Monday 15 September 2014

PENGALAMAN beli handphone di kedai DIRECTD

Beli Handphone  SONY Z Ultra

Ehm!!
Dah dekat seminggu aku tak sambung tulis blog aku mengenai pengalaman beli rumah subsale aku tu. Potong stim je..Entah nape tiba2 Netbook aku tak boleh nak masuk window... Aku syak Netbook aku tu dah terkena virus ,,, geram betul...tengah orang excided nak tulis blog, time ni lah dia nak terjangkit virus Pulak.... Hu..hu... Malasnya nak pergi hantar untuk repair jauh2, so plan nak cari tempat repair yang dekat2 sahaja. Kat mana ya!! (Hari ni aku tulis blog ni guna Ipad mini je...penat juga jari ni nak tekan2 huruf kat skrin tu...)

Okay lah! Nak cerita pengalaman beli handphone di kedai DIRECTD.  Fames betul kedai ni sekarang. Semalam masa aku pergi punyalah ramai orang, sampai beratur sakan nak beli handphone kat kedai tu. Yang datang kat situ pun bukan setakat nak window shoping semata, but memang datang dengan niat beli handphone kat situ...macam aku juga..he he.. Nak beli kedai lain tak berani, risau kena tipu..and harga kat kedai yg macam kios2 yg terdapat dalam pasar raya biasanya lebih tinggi harganya. 

Sebenarnya, tiga tahun lepas aku dah pernah beli samsung tablet aku kat sana. Sampai sekarang tablet aku tu masih ok lagi. Pernah tukar bateri sekali je. Tapi sebab selalu 'hang' sangat, so aku dah tak tahan dah nak pakai lagi. Mcm mana tak asyik 'hang' , ram tablet aku tu kecik sangat, just 512mb je.  Hu ..hu.. Samsung tablet yang aku beli tu original WARRANTY by samsung 1 tahun. Tapi, bila cek spec teknikal kat bahagian gambar tak ada keluar gambar anak anjing. Hanya keluar gambar handphone. So telefon aku tu cuma original kelas kedua rasanya.. 

So, semalam aku decide beli telefon AP set . Dulu memang aku ingat nak beli yang original, tapi last week costomer aku ada beli handphone AP SET dari kedai directd juga, dia dan Wife dia beli handphone SONY Z ULTRA  yang model LTE. Kata costomer aku tu, original atau ap set tu lebih kurang sama sahaja, klu original WARRANTY setahun by Sony, kalau AP SET WARRANTY 2tahun dari kedai. katanya kalau dapat pakai 2tahun pun dah puas hati, sebab handphone ni sentiasa ada keluaran model terbaru..dan teknologi tu sangat cepat ketinggalan ..lagi 2 tahun Maybe kita nak beli model lain pula katanya...untuk model SONY Z ULTRA yang AP SET ni, yang original harga rm1599 dan yang AP Set pula ada 2 model sebenarnya, satu yang model 3G dan satu lagi model LTE. Yang 3G harga RM 899 dan yang model LTE pula harganya RM949. Actualy bulan lepas aku ingat nak beli handfone asus zenfone 6 . Tapi,baca kat internet ramai yang dah beli zenfone kata ada problem sikit ikut nasib... So tak nak ambil risiko... Nasib baik ternampak my costomer beli handphone model SONY Z ULTRA  ni, klu tak Maybe aku dah menyesal dah beli handphone yang lain.. Sebab ciri2 reka bentuk dan saiz telefon tu memang cukup aku suka... He ..he ...

So semalam aku pun memang sambar sebijik handphone yang jenis sama macam costomer aku tu. Memang puas hati betul dengan model tu, skrin nye besar, saiz 6.4inci, reka bentuk nya kemas dan nipis. Ram 2gb, internal memory 16gb, camera 8mp.  Sebelum ni pakai tablet ram 512 memang slow giler, and sekarang rasanya memang laju giler... Tak nyesal beli... Memang puas hati aa beli telefon ni..
Semalam aku beli pakai credit card, so untuk pembelian guna credit card ni mereka akan kenakan caj 3% dari harga belian. Sebab aku nak cukupkan  belian ke rm1000 (untuk apply flaxipay) so aku beli cover sekali. Beli cover, percuma scree protector . So screen protector tu pun suruh orang kedai pasangkan sekali. Simcard yang dari samsung teblet tu pun Mintak orang kedai tu tolong potong kan sekali and masuk kan siap2 kat dalam phone baru aku tu...

Dulu,tiga tahun lepas masa datang sana tu, kedainya cuma satu pintu sahaja kat ground floor, staff cuma dalam 4 orang gitu, bos pun masih duduk kat depan counter. Costomer masa aku datang tu cuma 4-5 orang je...  Tapi, semalam masa aku datang, punyalah ramai yang datang.. Totaly change!!
Kat ground floor aje pun dah ada 3 pintu kedai berasingan. Kat tingkat atas ada satu kedai lagi. Salah satu dari 4kedai tu adalah khas untuk orang yang datang beli borong. Yang kedai khas untuk borong ni pun ramai gak orang yang datang. Masyuk!!!   Staf dia jangan cakaplah, dah terlebih ramai dah
aku tengok. Bos ! Hah aku dah tak nampak batang hidung bos tu dah..rasanya Maybe si bos tu pun
dah sibuk dengan urusan import2 handphone tu.. And Kebetulan semalam juga aku ada tolong member publish kan iklan cari pemandu peribadi, yang company DIRECTD tu pun ada buat publish  iklan mencari pemandu peribadi juga... So memang masyuk!!! bisnes DIRECTD ni..best nye dapat bisnes macam ni... :-)







No comments:

Post a Comment