Wednesday, 3 September 2014

PENGALAMAN BELI RUMAH LELONG PART 6


Nak sambung balik cerita rumah lelong part 5 yg aku tulis semalam tu. Aku harap aku boleh habiskan part cerita rumah lelong ni kat part 6 malam ni juga.. nak complete kan cerita sampai kisah rumah tu selamat di sewakan.,,sebab,aku sebenarnya dah tak sabar2 dah nak masuk cerita yang terkini yang sedang aku lalui sekarang iaitu kisah beli rumah subsale yang devalopernye  dah bankrup . rasa macam berkobar2 je aku nak cerita kisah beli rumah kedua ni. Kali ni aku dah jadi cerdik sikit...Macam2 ilmu aku tahu dan dah belajar. antaranya adalah cara selamat beli rumah, mengenai sangkut market value, jumpa manger bank yang sangat baik, cara beli rumah direct owner, cara kira ckht, cara apply pengecualian ckht sekali seumur hidup, kos2 yang ditanggung oleh penjual jika nak jual rumah, Faham istilah EFFECTIVE DATE untuk spa yang ditandatangani. sebelum ni aku ingatkan tarikh EFFECTIF DATE spa adalah pada tarikh SPA di SETEM .rupanya tidak!!!. AWAS!! dengan agen yang suruh kita sign SNP sebelum submit loan...  hu hu...nantikan ye citer tu..COMING SOON. .

ok. sambung balik ya, cerita rumah lelong part 6 .
aku sebanrnya ingat2 lupa dah..and terlupa nak story pasal kerja cat mengecat rumah. Kerja cat mengecat ni actualy aku buat sebelum masukkan aip api lagi. aku buat kerja mengecat lebih awal sebab bajet kos untuk cat ni tak tinggi mcm nak kena settle bil2 air tertunggak dan nak buat kerja wiring tu. aku just beli 2tong besar cat dinding nippon dan tambah satu tong kecik lagi sebab tak cukup. harga masa tu promosi.  harganya klu tak silap RM49 satu tong.  termasuk aku, empat orang yang  datang buat kerja mengecat (sedara aku yang datang tolong).   Sehari dah siap dah kitaorang  mengecat satu rumah. He ...he....

Lepas je air dan api dah masuk balik leganya rasa hati nie...nampak lah rumah tu dah macam rumah sekarang...rasa syukur sangat. Pasang je lampu ,rasa terang benderang. Sebelum ni, rasa tak best juga sebab tak boleh nak hidupkan lampu . so, biasanya pukul  6petang lebih aku dah balik dah...  since dah ada lampu ni, bolehlah aku stay lama sikit kat situ. TV tak de,so just on kan radio jelah sambil duk bekerja tu. hu.. hu..

Dah tak bayak benda dah nak dibuat cuma tinggal betulkan piping balik je.  Banyak juga kepala paip yang aku beli sebab ada yang dah rosak dan ada yang memang tinggal kosong je. Singki kat dalam bilik mandi yang rosak pun aku dah betulkan balik include dengan buat piping baru untuk extra pipe kat patio. sebab aku emagine bakal penyewa aku nanti nak letak washing machine kat situ. kat patio tu pun aku tarik wiring baru untuk socket mesin basuh nanti.  Kat dalam toilet juga ada yang nak kena baiki semula. flush semua dah rosak. and dekat lantai bilik air dan toilet aku just letakkan simen putih tempat joint antara tiles tu.  lepas simen putih tu dah kering , tiles toilet ngan bilik air aku tu terus nampak macam baru.  Sebenarnya tulah first time aku buat kerja2 plumbing sendiri. Sebelum ni aku memang tak pernah buat pun. Tapi, tulah nak survive kan. nak jimat ...macam tu lerrr..kena belajor wat sendiri.  Tapi otak aku ni memang jenis boleh imagine klu bab2 kerja macam tu ..he he.. .Biasa lah orang yang menulis tangan kidal ni memang teror sikit bab buat kerja ni ..'masuk bakul angkat sendiri ' Ahak! hak!

Dah lepas siap semua kerja baik pulih rumah tu, step seterusnya adalah pergi beli tikar getah. Beli segulug je. Beli dekat kedai cina Kat damansara damai tu. LUpa dah nama kedainya. Pergi kedai dia aku just tempah and dalam 2-3 hari dah sampai stock, tokey kedai tu terus hantar ke rumah aku. siang dia kena panjat tangga pikul tikar getah yang berat tu, Harga segulung klu tak silap RM180 kot. dah ingat2 lupa dah. Lepas je dia siap antor. Terus aku ngan member pasang tikar tu.. Langsir pun aku just ambil langsir lama kat umah aku. Just pasang lah untuk buat syarat ..Hu ..Hu..

Akhirnya siap juga proses baiki membaiki rumah aku tu.   PUas hati sebab semuanya hasil kerja sendiri dan member2 yang datang menolong. Terima kasih ya kawan2 ku... Muah!!

Bila Dah ready, apa lagi ...Terus proses cari penyewa lah pulak. Sebelum ni dah banyak sumber aku dengar about unit tingkat 4 yang aku beli ni. Jiran sebelah rumah aku tu, masa awal2 aku jumpa dulu ada bagitahu yg dia sewa rumah yg dia duduk tu dengan harga rm280 sahaja. (hu..hu..'murahnye' dlm hati aku. but tak kisah lah..murah pun janji dah ada rumah) . Yang orang pekerja kat management office pula, dia ada bagitahu aku bahawa susah nak cari penyewa untuk rumah top floor macam rumah aku tu... hu hu.. yang tukang cina yang buka kunci tu pun kata benda yang sama...

Macam biasa lah. Aku ni kan kaki Mudah.com . Kat situlah paling senang nak cari bakal penyewa. Sebelum decide nak letak harga sewa yang bersesuaian, aku buat survey sewa untuk rumah flat area damansara damai tu dulu..kebanyakan sewa rm450 ke atas... so aku decide try masukkan iklan aku tu dengan harga sewa rm400. kat iklan tu tulis memang tulis detail lah syarat kriteria penyewa yang kita inginkan. Point penting yang kena tulis adalah " boleh bayar sewa on time 1hb-7hb " dan "first masuk kena bayar 2+1" .
Bagi aku syarat2 tu adalah penting sebab target nak cari penyewa yang tak bermasaalah di kemudian hari.

Lepas je iklan tu Publish kat mudah.com, memang ramai yang msg dan call. Tak sangka ramai yang berminat nak sewa rumah tu. Sampai sye pun dah pening dah..first mula2 aku deal dengan seorang tu datang tengok rumah. Tapi dia nak sewa 6 bulan sahaja.. So, tak bersetuju sebab bila pikir nak kena cari penyewa baru lepas 6 bulan nanti tu, rasa macam bayak kerja lah pula nak kena buat..malas pulak bila pikir nak kena cuci rumah balik bila time penyewa keluar nanti.  Sebab ramai yang call and akupun malas nak ulang alik bawak orang tengok rumah. so aku dah arregekan satu date untuk orang datang dalam waktu yang sama. Aku buat deal dengan 7 orang untuk jumpa aku pada tarikh sekian2.  Alamak!! rasa macam susah lah pulak nanti.. buat aku terpikir2 jew..nanti kalau semua atau bebapa orang yg datang tu berminat macam mana pulak aku nak tolak nanti.. tak sampai hati rasanya nak menolak sebab dah bagi orang datang tengok dari jauh2. Sebelum tiba kehari perjumpaan aku pilih salah satu dari mereka tu...pilih yang nampak lebih berhemah ayat sms nya..yang nampak mcm baik
and hormat orang gitew... Then aku set appointment bagi orang tu tengok dulu. Suami isteri baru kahwin. Yang wife kerja kat Pejabat socso. yang husbang kerja kilang kat sungai buluh.  Orang tu pun dah berkenan dengan rumah aku tu. dan aku pun rasa mcam okey je..malam tu juga dia bayar booking dulu. Then esoknya aku sediakan kontrak sewa. Tak susah pun buat benda ni. Aku just copy balik kontrak rumah yang aku tengah sewa sekarang. Tapi, aku ada ubah sikit2 lah.  Lusanya bila dah ready je document tu aku ngan penyewa datang semula berjumpa kat rumah. Penyewa buat semua pembayaran dan sign document.Dan tulis resit bayaran deposit dan sewa .  Document kontrak sewa  tempoh sewaan setahun tu aku sediakan dua salinan untuk di tandatangani.  Keesokannya pula cepat2 aku pergi ke LHDN damansara perdana. Just bayar RM10 disetem kan.  So,dua salinan jadi kena bayar RM20. satu salinan aku simpan, and satu salinan lagi aku bagi kepada si penyewa. And alhamdulillah sejak sept 2012 hingga sekarang 2014, penyewa tu masih lagi menyewa kat rumah aku tu  and bayaran sawe pun belum pernah sangkut lagi..cuma kekadang ada lah lambat bayar juga. Aku tak kisah sangat lambat tu..janji ada bayar bulan yg sama kena bayar.. hu..hu..

Ha...Ha... aku sewakan rumah aku tu pada orang lain...  Aku sendiri pun still menyewa lagi...Takpe lah bekorban sekarang. untuk senang di hari tua nanti. Sebab aku memang target nak beli rumah lagi nanti..KOntrak sewa penyewa aku tu pulak aku memang renew yang baru lepas expired. Sebab benda tu memang berguna untuk aku tunjukkan pada bank agar bank senang nak luluskan pinjaman rumah kedua aku tu nanti.. Ahak..Hak!


FIRE INSURANS

Bab fire insurans yang aku nak bagi tahu adalah, Untuk kes rumah aku ni, lepas je bank dah siap releasekan pinjaman dalam masa seminggu or dlm tempoh sebulan macam tu lah,  Datanglah surat dari CiMB kat alamat surat menyurat rumah sewa aku tu. kat surat tu tulis mereka dah creditkan amount rm114 dari akaun loan  rumah . amount tu adalah caj premium 1 tahun fire insurans yang
cimb belikan untuk unit rumah aku tu. Tapi caj tersebut boleh di tolak semula jika aku boleh buktikan jmb sudah beli fire insuran untuk unit tu. So dalam surat tu ada tulis, Minta aku pos kan /fax kan/emeilkan kepada mereka  salinan sijil Fire Iinsurans jika pihak JMb ada beli fire insurans untuk rumah tersebut. Tapi, Dengan syarat Nama dalam sijil adalah atas nama aku dan CIMB Bank ditulis sebagai CHARGEE.

Then kerja aku seterusnya adalah pergi ke JMB untuk minta sijil FIRE Insurans.  Sampai sana aku minta sijil Fire INsurans tu and nasib baik dah keluar sijil tu masa tu. Tapi nama still nama owner lama dan bank pelelong as CHARGEE.  So aku tanya jMB macam mana nak tukar nama tu..then mereka suruh aku pergi ke syarikat insurans tu untuk buat penukaran nama. Macam biasalah , aku dah readykan SNp copy untuk diberi kepada mereka. and nasib baik aku bawak file rumah aku tu sekali, orang kaunter tu ada minta bukti lain selain snp yg mengesahkan aku adalah pemilik terkini. dan document berkaitan ngan cimb yg bagi loan rumah aku tu. Tak lama pun proses tu, on the spot dia buat pertukaran nama tu.  Balik rumah,cepat2 aku emeilkan sijil tu pada cimb sebab bank dah letak tarikh akhir untuk aku submit benda tu. Selamat duit aku..Dalam statment tahunan akaun rumah aku tu, aku boleh tengok lah history bank tolak duit rm114 and then ada rekod masukkan balik rm114 tu..


Masa aku pergi ambil sijil fire insurans tu , aku perasan lah nama kat statment akaun untuk unit rumah aku tu still nama pembeli lama. Aku tanya lah kenapa masih nama owner lama lagi?  Dia kata perlukan Document SNP..Ari tu aku kata aku dah hantar Document copy P.O.S aku tu...aku kata aku beli lelong so document P.O.s tersebut adalah pengganti SNP.  Beberapa hari lepas tu , aku datang lagi . so aku bagi semula pada dia salinan P.O.S sekali lagi.  Beberapa bulan lepas tu aku ada datang cek bill jmb aku lagi. Heran betul aku, kenapalah tak nak masukkan nama aku lagi dalam status komputer tu. so aku tanya lagi lah kenapa belum masuk lagi..hari berikutnya aku datang, cek balik bill. alhirnya tukar juga kepada nama aku...


Tapi kan!!!  Lepas je berlalu setahun,. Surat cimb ni datang lagi. Mcam biasalah surat tu tulis minta kita hantarkan pada mereka salinan bukti sijil fire insurans dan nama aku dan nama cimb ada tertulis dalam sijil tu. Jika gagal bank akan tolak duit lagi beli fire insurans lain. Then kerja aku lepas setahun pemilikan rumah tu adalah pergi mendapatkan salinan sijil tu kat management office.  Bila sampai sana, jmb kata sijil individu belum kuar. cuma yang kuar MASTER POLICY insurnas je ( master  policy ni form yng menyatakan jmb beli master insurans untuk keseluruhan bangunan kat situ). Dekat dua minggu tunggu baru keluar sijil fire insurans yg nama individu untuk unit masing2.  Tarikh akhir hantar cuma tinggal dua hari je lagi. Sekali tengok nama dalam sijil masih lagi nama owner dan bank lama owner. INgatkan dah tak yah tukar nama dah/ \\. Tahun lepas mereka ambil insurans dari syarikat insurans lain. Tahun ni mereka ambil INsurans MSIG pulak..so kena pergi ke MSIG pulak. Macam biasa, kena bagi  salinan fotocopy P.O.S  tu lagi pada mereka. Siap je tukar.cepat2 emeil ke cimb.

Tahun ni tahun kedua cimb hantar lagi surat nak mintak fire insurans tu. Aku dah pergi jmb. dah expired tarikh kena hantar kat cimb , cuma MASTER POLICY INSURANS  je yang mereka bagi. sebab fire insurans individu belum keluar lagi.  Tahun 2014 ni aku tak emeil lah pada cimb. not sure lah mereka potong atau tak account aku tu.  Menurut kata LAWYER AKU  :  bank negara dah tetap kan bahawa hanya perlu ada satu sahaja fire insurans dalam satu masa. dan kita boleh batalkan fire insurans yg dibuat oleh institusi bank.  And aku tak pasti lah tahun ni dalam sijil tu tertulis nama owner lama lagi atau dah siap2 nama aku. Kenapa Ya jadi Macam ni? ada kaitan dengan DEVALOPER KE?



CEK STATUS NAMA PEMILIK KAT DEVALOPER


HAh! Hah!  dah dua tahun dah aku beli rumah lelong aku tu. Aku pun belum pernah call pihak devaloper. Aku baru je tahu tentang benda ni pada tahun ni. Tengah2 aku duk mencari ilmu untuk membeli rumah kedua. aku terjumpa informasi ni. Sebenarnya kita sebagai pemilik baru rumah kita, memang perlu call pihak devaloper ni. Boleh buat call atak pergi sendiri pejabat devaloper. Tanya status nama pemilik terkini untuk alamat rumah kita.  And jika masih lagi nama lama, kita perlu suruh mereka updatekan nama kita sebagai nama pembeli baru. Klu tak silap sye just bagi salinan SNp . Benda ni kita perlu settle kan sebab jika status terkini masih nama pemilik nama, bimbang jika strata  title ada geran individu keluar nanti, nama owner lama pula yang didaftarkan...dan itu akan jadi masaalah pada kita dikemudian hari.

(\Penjual rumah subsale yang saya dalam proses jual beli dengan dia sekarang menghadapi masaalah tersebut. Dia beli rumah cash tahun 2012. Then bila nak jual 2014 tengok, nama still nama pemilik lama dan lawyer lama dia tak serve pihak liquidator. Sebenarnya lawyer lama dia sepatutnya serve devaloper untuk pihak owner ke2 pada tahun 2012 ,tapi lawyer lama dia tak buat proses tu dan minta owner lama sign surat imdemnity .so lawyer lama dah mcm complete kerja lah... si owner2 ni memang tak tahu apa2 ingatkan dah settle semua sbb dah dapat semua security document.

Time nak jual rumah ni pada aku. baru lah tahu. Benda ni dah jadi masaalah pula dan melambatkan proses jual beli antara aku dan dia. Tengah sibuk lawyer aku nak dapatkan letter confirmation dari liquidator . time tu jugalah nak serve pihak liquidator untuk owner ke2 tu. Macam2 surat yang liquidator mintak. macam2 surat lawyer aku kena tulis untuk owner ke2 tu..surat aku janji lah...n macam2 surat lagi.  Lawyer aku kata, nasib baik owner ke2 tu jual rumah tu sekarang sebab baru 2 tahun. kalau 10tahun baru nak jual, jawabnya sangat2 payah dan dia pun dah tak sanggup. sebab untuk proses tu kena dapatkan surat2 lama dari simpanan lawyer lama. Sbb kata lawyer aku, lepas tempoh 7-10 tahun, pihak lawyer dah boleh lupuskan document lama.  Walaupun kes owner kedua
baru dua tahun nak jual rumah tu, file dia pun memang ambil masa untuk direcovery bali. Lawyer aku pun memang betul2 push budak2 lawyer lama tu. sebab tak nak lambat prose rumah aku ni.  Dah dekat sebulan bila document lain yg liquidator tu minta dah ada, cuma tinggal satu surat sahaja yg liquidator nak. iaitu satu surat yg original yang telah di sign oleh owner ke2. surat tu devaloper tak nak yang fotocopy. Puas lawyer aku mintak surat ni. Berkereras bos lawyer lama tak nak kasik. So lawyer aku suruh owner ke2 minta surat tu dari lawyer lama.  And lawyer aku dapat kata kalau lawyer lama tak nak bagi juga, minta lawyer lama tulis surat ''RELEASE UNDERTAKING " untuk surat lama yg original yg lawyer tak nak kasi tu.

Owner ke2 tu pun dah tak pandai nak explain, so lawyer ngan lawyer talk lah..lama gak owner tu cakap dengar mereka bercakap melalui phone. ( selama ni puas lawyer aku call nak cakap ngan bos tu, tapi dia pass ke staff dia je) . Owner ke2 tu pun masa call dalam telpon nak bercakap ngan bos lawyer tu, dia tak layan gak, just pass kat staff je).  Tu yang owner ke2 tu terpaksa gak pergi cari boss lawyer tu. hu..hu...

At the end bos lawyer tu setuju untuk bagi surat release undertaking tu.. (Lawyer aku kata, ingatkan lawyer lama owner tu bagi on the spor surat tu pada owner ke2 tu, sebab satu baris ayat je yang nak di tulisnya.  Rupa2 nya owner ke2 tu balik belenggang jew) . Hari jumaat lawyer aku call pejabat lawyer tanya pasal surat tu,,staf tu lak kata bos dia tak ada bagitahu apa2 pun. then staf tu kata akan tanya bos dulu dan akan call balik.

Then, hari isnin nye..lawyer aku tunggu je pagi---then masuk tengah hari--tak de call pun--then petangnya lawyer aku dah tak sabar dah terus call pejabat lawyer tu. (kata nak call, tapi tak call2 pun.klu ikutkan hati lawyer aku tu dia kata pagi2 dia dah nak call, tapi takut mengganggu pulak awal2 pagi tu..hu huu) .Then bila call, mereka bagi jawapan surat tu akan di hantar sendiri ke pejabat liquidator.. LAWYER lama owner melayu..


OPSS SORY DAH TERCERITA KISAH RUMAH subsale aku lak... Kan betul! memang berkobar2 nak story kisah rumah kedua ni...hope ALLAH SWT PERMUDAH KAN ...AMIN...


JUMpa lagi nani ya..KISAH BELI RUMAH SUBSALE ...coming soon..TQ





TOTAL KOS YANG TERLIBAT (update date : 16/10/14. Terima kasih pada yang bertanya)

1) PINJAMAN BANK approve 
-RM31,350  
-GMTA (insurans) = RM334
-BANK LEGAL FEE = RM716
-valuation = RM600
TOTAL =  RM33000

2) LAIN-LAIN KOS TANGGUNG SENDIRI
-Snp/pos lawyer Fee = RM1381
-devaloper caj fee = Rm1050
-10% deposit = RM3700
-caj matikan stamp document p.o.s (dibayar pada hari menang lelongan di kaunter = Rm40 (klu tak silap aku, sbb dah lupa)
-tunggakan iwk = rm100
-tunggakan bil air = rm717
-deposit untuk daftar bill air =Rm100, service caj = rm30
-upah plumber sendiri yg berdaftar sambung meter air =Rm150
-buat search title di pjbat lembaga perumahan Selangor = rm30
-beli wiring dan casing,mcb,elcb,untuk pendawaian elektrik=RM500
-upah wireman untuk sambung wire dari meter kwj ke db board = RM150
-beli cat dan peralatan cat = rm100
-beli tikar getah = rm180
-beli alat untuk repair pipe dan kepala pipe lebih kurang rm50
-beli silikon glue rm15
-beli simen putih = rm4
-upah orang pecah kunci=rm50
-beli tombol pintu 7set = rm100
-bayaran awal JMB fee (bayar sendiri)= rm500
-bayaran awal (bayar sendiri)= rm600
Total = 9507

P/s = untuk fee cukai pintu dan JMB fee tidak dimasukkan yang sebenar dalam senarai sebab bank pelelong cover bill tersebut untuk 6tahun sebelum...untuk lawyer fee snp rm1381 tersebut ,bukan lah caj yg sebenar sebab sye lupa minta quotation sebenar dari pihak lawyer pada masa tu, tapi lawyer tu bagitahu bahawa pihak bank pelelong telah release kan sebahagian duit tunggakan JMB fee dan pihak lawyer sudah buat penolakan dari duit tersebut..






















18 comments:

  1. Lawyer melayu? dekat mana tu? mcm sama kes dengan lawyer kte jek. Lawyer yg sama ke apa? Nak kena maki2 baru jalan. kerjanya menipu je. heheheh.

    Alamak, fire insurans tu yg mana pulak? mmg cimb cakap ada potong fire insurans, lps tu hari tu ada pergi byr maintenance, dorg pun ckp ada potong insurans, tp terlupa nk tanya insurans apa.

    Then,
    memang kena eh call developer utk tanya pasal nama tu? susahlah jugak ye. Ke rumah lelong je yg kena call, rumah subsale tak perlu? risau pulak..

    Oklaa, dapat juga rm400 kan, berbaloi jugaklaa :)

    ReplyDelete
  2. Yup memang lawyer Melayu juga...not sure lah office nye kat mana.. Tapi tak sama dengan lawyer yg awk pakai tu... Lawyer awak tu femes gak nama tu..sye pernah baca kat blog fariswadi yg cerita kes umah lelong dia sangkut sebab guna lawyer fim tu..

    Fire insurans ni memang setiap JMB akan beli untuk setiap unit rumah,,fee untuk fire insurans yg JMB ambil biasanya lebih murah dari yg bank belikan untuk kita..untuk rumah saya tu, saya cuma bayar kat JMB rm27 untuk fire insurans tu, manakala yg bank ambil adalah rm114.. Yang JMB tak boleh nak cancel, tetapi boleh buat pertukaran nama ke nama kita dan nama bank kita sebagai chargee. Then kalau bank hantar surat mengatakan nak beli fire insurans pada kita, kita boleh hantar salinan fire insurans JMB tu..pada bank untuk bank batalkan fire insurans yg mereka beli untuk kita.. (Fire insurans yg bank beli boleh dibatalkan)

    ReplyDelete
  3. Macam kes rumah sye yg 2012 hari tu, lepas je bank disbush loan, bank tu terus belikan fire insurans untuk rumah sye tu, the mereka ada hantar surat yg mereka telah buat penolakan dalam account rumah saya, dalam surat tu turut menyatakan menyuruh sye menghantar salinan COPY fire insurans yg diambil oleh JMB untuk membuat pembatalan fire insurans yg mereka beli, dengan syarat nama sye ada dalam sijil tu dan nama bank ada dalam sijil tu juga. Sekarang pun setiap tahun cimb hantar surat minta COPY salinan yg JMB beli and make sure nama saya dan cimb ada dalam tu.

    ReplyDelete
  4. Yang mengenai call pihak devaloper tu, actualy hanya untuk property yg belum ada geran individu atau belum keluar strata tiltle sewaktu proses jual beli tersebut dilakukan, ianya adalah penting untuk kita pastikan samaada nama kita didaftarkan kepada pemaju sebagai pemilik tekini apartment tersbut. Satu cara lagi cara nak pastikan samaada nama kita dah didaftarkan atau belum adalah kita boleh tanya lawyer kita samaada mereka dah hantar notis of assigment pada pemaju atau belum..

    Harga sewa rumah area tempat sye tu dah naik dah, 3hari lepas tengok kat mudah.my ada orang advertise rm550 dan rm700 untuk top floor...rasa berbaloi semangat beli rumah tu..loan pun tinggal 8tahun je lagi.. :-) alhamdulillah..

    ReplyDelete
  5. assalam bang. boleh tanya tak total kos deposit+others fee yg abang bayar masa nak beli rumah lelong tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Next week sebelum 20hb sye akan update total kos2 yg terlibat..sbb nak kena cek document balik..sye akan try tulis anggaran sebenar berdasarkan resit2 bill2 yg ada..

      Delete
    2. Sebab minggu ni sye sibuk sikit..

      Delete
  6. Tuan..sy ni maybe akan beli rumah lelong 11/8 ni...tapi takut2 jugak sebab takut byk unexpected cost yg takde dalam budget but then tetiba kena kua masa nak beli...basically boleh sy tau apa yg perlu get ready in term of RM utk beli uma lelong (tak termasuk repair cost uma, settle bill yg mana out from purchase scope)...apa yg sy paham dari blog u..kita just perlu:

    Bidding Process:
    1) Bank Draft - 5%/10% from reserve price
    2) Standby Cash untuk balance 5%/10% according to final bid price bila menang
    3) S&P (Lawyer) - Usually Berapa?
    4) POS/COS - ada charge tak?
    4) Bank Fees (Lawyer, valuation, etc) - Yg ni usually masuk dalam loan bank or kene guna duit sendiri?

    and ada apa2 lagi tak?

    ReplyDelete
  7. Untuk umah lelong nie tak ada snp. Cuma document P.o.s digunapakai untuk kes rumah lelong. Kos lawyer snp/pos bergantung dengan harga rumah yg kita beli.. Pengiraan fee lawyer snp/pos untuk rumah lelong sama seperti beli rumah subsale. Klu nak tahu lebih lanjut cara pengiraan lawyer fee snp boleh baca blog salsalim.blogspot.com (baca article 2010)

    ReplyDelete
  8. Untuk bank legal fee ni..atas bank juga. Ada yang offer masukkan dalam loan. And ada gak yang kita kena bayar sendiri. Macam kes umah ke2 sye. Bank just bagi loan90% dan insurans mrtt sahaja. Lawyer fee and valuation kena bayar sendiri. Caj dari pihak devaloper pun kita kena expect juga...macam kes umah lelong sye dah nak disbush loan, lawyer call suh bayar rm1050 kepada devaloper. (Klu umah subsale penjual yg kena bayar caj tu, klu lelong kita lah kena tanggung) . Tapi caj nye tak menentu, terpulang pada devaloper . Then kita kena expect JMB ,iwk ,cukai pintu, semua dah datang surat merah..surat tuntut hutang. Kena standby bayar duit kita dulu..selamat membeli rumah lelong ya

    ReplyDelete
  9. Untuk islamic loan .biasanya bank legal fee lebih mahal caj nye berbanding jenis conventional. Sebab islamic loan ni lebih rumit sikit proses documentasinya

    ReplyDelete
  10. Ops. Satu lagi benda penting nak bagitahu . Pasal downpayment tu. Klu dalam pos tulis bayar 5% downpayment . Tapi kita tetap kena standby 10% downpayment from harga menang . Sebab bank biasanya offer loan paling tinggi at 90% ..masa hari bid bayar 5% pada bank pelelong..then bila menang..nanti lawyer akan Mintak lagi balance 5% tu..

    ReplyDelete
  11. as'salam tn..boleh tak share kontrak sewa yang tn gunakan..tq

    ReplyDelete
  12. Kontrak yg sye guna dlm bahasa Inggeris coz guna yg agent rumah dulu buat..nak yg tu ke? Sila lah bagi alamat emeil..

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikum tuan. Terima kasih atas perkongsian yg sgt bguna buat org2 yg bminat dgn rumah lelong. Boleh tak tuan share nama lawyer yg tuan lantik utk rumah lelong ni? Terima kasih atas pertolongan tuan.

    ReplyDelete
  14. Boleh..sila lah bagi alamat emeil saudara..

    ReplyDelete
  15. Nk tanya...ada tak contact lawyer rumah yg bagus d johor... jb

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sory ..Takde kenal lawyer d Johor ..

      Delete