Tuesday 21 October 2014

PENGALAMAN BELI RUMAH SUBSALE 7

Panjang tul kisah pengalaman rumah subsale yang aku tulis nie...dah sampai part 7 dah. Aku agak2 masuk part 10 nanti, tamat lah story cerita pengalaman aku nie. Aku bukan nya apa? tujuan tulis secara terperinci ni adalah rujukan sendiri juga dimasa akan datang dan untuk pembaca2 lain juga agar orang lain boleh jadikannya sebagai panduan dan boleh cedok sikit2 ilmu berdasarkan pengalaman sebenar yang aku dah lalui nie. Sebab aku sendiripun tercari-cari ilmu macam nie. Aku sendiri pun dulu sebelum nak beli rumah, aku memang dok bongkar semua blog2 orang lain dan forum pasal hal2 pembelian rumah nie...Dari pengalaman dorang aku boleh paham sikit selok belok hal nak beli rumah nie..Kalau dulu2 memang aku tak tahu satu aper pun..Kalu kena tipu..kena tipu lah jawab nye.. Alhamdulillah dengan adanya internet nie ,memudahkan kita mencari ilmu pengetahuan...

Dah siap dah tulis intro kat atas tu.. meh aku sambung semula cerita aku tu..
part 6 ari tu, cerita aku  pi whatsapp valuer kan?

Hari isnin 23hb JUN 2014.  kira2 pukul 10pagi aku dapat panggilan call dari no telpon line office. Jordan lee&jaafar call aku. Dia telpon bagitahu market value untuk rumah aku nak beli tu boleh bagi maxima RM125k.. Rasa syukur sangat2..macam percaya pun ada..macam tak percaya pun ada..alhamdulillah..dapat juga cari valuer yang boleh bagi value yang boleh lepas dengan harga beli ..Tak lama lepas tu, aku dapat pulak whatsapp dari IM island . Pn.R whatsapp bagitahu boleh bagi market value RM123k untuk unit yang aku nak beli tu... Lepas juga..Alhamdulillah.. Tapi ipc bukan panel untuk cm bank dam pb bank..tapi merupakan panel untuk Bsn dan Bank rakyat..so just standby lah kot2 loan bsn ngan bank rakyat approve ke nanti..senang aku just bagi contact number Pn,r terus pada banker2 tu nanti.   Pada hari yang sama juga, pihak WM malik & K.. hantar emeil pada aku. Pihaknya maklumkan yang boleh bagi maxima RM117k untuk nilaian rumah aku tu...Okay lah jugak kan! dari RM112 naik kepada RM117.. he he..


MACAM MANA HARGA MARKET VALUE BOLEH BERUBAH  NI???

Minggu2 yang sudah bukan main susah nak cari valuer yang boleh bagi harga RM123k keatas untuk unit yang aku nak beli tu..Rata2 valuer yang dihubungi just boleh bagi maxima RM110k sahaja. Alhamdulillah..syukur sangat-sangat. Aku pun ada terbaca satu artical yang ditulis kat website penilai hartanah. Sebenarnya harga market value sesuatu kawasan di update untuk setiap 6bulan sekali..so setahun just update 2 kali sahaja. iaitu kalau tak silap aku pada bulan december dan bulan Jun. That whay lah minggu sebelumnya gagal dapat harga RM123k..so, aku agak2 ngam2 hari isnin tu harga market valuer yang baru di update kan dalam data system.  Sebab Amoi dari firm Jordan lee pun ada cakap yang harga market value sudah update yang baru , so pihak mereka akan info pada pihak bank2.

Sebenarnya, pihak valuer juga tidak boleh sesuka hati meletakkan harga market value untuk sesuatu property. Mereka sebenarnya terikat untuk mengikuti garis harga yang telah ditentukan oleh badan penilain. Garis panduan harga tersebut semamangnya telah tersimpan didalam database system mereka. So, disitu rujukan utama mereka untuk tentukan minimum atau maxima sesuatu harga market value yang bakal dinilaikan nanti. Dan tergantung kegunaan apa?atau jenis bank? . Kata valuer yang aku hubungi tu, cimb paling tinggi rate market value..contoh nya macm umah aku tu,syarikat jordan Lee boleh bagi maxima market valuer rm125k untuk kegunaan bank cimb/public..tapi untuk bank Bsn mereka boleh bagi 123k sahaja, and untuk loan bpp mereka boleh bagi 115k sahaja..  Kenapa tak sama? sebab bank2 dah bagi garis panduan tertentu pada mereka.


CALL BANKER UNTUK TERUS PROCEED LOAN

23 JUN 2014, lepas je dapat call dari Amoi Jordan lee tu, aku terus call Pn. Y dari Pb bank tu..Aku info dia yang aku dah dapat cari valuer yang boleh bagi market value RM125k..dan bagi contact number person pihak penilai jordan lee & Jaafar tu untuk dia hubungi nanti.  Hari yang sama gak, aku turut call cm bank manager.. aku bagi dia contact number amoi tu jugak untuk dia proceed loan aku..

23JUN 2014 petang pukul 5.30pm, Amoi dari cm bank call aku. Dia interview aku sikit2 . Agak friendly orangnya..siap puji2 aku lagi.. he he.. Dia bagitahu aku dia dah applykan untuk aku tempoh loan 30 tahun. Aku bagitahu semula kat dia, yang aku nak apply untuk 20 tahun sahaja. Aku cakap lah kat dia yang aku tak suka  loan lama-lama. Sebelum tu pun dia dah key-in kan dalam system application aku untuk loan conventional. So aku mintak lah dia tukarkan semula ke type islamic loan.  Betul2 aku cakap, memang freindly dan baik betul orang yang call aku nie..memang mesra pelanggang..senang berurusan ngan dia nie :-)

 23 JUN 2014, Pn.Y pb bank call aku lagi pukul 3pm, dia tanya aku nak loan untuk berapa tahun, so aku bagi tahu dia nak 20tahun je. Pastu dia bagitahu lah dia akan try submitkan loan aku dengan blr -2.30 islamic loan. Margin loan 90% . and dia tanya aku juga samaada nak masukkan MRTT (insurans) dalam loan atau tidak ..dia calculate, katanya lebih kurang RM2000 lebih macam tu..sebab loan tenure aku just 20 tahun..so tak banyaklah nak kena bayor.  Dia kata juga, bank legal fee dan valuer dorang tak cover dalam loan..so paham2 la..  

23 JUN 2014 petang , Pn, Y pb bank call lagi, dia bagitahu yang statment akaun semasa company yang aku print dari bank ambank aritu tak boleh digunakan sebab tak ada logo Bank.  Dia kata kat aku , biasanya untuk account semasa, biasanya bank akan hantar stantment account setiap bulan. So dia suruh aku emeilkan statment tersebut untuk rekod 6 bulan terkini..tak perlu pergi cop pengesahan ..just emeil statment2 tersebut sahaja.  malamnya gigih aku duk scan emeil kan document tersebut..Dah lah internet aku lembap..terpaksalah aku beli booster Umobile untuk extra kouta internet..

24 JUN 2014 , Amoi cm bank call bagitahu dah tukarkan application aku dari ke islamic loan dengan tempoh 20 tahun , blr -1.7.  



ISLAMIC LOAN  vs  CONVENTIONAL LOAN mana satu nak pilih??

25JUN 2014 malam, sibuk tanya PAKCIK GOOGLE..Sebelum ni aku abaikan cari maklumat mengenai loan islamic? atau conventional?  Yang mana satu aku nak pilih? Bila si amoi tu call hari tu cakap dah key application aku untuk conventional loan, buat aku terpikir2 pula apakah kelebihan loan islamic vs loan conventional nie..loan conventional aku dah faham dengan jelas dah concept nya..Kita kan orang islam..lebih baik kita cari yang dihalalkan hukum syarak agar mendapat keberkatan. Tapi aku sebenarnya tak paham sangat konsep loan islamic nie.. kurang pengetahuan mengenai islamic loan nie sebenarnya... dulu aku terambil loan conventioanal sebab aku masih mentah lagi masa tu.Tak tahu sangat hak2 kita sebagai bakal peminjam semasa membuat permohonan pinjaman..si banker yang dulu tu tak tanya pun aku nak loan islamic atau loan convetional..tup2 bila loan approve, dapat lak yg conventional. Sebenarnya aku nak yang islamic..so aku ikut je..

Sampai lewat malam aku duk google cari maklumat pasal loan islamic . Masa pun agak terbatas. Banyak gak yang kata bank islam menindas. Aku pun rasa gerun bila baca kes orang yang sangkut nak bayar hutang dan rumah orang yg kena lelong yg melibatkan kes islamic loan yang aku terbaca tu. contoh beli rm100k. bank dah siap kira harga jualan untuk tempoh tahun loan yg dibuat, sampai kira harga jualan 250k untuk 30thn..bila rumah berjaya dibida ngan harga rm170k (harga pasaran rumah)..owner tu masih dikira berhutang lagi..sebab tak dapat cover harga jualan yang dah ditentukan..lagi satu, kalau nak selesaikan pinjaman lebih awal dari tempoh asal yang kita pinjam. Bank tak kira dari prinsiple asal pinjaman yg dibuat..tapi dah siap kira awal2 harga jualan untuk tempoh loan yg diambil. jika kita nak buat penyelesaian awal, mereka akan bagi rebete ibra (lebih kurang macam discount mcm tu) . Berbeza pulak loan conventional, bank just kira hutang prinsiple sebagai asas pinjaman kita dan interest berdasarkan blr semasa...jika kita ingin settle awal pinjaman kita, so kita just bayar berapa baki asas hutang pokok kita tersebut.)

Perancangan asal aku yang sebenarnya adalah target nak bayar loan rumah lebih awal dari tempoh yang aku ambil.. So, jika betul cara pengiraan loan islamic seperti apa yang aku baca macam yang aku tulis kat atas tu, memang nak tak nak aku kena stay berhutang ikut tahun yang aku ambil lah.. membuatkan aku rasa nak tukar semula type loan pinjaman yang aku apply tu dari islamic ke type conventional pulak.

30hb jun,2014. Amoi cm bank call aku, bagitahu status loan aku sekarang pending approval sebab perlukan aku isi borang apandix istihar hutang2 yang ada dan tandatangan borang tersebut. selain tu dia tanya aku, samaada aku ada buat apa2 bayarang booking. so aku kata dah buat bayaran pada lawyer firm. Dia suruh aku emeilkan pada dia bukti payment tersebut. Dia mintak alamat emeil aku untuk dia sent form apandix tu. Since Amoi tu dah  dah call, aku tanya lah boleh tak kalau aku nak tukar balik dari loan islamic ke loan conventional? dia cakap susah sikit lah kalau aku nak tukar, sebab kena buat step awal semula..kena cancelkan dulu application islamic yang sekarang and kena hantar semuala ke department conventional.. then aku kata ,tak pe lah aku go on dengan islamic je la.. petang sikit aku terima emeil dia, baru aku tahu yang jawatan dia relationship manager rupernya.. then pada hari yang sama aku hubungi lawyer aku minta tolong buatkan surat bukti aku dah bayar downpayment 2% pada lawyer firm. Petang tu juga aku pergi bank in 2% payment dari harga rumah ke account lawyer firm. Then,lawyer minta aku bagi full addres cm bank untuk dia buat prepared surat tersebut

1hb JUN 2014 pagi, Pn,Y call bagitahu loan aku dah approve 90% dari harga RM123k. blr pb bank offer -2.20 islamic loan. So, aku try tanya juga pada Pn.Y samaada boleh tukar dari islamic loan ke conventional loan? Dia tanya aku kenapa aku nak tukar? Islamic loan pun ok katanya. Aku bagitahu lah dia,aku ada terbaca kes islamic loan ni dah buat pengiraan untung lebih awal ,harga jualan lebih awal macam jenis ABBA  tu..dan aku lebih jenis nak settle loan lebih awal. Dia bagitahu aku laon islamic yang dia apply untuk aku sekarang system nya lebih kurang sama dengan pengiraan convetional.. bfr ikut rate yang ditentukan oleh bank negara. Kalau aku nak settle loan awal pun tak ada masaalah katanya..and dia bagitahu aku dia akan info aku bila letter of offer keluar nanti.

1hb JUN 2014 lawyer emeilkan pada aku surat bukti bayaran tersebut dan aku sent kan emeil tersebut pada Amoi cm bank.

2hb JUN 2014, Amoi cm bank call bagitahu loan aku dah approve 80% dari harga RM123k dan blr-1.7 islamic loan . Then aku minta dia tolong emeilkan pada aku letter offer loan. sebab aku nak baca dulu. Petangnya, Amoi ni dah emeilkan pada aku letter of offer tersebut. Aku just nak tahu sebenarnya, apa yang ditawarkan untuk aku. Pinjaman yang di tawarkan adalah jenis islamic yang ada siling rate 10.0 maksudnya jika blr naik ..interest rate aku yang paling maxima adalah 10.0  . Bagus juga untuk loan jangka masa panjang sebab untuk loan tempoh yang lama agak berisiko bila guna interest floating rate nie..


DAH MACAM PANDA MATA AKU NIE...dok mengadap computer ni lama2..so aku cau dulu aa..nak gi tidor..jeles tengok kucing2 aku and member2 aku dah ngorok..pukul 1pagi dah pun..aku nak tidor dulu..happy depavali..vannakkumm..

bersambung part 8


















1 comment:

  1. cerita yang detail.sesuai untuk orang yang tengah menyimpan deposit nak beli rumah.buku memang membantu,tapi cerita di blog sangat membantu!terima kasih!

    ReplyDelete