner rumah tu ada buat kerja2 plumber, baiki rumah dan pasang tiles rumah. Kebetulan aku tengah cari orang untuk pergi repair tiles yang terangkat sendiri kat rumah lawyer aku tu.  so ingat nak panggil dia la untuk datang repair nanti. Dah lepas bersembang2 tu, bila time nak beredar dari rumah tu,  kawan aku sempat minta nombor telefon owner tu..yang aku ni pulak dah lupa dah nak minta nombor telefon si owner tu.

Beredar dari rumah tu, Kami dan agent rumah singgah pula ke gerai makan didepan rumah tu untuk berbincang lebih lanjut. Agent belum tanya lagi owner tu samaada boleh kurang kan harga ke RM120k atau tidak. Dia kata balik nanti dia akan discuss semula dengan owner untuk tanya harga tu. Dekat gerai makan , aku just bagi dia tengok document2 aku. and dia kata okay tak ada masaalah...Then agent tu ceritalah yang owner tu dulu beli rumah tu cash dengan harga Rm50k pada tahun 2012.  Murah nye!!!! best nye dia dapat beli rumah dengan harga murah macam tu!!  SO agent tu terangkalaj bahawa si owner tu nanti kena bayar cukai CKHT lebih kurang rm18k kat LHDN.  Banyak tu!  Tak rasa rugi ke jual sekarang?? Agen tu cerita juga bahawa  minggu lepas dah ada seorang india yang nak beli rumah tu and dah siap bagi cheque bayaran booking 3% dengan offer price beli rumah tu dengan harga RM125k. (Agent siap tunjuk cek tu lagi, sebab dia belum pulangkan lagi pada India tu) ? katanya, owner tak bersetuju sebab status rumah tu bumi lot. Owner tak nak proses jadi lambat bila jual rumah yang status bumi lot kepada not bumi lot..

Masa discuss dalam whatsapp, bukan main lagi agent tu bersetuju just bayar RM500 booking receipt untuk submit dulu. Tapi pada masa jumpa face to face kat gerai tu, Boleh pulak si agent tu kata perlu sign  SPA dan bayar 10% downpayment dulu sebelum submit loan... Sebab kalau tak sign spa, bank tak akan approve loan  katanya...Ehmmm!  Hmmm !,,,  Macam lah aku tak tahu, nak belit aku lah tu!!, Dah lah tu, dia siap pujuk aku untuk beli rumah tu dengan harga RM130k lagi...dia kata market value boleh pergi RM130k.. aku kata tak nak ..last price aku RM120k jew..

After sampai rumah, dapat whatsapp dari agent tu, dia tulis owner tu tak setuju dengan harga RM120k and last price RM125k.. Since member aku dah ambil nombor phone owner tu, 2 hari lepas tu aku whatsapp owner tu tanya berapa harga boleh kurang jika aku nak beli rumah tu? owner tu bagitahu dia boleh kurangkan harga tu RM123k. Aku bagitahu owner tu aku tak nak beli melalui agent tu sebab dia suruh aku bayar downpayment 10% dan signt SPA dulu sebelum submit loan..Aku tak setuju macam tu sebab bahaya untuk aku.. So, owner tu bagitahu boleh jika nak beli rumah direct dengan dia, tapi kena tunggu kontrak dia dengan agent tu expired dulu dalam 2-3minggu lagi macam tu, baru dia boleh jual terus rumah tu kepada aku...so okay lah kalau macam tu, bila kontrak tu dah dah tamat, aku akan contac owner tu semula jika agent tu gagal carikan buyer lain dalam tempoh kontrak tersebut.



PERGI SURVEY RUMAH DEKAT AMPANG  >>>

Sambil2 tunggu expired date kontarak antara owner dan agent tersebut tamat tempoh. Aku masih mencuba lagi usha2 rumah lain. Aku pergi tengok satu rumah dekat ampang iaitu tak jauh dari hospital ampang. Sama juga kerenah nya. Mula2 kata boleh just bayar booking receipt  RM500 sahaja. But bila dah sampai boleh cakap pula kena cepat2 standby cek bayar booking 3% sebab hot place dan ramai orang berminat.  Aku pergi tengok rumah tu dengan member aku je. Owner rumah bersama wife dia datang sekali. Owner rumah tu bagus, semua document dia dah ready bawa untuk ditunjuk kepada bakal pembeli. Strata title dah keluar, so dia tunjuklah sehelai kertas geran strata title tu... di tunjukkan juga resit terkini bill api air,cukai pintu,jmb yang dah settle segala tunggakan.. (kalau semua penjual macam ni kan senang...senang bakal pembeli nak tahu maklumat sebenar rumah yang nak dijual tu. )  Owner rumah tu nampak macam baik.. aku pulak yang tak berkenan nak beli rumah tu..Agent tulis dalam iklan saiz rumah 900sgft..tapi bila masuk dalam rumah, aku rasa sangat sempit..aku anggarkan saiz rumah tu lebih kurang 750sqft sahaja...dah lah rumah tu tak ada balcony lak tu!! Then aku ngan member pun beredar...masa aku otw nak turun anak tangga tu, aku dengar owner tu perlahan2 panggil aku nak mintak contac number . yang si wife pula yang cuit2 si suami dia macam bagi isyarat jangan buat macam tu...tapi aku buat2 macam tak dengar je...Sebenarnya sebelum aku datang, agent tu dah pesan supaya jangan mintak kurang harga depan owner rumah. Katanya, owner tu tak suka jumpa pembeli yang minta kurang harga depan dia...Kata agent tu lagi, kalau nak nego harga, berbincang dengan agent sendiri biar dia sendiri yang discuss dengan owner rumah tu...

Aku pun tidak menyatakan keputusan aku untuk beli rumah tersebut. Nak sedapkan hati owner dan agen tu, aku kata ada rumah lain lagi yang aku nak pergi tengok petang nanti. Lepas aku tengok rumah tu baru aku akan decide nak beli rumah yang mana....Sebelum terus balik aku berhentikan Kereta di depan  sebuah kedai runcit . Seminit lepas tu,Yang si owner tu pun berhentikan kereta tak jauh dari Kereta aku. Aku duk dalam kereta je buat2 tak nampak. Member aku yang turun pergi masuk dalam kedai tu untuk beli air minuman. Si owner tadi tu pun masuk dalam kedai tu juga and aku nampak lah si owner tu berbual  dengan kawan aku tu.. Dalam hati aku ni kuat mengatakan yang owner tu nak deal direct dengan kitaorang pasal hal jual beli rumah tu tadi..BIla kawan aku masuk dalam kereta, aku tanyalah dia apa yang owner tu tanyakan tadi.. Kawan aku bagitahu, owner tu tanya berapa si agent tu letak harga untuk rumah dia tu?  so member aku bagitahu lah yg agent tu letak dalam iklan harga RM130k..Owner tu kata, dia boleh kurangkan lagi harga jika berminat...Kawan aku tak adalah nak tawar2 harga lagi..dia just bagitahu pada pakcik tu yang dia ada nak tengok satu rumah lagi petang nanti sebelum buat keputusan..

Lewat petang sikit si agent tu whatsapp aku balik, dia tanya macam mana keputusan aku samaada berminat nak rumah tadi  tu ke? Then aku bagitahulah dia aku berminat nak beli rumah dekat kepong. Dia kata ,  rugi kalau tak beli rumah dekat ampang tu sebab sewa tinggi dalam RM800 macam tu.. Then aku jawab kat semula yang rumah di kepong yang aku aku nak beli ni just RM125k sahaja dengan keluasan 930sqft dan harga sewa lebih kurang RM1000 sebulan jawab aku.. oo macam tu ya...agent pun faham la...


TERJUMPA IKLAN JUAL RUMAH DIRECT OWNER.. Damansara Damai

Kali ni, aku jumpa iklan rumah for sales direct owner. Rumah di damansara damai. Rumah medium cost walkup apartment tingkat 4 juga dan keluasan rumah lebih kurang 680sqft. Tengok dari gambar, memang cantik. Harga jualan rumah RM110k kalau tak silap aku. So aku contact lah owner tu.  Aku tanya owner tu boleh tak kalau aku nak submit loan dulu tanpa bayar apa2 booking . Mula2 owner tu bersetuju..so aku rasa mungkin dah takdir aku lah untuk beli rumah tu sebab dapat jumpa juga akhirnya owner yang bersetuju dengan cara macam tu.. Rumah tu memanglah tak ada balcony dan saiz nya agak kecik sedikit berbanding rumah2 lain sebelum ni..tapi, kalau dah Allah permudahkan rumah tu untuk aku, so aku terima ...

Tapi keesokannya owner tu tak setuju pula, katanya sangat ramai orang berminat nak tengok rumah tu, Husband di call bagitahu yang aku perlu signt perjanjian jual beli terlebih dahulu dan bayar downpayment 3% jika berminat nak beli rumah tu. Katanya jika loan tak approve, RM300 akan dikira hangus.  Dia pun dah siap whatsapp kat aku tunjuk perjanjian jual beli yang telah dia sediakan... nampaknya bukan rezeki aku lagi... :-)


TERJUMPA IKLAN RUMAH DEKAT SEPANG PUTRA ...

Jauh nye lokasi rumah tu.Memang malas nak drive pergi tengok rumah kat sana tu..kalau betul2 nak pergi pun kena tunggu time cuti dulu..So just discuss dengan agent melalui whatsapp je. Rumah landed double storey . Agent letak harga RM145k.  CUba mintak kurang,tapi last price memang harga tu juga....sewa kat situ lebih kurang RM400 sahaja sebulan.  Tapi best juga sebab rumah tu ada ekstra tanah sedikit dekat belakang rumah. so,nboleh bayang kan juga kalau dah tua nanti boleh lah duduk sendiri kat sana.Tapi risau jugak lah kot2 kawasan banjir atau apa ke2 sebab berdekatan dengan pantai sepang putra...try google2 tak de lah pula keluar story area kawasan situ terlibat dengan banjir atau apa2 masaalah lain. 

So, aku discuss lah  dengan agent tersebut, and kali ni aku dah make sure betul2 dengan agent tu and dia dah confirm kan betul2 dengan aku. Tak perlu signt letter offer to purchased. JUst bayar booking receipt RM200 sahaja sebagai tanda untuk submit loan. JIka loan tak approve 90% dia akan pulangkan semula duit RM200 tu..niat aku, kalau pinjaman aku tak lulus aku akan bagi je duit Rm200 kat agent tu...so aku pun kira setuju lah nak pergi tengok rumah pada hujung minggu nanti. Dapat jumpa juga akhir nya agent yang senang berurusan...alhamdulillah masih wujud lagi agent yang baik macam tu..

Aku pula dalam dilema dan berbelah bahagi... rasa macam jauh pun ada, bukan senang nak pergi tengok rumah kat sepang putra tu. Kena ambil cuti satu hari juga.. Dalam hati aku alangkah best nya kalau rumah dekat kepong tu masih availbe lagi. Rumah kat sepang putra ni pun aku berkenan juga sebab landed property.  Teringat dengan rumah yang aku berkenan dekat kepong tu. Kalau aku tak beli rumah tu sekarang, Maybe lain kali aku dah tak mampu nak beli rumah dalam area kl lagi...sebab property kat kL ni cepat naik berbanding kawasan sepang pendalaman macam sepang putra tu...Kalau tengok dari sudut sewaan pun,,rumah kat sepang putra tu sewa nya cuma sekitar RM400-rm600 sahaja. Rasa macam tak lepas nak bayar loan bank nanti..So aku decide nak tanya rumah kat kepong tu dulu, jika masih availble lagi.. So aku try lah whatsapp owner rumah kepong tu semuala, aku tanya lah dia samaada dah ada pembeli atau belum. Alhamdulillah , owner tu confirmkan pada aku yang rumah tu belum ada pembeli lagi. dan kontrak dia dengan agent tu akan tamat dalam 3hari lagi... so aku terus bagitahu yang aku berminat nak beli rumah tu dengan bersetuju harga yang dia offer hari tu RM123k .  Owner rumah kepong tu juga bersetuju untuk aku submit loan dahulu tanpa bayar apa2 booking...dia juga bersetuju untuk aku drafkan surat perjanjian harga jual beli untuk tujuan submit loan pada bank.


Bersambung PART 5...




6 comments:

  1. sy baru baca je blog awk, dh terbeli rumah melalui agent low cost hrga 95k...market price 80k jek.sbb low level owner markup lebih.masa booking agent push byr 10% dp tnpa sign apa2 document.just bg recipe..klau kena tipu aritu mmg naya.modal ayat sama ja bnyk interested buyer katanya...last2 agent fee dekat 3k...nasib la ade cash bnyk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Agent fee tu sebagai earnest deposit ke?atau agent tu caj agent fee dari awak? Sbb untuk agent fee ditanggung oleh penjual sahaja sebenarnya.rumah sya haritu pun sangkut kat market value gak. Masa submit loan, pbebank dan cmbank just dapat valuer yg bagi rm110k..dekat 2minggu sye suruh banker hold document sye sbb nak survey harga dari valuer2 lain. Last2 dapat gak valuer yg boleh bagi market value rm123k..nanti sye cerita lanjut kat part2 lain pasal valuer ni. Macam mana kes rumah awak tu? Dah Settle ke?

      Delete
  2. sambung-sambung, tak sabar nak baca, maknanya dapatlah rumah yg dekat kepong tu kan?

    ReplyDelete
  3. :-) alhamdulillah ...rumah kat kepong tu tengah dalam proses. Letter confirmation dari liquidator pun dah dapat...spa dah start effectif 10/9/2014.. So thats means dlm 10/12/14 ni target nak dapat kunci... Mcm2 rintangan YG kena lalu....market value tak lepas la, fire insurans JMB tak beli la, ,,alhamdulilah dah boleh lepas...nanti sye sambung cerita lebih detail ya :-)

    ReplyDelete
  4. salam.....

    thanks tinggal jejak...kebetulan mmg tgh mencari2 rumah mampu milik utk beli...banyak info leh sy dapat dari blog ni...

    thanks!

    ReplyDelete
  5. Waalaikumussalam ..Terima kasih juga :-) .. Moga2 dipermudahkan urusan beli rumah tu nanti ya..amin..

    ReplyDelete