Sunday 21 September 2014

PENGALAMAN BELI RUMAH SUBSALE PART2

KISAH SURVEY RUMAH LAGI....

Lega rasanya, netbook aku baru je siap di reformat balik..just hantar repair dekat kota damansara sahaja. and caj reformat balik dalam rm30 sahaja. Alhamdulillah...boleh lah aku sambung balik kisah pengalaman beli rumah subsale aku tu. Kepada yang sudi membaca blog aku yang tak sebeberapa ni, jutaan terima kasih aku ucapkan pada kalian semua...

Back to the story, hari tu aku dah cerita kan kisah aku close deal melalui whatsapp untuk rumah apartment SRI ROS di kajang kan!!!! and tak jadi.. Next lepas tu aku adalah jumpa satu lagi apartment yang aku  berkenan . Lokasinya di Kajang juga iaitu di bukit mewah kajang, kalau tak silap aku jarak dengan MRT station lebih kurang 1-2 km macam tu lah. Aku jumpa rumah tu pun dari mudah.com. Ternampak je iklan rumah tu di publish, Terus aku contact owner tu untuk tengok rumah lebih awal sebelum orang lain datang tengok . Aku rasa aku antara orang terawal kot  yang hubungi owner tu, sebab masa aku call , iklan tersebut baru dipublish lebih kurang 1jam macam tu je . Rumah tu apartment freehold, owner letak RM135k,saiz lebih kurang 850sqft.

Bila aku call owner tu untuk deal nak pergi tengok rumah, malangnya owner tu kata dia baru sahaja pindah ke kelantan, kunci rumah dia dah tinggalkan pada kawan dia. Dan dia suruh aku hubungi kawan dia untuk bukakan kunci rumah tu untuk orang datang tengok dalam rumah tu. So aku try contac no phone kawan owner tu and buat appointment nak jumpa pada hari yang sama pada pukul 6pm. Si kawan owner tu pulak tak dapat nak confirm lagi dengan aku, sebab kalau dia balik lambat dia tak bolehlah jumpa aku pada 6pm pada hari tu. Cuma hari sabtu ni sahaja di free untuk set appointment untuk orang datang tengok rumah.  Yang aku ni pulak, agak risau juga nak tunggu hingga hari sabtu nanti,,kot melepas pula. Sebab nak beli rumah subsale sekarang ni pun memang persaingan terlalu sengit, dah macam goreng pisang panas ...lambat sikit buat keputusan, orang lain ngapp!!

Walaupun kawan si owner tu tak dapat confirmkan samaada boleh buka kunci rumah untuk aku pada hari tu,  Aku nekad nak tengok dulu rumah tu sebelum orang lain.Aku call semula owner rumah tu. Aku bagitahu dia aku nak datang tengok keadaan diluar rumah dahulu, Tentang keadaan dalam rumah tu, aku minta dia whatsapp kan beberapa keping gambar dalam rumah. Tengok dari dalam gambar yang di whatsapp tu, memang cantik dalaman rumah tu. Ada balcony lagi...tu yang aku suka tu.Masa aku call kali kedua ni, owner tu sempat bagi tahu aku, yang ramai sangat orang call dia tanya mengenai rumah tu and dia pun nampak macam excited sesangat..

Then lepas je habis kerja, aku terus ke kajang. Sesat sekejap, then patah balik jumpa juga apartment yang aku cari tu. kalau tak silap aku nama apartment tu Ria apartmnet. Rumah tu kat atas bukit sikit. Ada guard yang jaga, ada kolam renang, suasana agak tenang, parking kereta tak penuh sangat.  So bila dah sampai situ,aku terus tanya pak guard untuk tengok unit rumah tu.  seorang pak guard esscot aku dan kawan aku untuk ronda2 dalam kawasan apartment tu. Rasa macam condo pun ada, sebab kawasan persekitaran agak bersih dan ada kolam renang lagi tu...hu..hu.. Pak guard tu pun ada bagitahu juga yang  owner rumah tu baru sahaja pindah dalam 3 hari lepas and Owner tu pun ada suruh pak guard bagitahu jika ada sesiapa yang berminat nak sewa rumah dia tu. (dalam iklan tu pun dia ada tulis untuk dijual dan untuk disewakan)

Jauh juga drive pergi balik dari damansara ke kajang- kajang ke damansara. Sampai rumah kat damansara pun dah hari gelap dah. memang terasa penat sesangat. Jalan pergi ke kajang pun tersangatlah jem,,sebab tengah sibuk dengan kerja2 laluan MRT tu.. Dah siap mandi2 semua, aku call balik owner tu, aku bagitahu dia aku setuju nak beli rumah dia tu. Aku tanya lah dia, berapa tunggakan maintaance fee JMB dia, tapi dia tak nak bagi tahu..dia kata memang ada banyak juga, tapi lepas dapat downpayment 10% tu dia akan settle semua tunggakan tu. Strata title pun dah keluar katnaya. Tadi pun aku try juga cari JMB untuk apartment tu untuk cek tunggakan maintance fee owner, tapi tak jumpa sampai ke  waktu office hour pun dah tamat.  Aku juga  tanya dia samaada boleh ke kalau aku nak markup loan jadi RM150k. And owner tu bersetuju untuk aku markup loan. Owner tu minta aku bawar booking RM5k . Dia kata ramai sangat yang berminat nak beli rumah dia tu. Dia kata kalau boleh kena cepat sikit buat pembayaran booking tersebut. ( Dalam hati ni  rasa was-was juga, kenapalah si penjual ni buat iklan selepas dia pindah balik ke kelantan, kenapa semasa masih berada di kajang, dia tak publish iklan jual rumah dia tu, aku ni memang kaki mudah.com..kalau nak kata dia dah pernah publish iklan rumah dia sebelum ni, aku confirm memang dia tak pernah publish lagi, sebab mata aku memang tak lekang dari duk memerhati iklan apartment for sale yang keluar kat mudah.my tu. Lagi satu yang pelik juga, tengah sibuk2 si owner tu nak jual rumah, sibuk2 juga dia nak cari orang untuk menyewa rumah tu...so kalau dia dapat carikan penyewa rumah tu dalam masa yang sama dia nak jual rumah tu, so si pembeli kena bertahan setahun lah untuk tunggu pindah masuk rumah tu sehingga kontrak sewa expired..kalau dapat penyewa yang ok takpe, kalau yang liat nak bayar sewa, so owner baru lah kena berdepan dengan masaalah tu..risau juga kalau macam tu...)

Haah!!! Malam tu aku tak lena tidur. Owner tu duduk jauh di kelantan, risau juga tu...Aku berunding dengan owner tu untuk bayar duit booking RM5K tu melalui lawyer aku..tapi dia tak nak, dia kata leceh nak guna lawyer ni...dia minta aku bayarkan duit booking RM5000 tu kepada ayah dan adik dia yang ada kat kl sekarang  yang akan on the way balik ke kelantan esok.After aku buat payment tu, owner tu suruh aku drafkan surat aggrement jualbeli  dan poskan pada dia and then dia akan poskan balik siap tandatangan dengan SNP lama dia tu.Rasa serba salah pulak aku jadi nye..macam terkejar-kejar je... Sepatutnya aku dah owner jumpa face to face, bayar duit booking melalui draf bank,sign  perjanjian letter offert to purchased semasa bayaran booking di buat. Malam tu aku tak bagi lagi keputusan pada owner tersebut mengenai pembayaran duit booking RM5000 tu, Aku bagitahu dia, esok aku nak pergi ke bank dulu untuk cek status kelayakan loan aku..lepas tu aku bagitahu keputusan...

Keesokannya, aku pergi ke cawangan bank yang tak bebapa jauh dah tempat kerja aku. Aku pergi ke kaunter pertanyaan dan staf bank tu terus suruh aku masuk berjumpa manager yang handle bahagian loan. Manager tu sangat baik orangnye. Segala document yang aku ada, aku bagi pada dia. Memang tebal betul dokument yang aku bawa tu. Semua nya lengkap. Manager tu pun memang happy tengok aku bawak document yang complete dengan CCRISS dan lain2 bagai tu. Dia kata, "Kan bagus kalau semua orang datang bawak dokument comlete macam nie, senang sikit kerja..ni tak, kadang-kadang datang nak periksa status kelayakan, tapi datang tak bawa dokument yang lengkap..."

Manager tu belek satu persatu helaian kertas yang aku bagi pada dia tu.(memang di teliti betul2 tak macam banker cimb ttdi yg tahun 2012 dulu, just cek gitu2 je..) ..kat part  helaian kertas CCRISS tu dia tengok dengan lebih teliti lagi. and dia kata Rekod 00000 tu lah yang paling penting. And salinan buku asb pun aku sertakan sekali and dia tengok jugalah berapa duit dah ada dalam buku ASB tu.. Dia kata yang Rekod simpanan ASB tu tak apa, nanti pihak bank akan update tengok rekod terkini saving dalam ASB tu.

So dia tanya aku, berapa harga rumah yang aku nak beli tu, Aku bagitahu dia RM150k. Dia buat kiraan segala komintment yang aku ada berdasarkan CCRISS rekod tu, and dia kata, dari pengiraan kasar yang dibuat tak ada masaalah untuk rumah berharga rm150k untuk 30tahun. Tapi katanya,dia pun tak boleh bagi jaminan,sebab yang buat final disition nanti adalah HQ berdasarkan lokasi rumah yan kita beli. Then aku tanya dia lagi, Kalau rumah kat kajang tak ada masaalah ke? atau aku perlu cari bank yang berdekatan dengan property yang aku nak beli tu? Manager tu cakap tak ada masaalah nak pilih bank mana2 pun boleh. Katanya meskipun bank kat kl dan property yang nak dibeli tu di Seremban, tak ada masaalah pun...

Tak sempat aku nak bertanya, Manager bank ni dah cerita kat aku lebih awal, dia bagi nasihat kat aku supaya jangan bagi duit booking banyak2 sampai ribu2 pada agent, dia kata, kalau ikut kan yang sebenarnya, cuma bayar receipt booking rm200-RM500 sahaja pada agent. So aku cakap lah, biasanya agent mintak booking 3% dari harga rumah.. so dia nasihatkan janganlah aku berani bayar downpayment tinggi sangat atau sign apa2 aggrement seperti letter offer to purchased selagi pihak bank tak keluarkan surat tawaran loan bank.  So aku bagi tahu lah pada dia yang aku nak beli sekarang direct owner. Then dengan semangatnya dia bagitahu, kalau direct owner lagi senang, tak perlu bayar apa2 pun. Just suruh owner tu bagi SNP lama owner,geran title pada dia, then sign surat intend letter. Katanya, surat intend letter tu dia boleh tolong buatkan...

Then aku bagi tahu dia, owner tu sekarang dekat kelantan sekarang and owner tu mintak RM5K sebagai booking...Manager tu terus cakap, jangan setuju untuk beri owner sebarang duit booking walaupun beberapa ratus ringgit,jangan beri duit walau satu sen pun katanya.... Katanya lagi, cuma boleh buat bayaran booking hanya melalui  agent dan lawyer sahaja Sebab jika ada berlaku kes owner buat lari duit tersebut memang susah lah nak dapat balik.. so katanya, baik bersangka buruk sekarang..sebab dah banyak dah yang terkena pasal bab jual beli rumah ni ...Then katanya lagi kalau owner betul2 nak jual, suruh owner dari kelantan tu faxkan document SNP lama dan geran direct line office bank dia, nanti dia akan uruskan...so dia suruh aku berbincang dengan owner tu...

FUhhhh!!
Lega rasanya lepas dah jumpa manager tu..Rasanya macam dah dapat petunjuk apa yang aku perlu buat masa tu..since manager tu dah cakap jangan bayar apa2 pun pada owner rumah. So, aku contact balik owner rumah tu, aku bagitahu balik apa yang telah manager tu terangkan kat aku tadi. Thats means aku tak akan bayar RM5k tu pada dia. .dan kalau dia bersetuju dengan cara yang manager bank tu guide, so boleh go on ..Aku siap snap gambar name card yang manager tu bagi and whatsapp pada dia... Owner tu tak bersetuju dengan cara tu sebab katanya ramai yang berminat dengan rumah tu, dan siapa yang setuju bayar booking RM5k dia akan deal dengan orang tu... so Cancel deal..

Malam nye pulak, tetiba terima Whatsapp dari owner rumah yang sama tu balik..Dia tanya samaada aku masih berminat nak beli rumah dia tu. Katanya memang ramai yang berminat nak beli rumah dia. Tapi bila ditanya proses untuk loan dan lawyer, bakal2 pembeli tu tak tahu nak uruskan soal loan dan urusan lawyer..mereka minta owner sendiri yang tolong buatkan..owner pun tak beberapa tahu juga sebenarnya proses yang perlu dibuat untuk proses jual beli ni, sebab dulu masa beli rumah tu,dia beli direct devaloper. Devaloper yang uruskan dari A to Z.

Tapi kali ni owner tu mintak just bayar duit booking RM500.Then dia akan pos laju SNP lama dan geran, resit booking. Aku memang akan follow apa yang manager tu dah guide pada aku. So, aku memang tetap dengan pendirian aku, bahawa aku tak akan bayar apa2 pun. So jika owner tu betul2 nak jual rumah tu pada aku, dia boleh faxkan snp direct pada manager bank tu.. Kalau ikutkan dia tak ada rugi apa2 pun..dia tak perlupun bagi document tu pada aku, just bagi direct pada manager tu terus. ( manager tu pun ada bagi tahu, memang yang datang pada dia ,dia akan ajarkan macam tu untuk lebih selamat..)

Syarat bayar RM500 pun aku tak setuju, then owner tu setuju kalau aku buat bayaran booking 3% melalui lawyer. Tapi aku pula yang  tak setuju...aku berkeras nak ikut cara yang  manager tu ajar..and then akhirnya owner tu mengalah juga dan setuju nak follow cara yang manager bank tu guide kat aku tu...

Keesokannya, aku kebetulan jumpa costomer aku yang memang kerjanya seorang lawyer. So aku bagitahulah yang aku nak beli rumah, aku ceritalah kat dia yang owner tu jauh dekat kelantan dan mintak aku bayar booking RM5k dan aku tak setuju, aku bagitahu lah dia yang manager tu bagi guide kat aku jangan setuju bayar apa2 pun walau satu sen pu..Then lawyer tu explain kat aku, biasalah, sebagai penjual rumah, si penjual rumah juga perlukan jaminan yang kita betul2 berminat nak beli rumah tersebut.  Tapi duit booking tersebut si penjual tak boleh pegang, Duit booking tersebut boleh dibayar kepada peguam sebagai "pemegang taruhan" untuk keadilan kedua2 pihak, Dan surat akuan penerimaan duit booking tersebut akan diserahkan kepada si penjual sebagai tanda pengesahan mereka menerima duit tersebut dari pembeli dan menjadi pemengang sementara duit tersebut. Jika loan pembeli tidak lulus, pihak peguam akan pulangkan semula duit tersebut kepada pembeli..Manakala jika loan pembeli lulus, Duit tersebut akan dilepaskan kepada si penjual....

Petangnya, bila dah habis kerja aku contact owner tu semuala...ingat nak discuss mengenai document yang diperlukan tu dengan lebih lanjut. But owner tu tiba2 pula cakap tak jadi pulak nak jual rumah tu kat aku. Sebabnya, dah ada yang berminat nak bayar Downpayment 10% terus dan akan sign SPA tiga hari lagi... Ohh macam tu ya...ok lah...kalau bukan rezeki aku tak pe la... :-)   . Mungkin rumah tu tak sesuai untuk aku...hanya ALLAH S.W.T yang lebih tahu yang mana lebih baik untuk kita..

bersambung PART 3








   

 


4 comments:

  1. hehehe. Cam tu ye. Kita tak ada pengalaman beli direct dengan owner, bagi kita, lebih selamat beli dari agent. Kita setuju dengan apa yang manager tu bagitahu. Lepas tu mcm pelik je sebab owner tak nak bagitahu berapa tunggakan yg ada eh.

    ps: bank rumah kedua bank apa ye?

    ReplyDelete
  2. Sye lebih risau beli rumah dari agent sebenarnya..sbb dorang ni suka push kita..loan bank rumah kedua sye ambik dari pbbank. Manager yg baik tu dari cmbank..

    ReplyDelete
  3. bro manager bank cm branch mana yer tue...nak pi cari bank tuk wat loan rumah nie

    ReplyDelete
  4. Mommies, sila sent emeil adress ...nanti sye bagitahu cawangan bank tu..

    ReplyDelete