Monday 20 October 2014

PENGALAMAN BELI RUMAH SUBSALE PART 6

Okay hari ni aku nak sambung lagi kisah cerita proses pembelian rumah subsale aku tu..

Dah tersangkut Tang market value lah pulak. Tak sangka benda ni terkena kat aku jugak. Sebelum ni aku memang dah pernah terbaca dah kes2 orang lain sebelum nie..memang ada yang tersangkut tang bahagian market value price nie..antara kes yang paling teruk yg pernah aku terbaca adalah Yang melibatkan masaalah market value tak lepas ni adalah :- Si pembeli pergi tengok rumah dengan agent dan orang bank sekali kalau tak silap aku (lupa lak samaada org bank or valuer dibawa oleh agent or si pembeli sendiri ). Harga rumah tu lebih kurang RM270k dan si agen dan orang bank/or valuer tu dah confirmkan market valuer boleh pergi dengan harga rm270k tersebut. so si pembeli bayar 10% downpayment dan terus sign SPA sebelum buat proses submit loan lagi. Bila si pembeli dah submit loan ke pihak bank, semua bank bagi market value maxima rm220k. Thats means si pembeli kena teruskan pembelian tersebut dengan tambah duit sendiri dengan lebih kurang rm50k. JIka si pembeli tidak meneruskan pembelian tersebut, semua bayaran downpayment 10% tersebut akan di kira hangus macam tu je... SEBENARNYA SANGAT BAHAYA JIKA KITA TERUS SIGN SPA DULU SEBELUM  sah mendapat LETTER OF OFFER LOAN dari pihak bank..

 Masa first setuju beli tu,,aku ingatkan harga rumah yang aku nak beli tu dah boleh lepas harga market value dah...sebab kat mudah.com pun aku ada jumpa unit2 lain disekitarnya yang dijual pada harga RM125k-130k macam tu. Kat i-property pun ada gak aku jumpa satu agent yang iklankan unit for sale kat area situ. Agent tu dah siap2 mentionkan harga market value untuk unit tersebut adalah RM125k . Tapi unit yang dia iklan kan tu terletak dia tingkat 1. Berdasarkan advertise agent tersebut dan agent yang aku jumpa sebelum nie, So aku ingatkan bolehlah  lepas  harga market value untuk unit rumah  yang aku  nak beli tu..


HUBUNGI VALUER

Since dengan cm bank dan pb bank  Harga market value rumah tu tak boleh lepas. So aku just berharap juga lah agar application aku dengan BSN boleh lepas kat bahagian harga market value tu (tak menaruh harapan yang tinggi sangat dengan bank nie sebenarnya).. Hari keempat try call orang bsn yang bahagin mortgage tersebut. Aku tanya lah dia samaada dah ambil application form aku atau belum. Dia jawab, dia dah pergi ke cawangan kota damansara tu, tapi dia kata dia orang bank sana tak ada bagi pun pada dia document yang aku bagi tu! so confirm kan ngan aku semula samaada aku ada tinggalkan document aku kat sana atau tidak? Aku bagi tahu lah dia yang aku memang dah tinggkan kat orang kauter bsn tu..so, dia kata dia akan ambil document aku tu semula bila dia pergi kecawangan Bsn naanti.

Pada hari keempat tu juga, aku try lagi survey ke bank2 lain untuk submit loan bank aku. Aku try masuk ke bank Rakyat dan submitkan loan aku juga. Tak dapat jumpa staf yang bahagian pinjaman perumah sebab orang tu tak masuk kerja hari tersebut. So just isi form dan submitkan pada staf yang handle bahagian personal loan. Aku isi dulu form aku dan dia akan tolong past kan pada staf bahagian loan rumah tu..

Masih hari keempat lagi, aku try pulak pergi ke bank public bank cawangan kepong pulak. Mana lah tahu kot lain cawangan lain keputusan harga market value yang boleh dapat nanti ke? Lagi pun property yang nak dibeli lokasi nya di kepong ,,bank yang aku nak submit ni pun kat kepong juga..mana lah tahu kot senang sikit nak approve nanti!   Sampai je kat pb bank tu, aku terus masuk kat department loan tu, Jumpa ngan seorang staf. Tak sempat aku nak duduk, dia tanya lokasi rumah yang aku nak beli tu. Bila aku sebut lokasi tu, terus dia bagitahu yang bank tak cover area rumah aku nak beli tu sebab bermasaalah. Katanya dia tak sure problem nye..tapi memang bank tu tak ambil ke kat situ.. pelikkan! masih brand bank yang sama,kat cawangan jln ipoh mereka cover kes rumah aku..tapi kat cawangan tu, tak cover plak!

Selain tu, aku try juga contact staff afin bank. and bertanyakan result keputusan loan application aku hari tu, malangnya banker tu cakap affin bank dah bekukan loan bawah RM200k untuk yang bukan costomer sedia ada mereka.  So kira dah tak ada peluang lah tu..since dia bagitahu yang dia ada kawan yg kerja cm bank, so aku mintak lah contac number kawan dia tu.  Bila dah dapat contac number tu, aku terus hubungi staf cm bank tu. dia dari cawangan setiawangsa rupanya. Aku cerita lah kat dia yang aku ada masaalah sangkut kat market value tu..aku mintak tolong dia chek kan semula harga market value rumah aku tu..dan mintak tolong dia usha2 kot boleh dapat cari valuer yang boleh bagi harga yang tinggi. so kalau dapat nanti aku akan submitkan loan aku kat cawangan dia..

Buat aku rasa down sekejap..tapi dalam masa yang sama aku tak nak give-up lagi.  Nak try juga usahakan..kot2 ada jalan penyelesaian. Sambil2 tu aku ada juga try google2 untuk dapatkan list contact number Penilai-penilai Hartanah kuala lumpur dan selangor nie. . And alhamdulillah dari hasil carian di pakcik google, akhirnya aku jumpa satu website www.ippeh.gov.my.   Kat website tu banyak tersenarai pihak valuers yang berdaftar. Kat situ ada disenaraikan nama syarikat valuer,contact number dan emeil address sekali.  Aku try juga emeil kan sebanyak mungkin pertanyaan ke alamat2 emeil yang tertera. Emeil je ke mana2 syaritat value yang tersenarai kat situ. Ada juga yang aku hubugi, mereka pun still confirmkan benda yang sama iaitu maxima harga market value yang boleh dapat adalah rm110k. Macam mana ni yek?

Aku try google lagi, jumpa lak contac number agent mortgage untuk aia dan pelbagai bank2 lain . dia iklankan service dia di majalah.com. aku ceritakan masaalah aku pada agent tu. And dia pun akan tolong cek market value juga. after seminggu, dia bagitahu result kat aku . Market value yang dia dapat untuk bank allianze adalah sama juga. Tapi,dia bagitahu aku yang bank just bagi loan 80% dari harga market value untuk rumah jenis shop apartment ni..BETUL KE JUST approve 80% dari harga market value?  aku cakap kat dia, pb bank cakap boleh bagi 90% dari market value... So,dia kata kat aku, baik aku confirm kan betul2 dengan bank nanti pasal tu, sebab biasanya loan rumah kedai just boleh approve 80% sahaja katanya.. Aku pun COMPIUS dalam bab nie..aku try google2 pun tak jumpa sangat pasal loan untuk shop apartment nie. Memang lah unit aku nak beli ni jenis shop apartment, tapi unit yang aku nak beli ni still type status kediaman kan?? bukannya lot kedai ..kalau lot kedai tu memang confirm lah tak boleh dapat  loan 90% . Risau jugak nie..Dah lah market value just rm110k..dibuat nye nanti just approve 80% dari 110k,,so _--tuk-tak-tuk-tak--- banyak juga lah nak kena tambah kalau nak beli... or tak boleh beli terus,,,

Seminggu lebih dah pun berlalu, Si penjual pun dah tanya aku, samaada dah dapat jawapan dari bank atau belum. Aku just bagitahu dia keputusan bank2 lain je dulu pada dia..yang cm b dan pb bank tu aku skip kan dulu keputusan nya, aku kata kat dia affin dah reject, dan BSN dan bank rakyat pun tak ada sebarang jawapan lagi. yang agent bsn tu, bila aku tanya, just bagi jawapan yg dia tengah proses dokument aku je.. yang bank rakyat pula, tak ada call aku langsung..and aku pun malas nak tanya..just cuba nasib je hantar application kat situ..Tak mengharap sangat pun!!!. Manakala agent cm bank yang kawan staf affin tu lak, bila aku tanya dah dapat cek ke value rumah aku? just cakap belum dapat feedback dari pihak valuer..dia kata dia akan info bila dapat feedback nanti..

Dalam banyak2 emeil yang aku hantar ke pihak valuer tu..ada gak yang reply..ada satu syarikat penilai tu nama companynye  W M Malik & Kamarulzama. Dia dah reply emeil aku selepas sehari dua dapat emeil aku tu.. dia reply tanya untuk bank mana loan rumah aku nak apply nanti. So aku info dia untuk cm bank dan public. Aku sent sekali gambar dalaman rumah yang aku nak beli tu, dan aku tulis siap2 butiran saiz rumah, kedudukan tingkat rumah tu. Then dia reply semula, akan bagi feedback semula pada aku nanti.

Tunggu punya tunggu2 tak dapat jawapan reply lagi dari W M Malik & Kamarulzaman tu..
Pada hari khamis tarikh 19hb jun 2014, aku call semula Pn.Yati banker pb bank  tu. Aku telefon dia bagitahu suruh dia submit loan rumah tu dengan harga Market value RM110k . Dia tanya aku,  samaada dalam snp nanti tulis harga jualan RM123k atau RM110k? Samaada aku akan tambah duit sendiri untuk perbezaan harga tersebut atau si penjual tu setuju kurangkan harga? Sebab pb bank memang strick sikit...dalam letter offer loan nanti mereka akan mentionkan harga dalam snp adalah sama mestilah sama harga jualan rumah tu..
So, aku bagitahu dia yang aku akan tambah duit sendiri nanti..  (kalau aku tambah duit sendiri nanti..memang kering kontang lah segala akaun bank aku kena usik...duit perbelanjaan aku pun akan lari semua cukup2 makan je...Hu..hu..) . Yang cm bank tu plak, aku tangguh kan dulu..ingat next week aku nak call nak suruh proceed juga nanti.

Hari jumaat 20hb jun 2014, aku try emeil W M Malik & kamarulzaman sekali lagi, sebab dulu dia kata akan bagi feedback kat aku mengenai harga market value rumah aku tu..Petang sikit dah lepas habis kerja aku cek emeil aku semula..and dia reply emeil aku yang dia dah lama sent kat jawapan harga market valuer tu kat emeil aku.. and dia bagitahu paling maxima boleh bagi adalah RM112k. Then, aku reply semula. aku tanya lagi, tak boleh ke kalau nak mintak lagi up sikit..then dia reply semula akan bagi jawapan next week...dia cc kan juga pada aku emeil yang dia hantar pada staff dia supaya cek semula value rumah aku tu..

Malam tu juga, aku whatsapp semula Pn,Yati, aku bagitahu dia aku dah jumpa valuer yang boleh bagi tinggi sikit market value..so aku tanya dia boleh tak hold sekejap kes rumah aku tu? nasib baik dia belum submit form aku ke orang atasan dia lagi.. so next week dia suruh aku bagi contact number valuer tu.

Sebenarnya pada hari tu juga, aku dapat whatsapp dari si penjual tu..Dia pun ada forwardkan pada aku DOA UNTUK PERMUDAKAN SEGALA URUSAN. And aku pun ambillah masa seketika tadah tangan dan berdoa dengan doa tersebut. moga2 ALLAH permudahkan  jalan untukku.. lepas dah siap berdoa tu lah aku perasan dapat emeil balasan W M MALIK & KAMARULZAMAN dengan jawapan harga Maxima RM112K tu.., si penjual tu macam biasalah , hubungi aku untuk tahu keputusan loan aku tu samaada dah approve atau tidak? Aku just cakap belum dapat jawapan lagi...bukannya tak nak berterus terang , actualy aku tak nak owner tu risau..since aku ada masa 30hari bekerja dari tarikh sign letter offer to purchase tu, so aku akan try usaha aku dulu tanpa merisaukan si penjual tu..Aku ada baca sembang2 dan blog2 lain. kata mereka, time sangkut kat market value ni lah peluang terbaik si pembeli untuk membuat penawaran untuk kurang kan harga belian rumah.  Aku pulak, rasa macam tak best lah nak buat macam tu..sebab rasa macam dah pegang janji setuju nak beli dengan harga RM123k tu..so malas lah nak tawar menawar lagi...si penjual tu pun cukup baik dah aku rasa..susah nak jumpa penjual yang baik hati macam tu...

Malam tu juga aku rasa macam bersemangat semula untuk terus cuba mencari valuer2 lain . Aku try lah google beberapa website2 penilai hartanah yang ada. Just type keyword nama2 company valuer untuk lawat direct website mereka. Tujuan aku adalah untuk dapat kan personal handphone number valuer2. Ada 2 website yg listkan contact number personal handphone valuer mereka. Satu dari websit IPC island dan satu lagi dari jordan lee & Jaafar. Yang website jordan lee untuk cawangan selangor just listkan 2 person contact number.. Malam2 nak survey harga market value..so jalan terbaik adalah dengan hantar whatsapp...agar tak mengganggu orang lain diluar waktu office hour nie..so aku pun just whatsapp lah..detail kan sedikit situasi masaalah aku..dan sent  whatsappp.. Website  IPC island untuk klang valley pula, listkan berbelas person contact number ..so aku just try whatsapp detail situasi dan pertanyaan aku untuk nombor yang ada connection whatsapp...

Alhamdulillah dapat reply dari beberapa nombor yang aku hantar whatspp tersebut...beberapa person IPC reply aku suruh rujuk Pn.Ruliza. sebab dia sahaja yang boleh periksa database market value tersebut. Aku memang ada whatsapp ke Pn.Ruliza juga. Tapi dia belum online lagi..

Sabtu 21hb jun 2014, 2 orang valuer dari jordan lee & Jaafar reply whatsapp aku...Dua2 reply, so dua2 aku layan ..aku sent gambar2 rumah. dan mereka tanya jenis bank yang aku nak gunakan untuk loan nanti? Hari isnin mereka kata akan call aku untuk info Harga market value rumah aku ..sebab hari isnin pagi, mereka baru boleh periksa data base system computer mereka. Pn.Ruliza dari IPC ISLAND juga turut reply massage whatsaapp aku..and tanya maklumat property, full address..dan sent gambar kat dia juga. Dia pun turut tanya jenis bank yang aku nak guna. Aku bagi tahu dia untuk cm bank dan pb bank... Tapi katanya syarikat bukan panel untuk cm bank dan pb bank..tapi merupakan panel untuk BSN dan beberapa bank lain lagi. So, dia pun sama juga, akan bagi feedback pada hari isnin nanti..sebab kena cek databese dalam system computer terlebih dahulu..


Bersambung part 7..
panjang nye story cite aku nie...sabor je lah!!






















No comments:

Post a Comment