Sunday 19 October 2014

PENGALAMAN BELI RUMAH SUBSALE PART 5

Hai !
Lama betul rasanya aku tak sambung cerita kisah pengalaman beli rumah subsale nie..Sebab nye, aku teramatlah bzi sampai tak ada masa nak update kan  blog aku ni.  Hmm..sebelum aku teruskan cerita pasal rumah yang aku nak beli tu, aku nak out of Topic sedikit kat sini..ceritanya pasal hal umah yang tengah aku sewa sekarang nie . Ye...memang aku dah ada rumah sendiri kat damansara damai tu!  Tapi dalam masa yang sama aku pun still menyewa umah orang lain kat flora Damansara nie..Aku suka sangat duk flora ni...that why lah aku malas nak pindah umah sendiri. Orang sewa umah aku, aku lak pi duk menyewa umah orang lain..Umah kat flora nie aku dah sewa sejak sejak 2011 lagi sebenarnya...dengan sewa RM450 sebulan and payment sewa rumah lak aku memang jenis consistant bayar ontime setiap 1hb . Nak dijadikan cerita nie,,,, last week tiba2 Tuan Rumah whatsapp aku bagitahu yang next month sewa akan dinaikkan  ke RM650 sebulan...Kusss semangattt aku !!

Patutnye tuan rumah info bulan nie, tapi start lah rate sewa baru tu untuk awal next year..mana nak cari rumah dalam tempoh masa yang singkat? Tuan rumah tu tanya aku ,,okey ke? aku whatsappp tuan rumah balik, aku kata mahal sangatlah rate tu..and mintak lah dia kurang kan jadi RM550 sebulan . Alhamdulillah dia setuju akhirnya.. nie yang buatkan aku tak sabar nak tunggu dapat kunci rumah kat kepong nie,, Adatlah menyewa rumah orang nie...suka2 hati je tuan rumah tu naik kan sewa rumah dia..Dalam hati nie, syukur lah aku sempat beli rumah sendiri. Kalau kat flora damansara ni, memang rate sewa dah naik dah..aku try gak riki2 rumah lain lepas tu,,paling murah sewa yang boleh jumpa rm600 include parking lot.So rumah yang tengah aku menyewa ni kira ok je lah ..rm550 tak ada parking lot.. Kos hidup sekarang dah macam roket naik nye..petrol naik sikit,,benda lain lagi mencanak naik nye...maap lah ye nak cakap..memang rasa sangat gerun lah dengan kenaikan kos hidup zaman najib nie. Drastik giler!,!!! . Kita yang sempurna mungkin okaylah boleh kerah tenaga kerja lebih kuat lagi..TAPI macam mana ya nasib orang OKU kat luar sana tu ya? Nak kerja tak boleh, elaun yang kerajaan bagi pun ciput je..tak cukup nak tampung kos hidup mereka.. Rumah aku sendiri pun yang kat damansara damai tu, aku baru renew contrac penyewa tu untuk sambung setahun lagi untuk year 3. aku pun tak sampai hati nak naikkan rate sewa dia..kesian tengok,dari tak ada anak masa first duk sewa umah aku, sekarang dah nak masuk dua dah anak mereka. Member serumah aku pun ada seorang yang kerja kedai printer..dah 5tahun bos dia tak naikkan gaji dia...dulu rm1100 sampai sekarang still sama je..potong kwsp itu ini,,tinggal balance dalam rm1000 mcm tu je...dah merungut dan bagi hint kat bos pun dia wat tak tahu je..last2 berhenti kerja and balik kampung...bos tu Pulak memang dah stanby ganti orang philiphine kerja kat kedai tu...


BELI RUMAH DIRECT OWNER . CARA AKU..

Rumah yang aku minat nak beli ni actualy rumah jenis shop apartment.Owner dulu beli cash pada tahun 2012. so, segala document penting macam SNP 1st owner,snp 2nd,DEED OF ASSIGNMENT, etc dah ada dengan dia..Masa tu aku bayang kan kes jual beli rumah tu nanti mungkin akan jadi lebih senang dan mudah sebab tak perlu pihak lawyer nak buat step nak melepaskan gadaian dari mana2 bank lagi (DISCHARGE OF CHARGE).. Lagi satu, si owner tu juga jenis pemilik rumah yang bagus. Sebab bill maintanace fee pun dia tak ada sebarang tunggakan. So, lebih senang lah berurusan dengan owner rumah macam nie. Sebenarnya, sepanjang tempoh pencarian rumah2 yang sebelum nie aku dah ceritakan dalam part4 tu, aku pun ada terjumpa apartment yang sama yang dijual lebih murah lagi daripada rumah yang aku tengah beli sekarang ni ,tapi melalui agent la... Ada satu agent tu just jual dengan harga RM110k-115k . Tapi biasalah, awal2 lagi dah mintak aku bayar 3% booking. And jenis nak kita cepat2 bayar booking rumah tu..seolah2 beli rumah ni macam nak shopping baju pula..tengok! berkenan! terus bayar.. Tak yah nak selidik apa2 ke? Nak main beli je ke? Huh!,,

Berbaki pada kes beli rumah tu, Dalam whatsapp hari tu aku dah berbincang dengan owner tu. Dia bagi harga kurang dari rm125k kepada  RM123K and aku bersetuju dengan harga Rm123k tersebut
tampa tawar menawar lagi,,sebab aku rasa owner ni dah cukup baik dah.. Owner tu bersetuju untuk
aku submit loan dulu tanpa bayar apa2 booking. After loan approve baru masuk step seterusnya. So aku bagitahulah pada owner yang bank perlukan document Copy SNP lama owner ,letter of offer ,geran title. Masa tu aku tak beberapa tahu sangat nak tulis letter of offer atau surat perjanjian tu. Tapi aku ada google2 juga kat internet. and ada terjumpa draf surat perjanjian yang simple yang orang lain buat time dia beli rumah direct owner. Then bila aku pikir2 balik, aku rasa baik aku tunjukkan pada bank yang aku betul2 serius nak beli rumah tu, Thats means kalau aku suruh Lawyer yang aku kenal tu tolong buat kan surat perjanjian jual beli tu, mesti nampak lebih pro dan akan menampakkan pada bank bahawa betapa kesungguhan aku nak beli rumah tu dengan menggunakan khidmat lawyer diawal proses tersebut lagi..( tu pandangan aku sendiri la sebenarnya..)

Then, aku tanya pada owner semula samaada dia bersetuju ke jika aku nak minta lawyer tolong buatkan letter of offer tersebut. Owner tu pun tak kisah. dia ikut je. Petangnya , tengah waktu kerja aku info lawyer aku yang aku nak beli rumah tu  and minta tolong dia buat kan surat letter of offer tu. Lawyer tu minta assisntant dia yang drafkan surat tersebut.

Dua hari berikutnya lawyer tu emeilkan pada aku  draf  LETTER OF OFFER yang dia buat tu.. Panjang lebar isi kandungan surat tu. Lawyer tu pun explain detail isi kandungan surat tu melalui phone. sebab aku kureng sikit bahasa inggeris ni,,Sebelum nie aku ingatkan ringkas je isi kandungan surat perjanjian tu ( ingatkan Macam surat simple dan sempoi yang pernah aku ternampak dulu). Lagi pun aku risau juga kalau si owner tu tak bersetuju. Sebab sebelum ni aku bagitahu pada owner just nak buat surat perjanjian yang bertujuan untuk tujuan submit loan sahaja yang mana si penjual tidak terikat menjual rumah tu kepada aku pada mana2 tempoh ,sebab dia tak ambil sebarang booking atau bayaran dari aku

Dalam surat LETTER of OFFER tersebut terkandung banyak terma dan syarat. salah satu syarat penting tertulis adalah . Si penjual bersetuju untuk melantik lawyer pihak si pembeli sebagai
pemegang taruhan wang earnest deposit sebanyak 2% . Wang earnest deposit dianggap sebagai
deposit. dan wang deposit akan dikembalikan jika loan pembeli tidak lulus 90% oleh pihak bank dan pembelian akan dianggap terbatal. Tempoh untuk pembeli dan penjual sign SPA adalah dalam masa 14hari bekerja dari tarikh di tandatangani..Banyak lagi syarat2 penting sebenarnya, tapi aku tak boleh nak taip semuanya..nanti aku upload document tu kat blog nie. Sebab risau owner tu tidak bersetuju, aku tanya lawyer boleh ke jika aku buat draf lain yang simple sikit.  aku cakap ngan lawyer ,sebab risau owner tak bersetuju. Then lawyer tu cakap, awak taip dulu nanti, awak emeil pada saya biar saya chek dulu.

Then lepas aku siap taip surat Letter of offer  SEMPOI aku tu, aku tunjukkan pada lawyer aku tu..kat dalam surat tu aku tulis yang aku yang bernama sekian-sekian... bersetuju nak beli rumah yang beralamat sekian-sekian... dari si penjual yang bernama sekian-sekian.. denagan harga sekian-sekian... (aku tulis lengkap lah nama, alamat, dan ruang tandatangan kedua2 pihak. Lepas siap, aku terus emeil pada Lawyer aku tu. Then bila lawyer tu baca, dia bagitahu aku bahawa bahaya sebenarnya buat surat yang simple macam tu. Surat yang aku tulis yg nampak mcm simple je tu..sebenarnya membuatkan aku terikat. Terikat untuk membeli rumah tersebut tanpa sebarang syarat. Kata lawyer aku ,,dalam surat LETTER OF OFFER perlu masukkan segala syarat2 yang penting .dan syarat tersebut pula perlu di sebutkan/ditulis perkataan  " SUBJECT TO CONTRAC".  Katanya, surat yang aku draf sendiri tu sangat bahaya untuk aku  dan si penjual boleh sue aku kat mahkamah kalau dia nak . (Biasa lah lawyer memang lebih paham lah dalam bab2 effect sesuatu document nie) . Lawyer tu suruh aku tunjukkan dulu draf yang dia buat tu pada penjual, jika si penjual tidak bersetuju lawyer aku kata dia akan explain detail pada si penjual mengenai draff yang dia tulis tu.






Malam tu, tergesa2 aku jumpa si pemilik rumah tu. Aku tujukkan lah kat dia draf letter of offer yang lawyer dah buat tu... Alhamdulillah , owner tu memang jenis yang memahami. Dia pun sangat2 bersetuju dengan draf yang lawyer aku tu dan dia kata baik kitaorang buat deal yang betul2 terus, follow step by lawyer aku tu...   Lega rasanya! senang berurusan dengan pemilik rumah yang macam nie. Selain tu ,Owner tu pun ada cerita kat aku juga , dia bagitahu ada anak beranak cina yang berminat sangat nak beli rumah dia dalam minggu tu..Sanggup offer nak beli harga RM140k..dah 3kali orang tu datang ...mula2 datang dengan agent..pastu owner menolak ..pastu datang sendiri Pulak untuk pujuk owner jual rumah tu pada merek dengan offer harga rm140k .

Malam yang kitaorang berjumpa tu, tak ada sign apa2 lagi. Sebab dalam draf tu tak lengkap lagi, full adress tak tepat,,sebab nak kena ikut yang seperti yang tertulis dalam snp lama owner dulu. ada nak kena baiki sikit2 lagi, lawyer tu juga just letak syarat 21hari sahaja. iaitu, jika dalam masa 21hari bekerja tidak tandatangi SPA, perjanjian tersebut dianggap terbatal dan kami berdua tidak terikat dengan jual beli rumah tu lepas tempoh tu. Thats means si penjual berhak mencari buyer lain selepas tempoh tersebut. (Jangan tak tahu, ada kes sebenarnya, si penjual menjualkan rumah beliau tanpa apa2 sign document dan benarkan si pembeli submit loan dulu. Tunggu punya tunggu dah masuk dua bulan si pembeli tu senyap je..So si penjual pun cari lah buyer lain submit loan jugak..Tiba2 datang lak si pembeli lama tu cakap loan dia dah approve... Serba salah owner tu dibuat nye...sebab dah nak masuk bulan ke3 baru si pembeli pertama datang cakap loan dah approve...

Since aku pernah ada pengalaman tunggu loan sampai 30hari ngam2 baru approve by cimb.  Aku bagitahu pemilik rumah tu, bahawa tak cukup tempoh 21hari tersebut untuk aku. Sebab pernah experiance dulu kan!..
so si owner tu pun bersetuju.  untuk tambah tempoh masa tu ke 30hari bekerja. so,aku nak mintak
lawyer letak syarat 30hari!

Then aku bagitahu lawyer aku, yang owner tu bersetuju. and aku nak syarat tempoh sign SPA tu kepada 30hari. So dia buat pembetulan dari 21hari tu kepada 30hari working days.









P/s: JIKA NAK JUAL BELI RUMAH MELALUI DIRECT OWNER ni,  selain menggunakan surat LETTER OF OFFER, kita boleh memilih untuk guna altenatif lain iaitu buat Buat sendiri surat LETTER OF INTEND to purchased. Dalam surat nie tulis maklumat2 property ,harga yang persetujuai, tandatangan penjual dan pembeli dan akhir sekali tulis perkataan KEGUNAAN SURAT TERSEBUT HANYA UNTUK TUJUAN PERMOHONAN LOAN SAHAJA.  Dengan menggunakan surat nie, adalah lebih selamat untuk si penjual dan si pembeli sebenarnya..(aku pun baru baru tahu benda nie lepas aku dah sign letter of offer tu..) . Time nak submit loan biasanya banker akan Mintak document kita, snp lama owner ,geran title, letter of offer. Kalau tak silap aku, sebagai alternatif surat letter of offer, mungkin surat intend letter  ini lah yang pihak manager cm bank pernah cakap kat nak tolong buatkan untuk aku dulu semasa saya hampir2 nak beli rumah di kajang beberapa bulan yang lepas..nanti aku akan try upload kan kat bawah nie..contoh letter of intend to purchased tersebut. Aku rasa, menggunakan intend letter to purchased adalah lebih selamat dari kita buat perjanjian jual beli sendiri yang mungkin kita sendiri tak paham dengan terma syarat yang kita draf kan..melain kan ada khidmat lawyer yang membatu kita seawal proses jual beli,,so boleh lah follow step by lawyer dengan pilihan si pembeli dan penjual tandatangan letter of offer to purchased .

Contoh letter of intend to purchased:-



SUBMIT LOAN BANK

Lepas je lawyer aku siap buat pembetulan pada draf  LETTER OF OFFER tu dia emeil kan semula pada aku. Dia suruh aku buat 4 salinan dan minta si penjual dan aku turunkan tandatangan tersebut. Satu salinan untuk simpanan aku ,satu lagi untuk si penjual, satu lagi untuk lawyer dan satu lagi untuk banker. (yang untuk bank nanti,aku akan fotostatkan beberapa keping untuk di submit ke beberapa bank nanti.)

Dalam sibuk ngan hal letter offer tu dan bermacam2 hal2 lain. aku sempat juga kemas kini segala document aku. CCRIS document pun aku sempat ambil, and aku juga buat semakan CTOS secara online. Senang cek status CTOS tu, actualy boleh download aplikasi CTOS melalui aplikasi android atau OIS. BIla dah siap download kita kena sent gambar ic kita depan dan belakang. pastu mereka akan sent ke emeil kita status CTOS tersebut. So, ducument rekod CTOS aku pun, aku bekalsekaldengan bertimbun2 document aku yang lain tu, antara document lain, bil tnb, kontrak rumah yang sedang aku menyewa, dan segala kotrak rumah sendiri yang disewakan pada orang, fotocopy buku bank,fotocopy asb,rekod pembayaran loan asb lama (walaupun dah terminate loan asb,rekod nya masih ada dalam CCRIS),kotrak hire purchased kereta,rekod account pembayaran rumah pertama, print account bank cm bank bukti duit sewa masuk dan bayaran balik loan rumah, ssm, proffit and lost account, lhdn slip payment, account maybank bukti masukkan gaji, account semasa syarikat, . gambar2 rumah pun ada...tambah lagi ngan document rumah tu sendiri iaitu snp lama owner,,,jadi bertambah tebal lah....(Memang tebal giler document aku nie, aku buat 7 salinan semua sekali untuk tujuan submit ke banyak2 bank.. Kalau bekerja ngan company yang ada caruman KWSP tu, rasanya tak yah la ikut macam yang aku buat nie. Tapi kalau bekerja sendiri atau bisness sendiri memang perlu lah sediakan support document untuk buatkan bank lebih yakin nak bagi loan pada orang yang bekerja sendiri nie.)

So pada tarikh 7Hb JUN 2014 aku dan si penjual  menandatangani LETTER OF OFFER tersebut.   Keesokannya 8hb JUN aku dah pergi submit ke cm bank, pb bank dan afin bank,bsn .Sebelum aku datang ke cmbank tu, aku dah msg manager bank yang aku jumpa dulu tu... Aku bagitahu dia yang aku nak datang untuk hantar document submit loan. So aku tanya lah dia, pukul berapa dia masuk office esok..dia info aku dia masuk pukul 10am...Then keesokannya lima minit sebelum pukul 10am aku dah sampai cm bank.  Aku pergi kat kaunter cakap nak jumpa dengan manager EN.shahr..and staf kaunter pertanyaan tu bagitahu En.shahr..belum masuk lagi, so dia suruh aku jumpa staff lain untuk submit document aku tu..So aku terus pergi je lah kat meja staf tu..Dia suruh aku isi form dulu..but aku tunjukkan lah document yang aku bawak tu, semua nya dah lengkap, dengan form2nye sekali aku dah isi siap2 dari rumah lagi. Cm bank ni senang sikit. Borang loan application tu kita boleh download je dari website cm bank tu.. Tak lama sangat aku kat situ. Staf belek2 dokument aku tu and tanya beberapa info penting. semua nya cukup.siap ngan gambar interior dalaman rumah lagi... sekejap je dah siap sebab awal2 dah isi form kan...

Since depan cm bank tu ada afin bank, so aku memang tak nak terlepas peluang untuk mencuba juga. Sebelum ni memang tak pernah jejak kat Afin bank nie. Tapi tak pe, nak cuba juga..tak cuba tak tahu..he he
Keluar je dari Cm bank beberapa langkah, terserempak dengan manager bank cmbank tu, dia tak cam aku..so aku patah balik and tegur dia. Aku pun bagitahu lah yang aku lah yang msg dia kelmarin and yang cakap nak hantar application tu..so dia pun dah can aku.., dia ajaklah aku masuk dalam office dia...tapi aku bagitahu lah dia yang aku dah hantarkan  form aku tu kat staff dia.. So aku mintalah dia tolong tengokkan dokument aku tu...he he..

Lepas tu, aku terus pergi masuk ke Afin bank pula. Kat affin bank pun aku jumpa ngan seorang staff yang agak baik kat situ. Baik betul layanan nya. Dia kata dia boleh tolong try submitkan application aku tu. Tapi dia bagitahu aku yang afin bank susah nak bagi loan yang bawah amount 200k pada new costomer. Kalau costomer sedia ada affin sebelum nie mereka  akan akan accept lah.Aku tak ada apa2 account atau credit card dengan afin nie. so peluang aku tipis lah.  Staf tu kata dia akan submit dulu dan orang atasan dia akan buat pra approval dulu. jika boleh lepas dia akan call aku dalam masa 3 hari lagi. Dia pun ada tanya aku samaada aku dah submit pada cm bank atau belum. sebab dia ada kawan yang kerja cm bank. so dia boleh tolong pass kan pada kawan dia jika aku nak..

Keluar dari affin bank tu, aku masuk pulak kat Mayban. Senang sebab dah bertepek  2-3 bank kat bangunan yang sama tu..so alang2 tu cuba try tanya juga lah kan!!!  Walaupun dah pernah dengar sebelum2 nie, untuk property yang bermasaalah devaloper bankrup nie , cuma cm bank dan pbank je yang layan... Tapi tak salah kalau aku nak cuba tanye sendiri..mana lah tahu kot2 terima ke? Hmmm..

Masuk je dalam Maybank aku terus ke kaunter pertanyaan, bagitahu nak hantar application pinjaman perumahan. Orang kaunter tu arahkan aku berjumpa ngan seorang staf bank tu. Bila berjumpa staf tu, Tak sempat nak duduk pun , dia tanya lokasi rumah, bila aku sebut je lokasi rumah tu..staf tu terus cakap mayban tak cover loan area situ..lupa lak nak tanya detail sikit,  sebab apa? dan kenapa? tak cover area situ..dalam hati nie berkata2 juga, entah orang bank tu tahu ke kat mana apartment yang aku nak beli tu? or maybe sebab tengok pemakaian aku yang melambangkan bukan pekerjaan type executive kott!!!!

Lepas kuar dari maybank aku drive pulak menuju ke pb bank, sampai situ tanya orang kaunter untuk submit application pinjaman perumahan. Disuruh naik ke tingkat 2 . And kat situ aku jumpa staf yang bernama Pn.yati. Dia suruh aku tandatangan form sahaja. sebab nanti dia akan isikan butir2 peribadi aku. (Pb bank memang macam ni, biasanya mereka akan tolong isikan form untuk kita). Dia just interview tanya saiz rumah, dan maklumat property sikit2. Dia kata , murah nye harga rumah yang aku nak beli  tu. RM123k untuk keluasan rumah 935sqft.. past siap isi aku terus beredar..

Lepas siap pergi bank yang dekat2 tempat kerja aku tu, aku jelajah pulak ke kota damansara. Aku pergi ke sana sebab kat sana macam2 bank lagi yang ada..BSN, AL RAJHI,BANK ISLAM, dan macam2 lagi. NIat hati nak jelajah sebeberapa banyak bank yang boleh ..and aku plan nak submit loan aku ke 7buah bank..he ..he..

Penat juga menjelajah ke bank2 nie sebenarnya...Sampai kat area situ aku masuk kat Bank Islam dulu. Aku masuk situ and jumpa staf yang handle bahagian pinjaman rumah. Aku bagilah dokument aku pada staf tu. And staf tu terlebih dahulu periksa status property yang aku nak beli tu. Dia buat pemeriksaan pemaju dan nama syarikat pemilik tanah terlebih dahulu. Dia chek dalam computer dia sekejap..pastu dia bagi tahu, tak boleh terima kes aku sebab devaloper dan agan sdn bhd tu pun ada masaalah juga..

Siap kat bank islam, masuk pulak kat Rhb bank . Pergi lah naik tingkat 2 jumpa staf bahagian loan rumah tu, Jumpa staf tu kali nie, aku terus terang je yang property yang aku nak beli nie devaloper nye dah bankrup. Staf tu pun bagitahulah susah sikit untuk dapat approve property yang bermasaalah nie..dia kata pihak bank akan perlukan surat pengesahan yang membuktikan devaloper tersebut sudah bankrup..Baru step nak submit loan! macam mana aku nak dapatkan surat tu? Dalam hati aku ni kata..'nie kerja lawyer nie!' lawyer je yang boleh dapatkan surat2 pelik macam tu...

Keluar dari RHB,aku dah rasa macam give-up dah nak menapak kat bank2 lain tu..rasa macam lebih kurang sama jew!!!

Beberapa langkah kat depan, ada bank BSN. Since dah bsn dah depan mata, so aku pergi lah masuk bank tu dan tanya macam mana nak submit loan rumah. Orang kaunter bagi pada aku no telefon orang yang bahagian mortage  loan rumah BSN . orang tu akan datang collect document loan application tu..  Dia bagitahu aku yang orang tu tak datang hari nie. esok dia baru datang ke cawangan kota damansara. so staf tu suruh aku isi dulu form dan tinggalkan form kat cawangan tu dulu dan  esoknya  orang tu akan datang collect. So, aku just isi kan form loan application tu..lepas siap, aku bagi pada staf yang jaga kaunter tu..

Dah penat dah!!!  Rasa macam malas lak nak terjah ke bank2 lain.. Rasa macam down pun ada..Rasa macam sama je..bank2 ni banyakkan nye memelih nak bagi loan rumah yang tak ada problem devaloper bankrup atau rumah yang amout loan tinggi ratus2 k gitew..

Since aku nak kena masuk kerja pada pukul 3pm. So, Jelajah submit loan bank aku tu Terhenti kat situ..Terus pergi ke tempat kerja.


SANGKUT HARGA MARKET VALUE TAK LEPAS

Masih pada hari yang sama iaitu 8hb Jun 2014.Petang sikit dalam pukul 2pm macam tu klu tak silap aku,  aku dapat call dari manager cm bank tu..Dia call aku, bagitahu yang rumah aku nak beli tu tak lepas harga market value. Harga beli RM123k..
Manager tu bagitahu, yang dia dah contac 2 valuer yang dia biasa guna, dia dah faxkan gambar2 yang aku bagi tersebut kepada valuer. Valuer  just boleh bagi maxima harga market value RM110k sahaja. Manager tu pun ada ceritakan yang dia sampai dah bertekak dengan pihak valuer tu mintak bagi valuer yang lebih tinggi lagi ...tapi pihak valuer tu memang bertegas dengan harga maxima rumah tu adalah RM110k..

Rasa macam sedikit hampa.. Aku slowtalk lah dengan manager tu..minta dia tolong carikan  lagi valuer2 lain,kot ada yang boleh bagi harga market value yang tinggi lagi..Aku pun ada bagitahu dengan manager tu, aku kata hari tu, agent yang nak jual rumah tu ada bagitahu dia boleh cari valuer yang boleh bagi harga rm130k untuk rumah tu.. So, si manager tu dengan bersemangat nye minta aku bagi phone number valuer yang agent tu katakan tu..biar dia sendiri call nanti..then aku bagitahulah kat manager tu, yang tak tahu no contac valuer tu sebab aku beli direct owner sekarang.. Manager tu sempat lagi cakap kat aku yang tak boleh percaya cakap agent tu..kadang2 memang ada agent yg suka2 cakap boleh dapat harga market value yang tinggi..tapi tu belum tentu betul lagi tu, katanya... At the end manager tu kata, dia akan try contac valuer2 lain and tunggu feedback valuer lain nanti..dalam pada tu dia pun suruh aku bagitahu dia jika aku sendiri ada dapat cari nanti..

Time bercakap ngan manager tu, sempat lagi aku bertanya dengan dia mengenai samaada aku ni  ada peluang nak dapat loan atau tidak. Manager tu bagitahu cuma sangkut kat harga market value ni sahaja, Bab document aku tu, tak bermasaalah dah, sebab katanya aku ada Duit simpanan kat ASB... Lega ada!! ..Risau pun ada!!.. Lega sebab manager tu kata tak bermasaalah nak dapat loan...risau, sebab TERsangkut tang Harga Market value pulak dah...hu.. hu ..

3hari lepas tu, Manager bank call aku semula, jawapan nya masih sama. Semua valuer pun bagi market value paling tinggi RM110k sahaja. So, aku tanya manager bank tu, kat mana aku boleh dapatkan contac number pihak valuer panel bank untuk aku pula try cari.. Manager bank tu bagitahu aku, aku boleh try cari melaui internet..dia kata, kalau aku dapat cari valuer yang boleh bagi harga tinggi nanti, terus bagi pada dia contact number untuk dia hubugi pihak valuer tu.

 Hari yang sama juga, aku dapat call dari pb bank pula. Pn.Yati bagi tahu aku maxima harga market value untuk rumah tu adalah rm110k juga. tak boleh dapat market value lebih tinggi sebab rumah yang aku nak beli  tu jenis walk-up apartment tak ada lift dan unit aku pula terletak di top floor tingkat 3 . Then Aku tanya staf pb bank tu, boleh tak kalau hold dulu document aku tu, sebab aku akan try cari and contac pihak valuer lain dulu untuk dapatkan harga market value yang lebih tinggi. staf tu cakap, actualy dah 6 valuer yang dia hubugi, 5 valuer letak harga maxima market value rm110k , and yang 1 lagi pihak penilai hartanah tu just bag market value rm90K sahaja. At the end aku bagitahu dengan Pn.yati supaya dia hold dulu document aku tu,,minggu depan aku akan contact dia balik samaada nak terus proceed atau tidak??

Bersambung part 6
-kisah macam mana aku cari contac number valuer
-hampir2 nak proceed loan dengan harga market value rm110k sahaja
-kisah macam mana tiba2 boleh lepas pulak harga market value (nasib baik dan pertolongan ALLAH S.W.T lah sebenarnya..)













6 comments:

  1. salam,macam mana yg proses nk jual rumah loan kerajaan?
    rumah semi d area paka,dungun,,2tahun,balance dgn bpp 208k,kalau saya jual 300k
    brape balance saya akn dpt?bgaimana plak utk buat loan kerajaan utk kali kedua?

    ReplyDelete
  2. Waalaikumussalam. Maaf ya,,kalau bab loan gov ni sye tak beberapa expert sangat. Pernah terbaca sikit2 je maklumat mengenai loan gov nie.klu tak silap proses jual lebih kurang sama je..cari pembeli ,submit loan pembeli ,lps approve,appoint lawyer untuk sign spa, awk boleh pilih nak lantik lawyer sendiri untuk mewakili awk sebagai penjual atau tak nak ambil pun tak pe..kalau tak lantik nanti lawyer pembeli akan caj lawyer fee untuk kos melepaskan gadaian dari bpp. Kalau pemilikan rumah tak lebih dari 5thn awak akan dikenakan Ckht oleh LHDN. 30% dari nilai keuntungan jualan ??next part sye akan tuliskan cara pengiraan ckht nie.. Tapi untuk unit kediaman individu boleh apply pengecualian ckht sekali seumur hidup..kita boleh tentukan bila masa kita nak apply samaada untuk rumah pertama kedua ,ketiga ke? Kena bagi tahun lawyer jika nak apply ..caj lawyer untuk apply ckht ni biasanya dalam rm200-300 mcm tu.. Untuk balance rumah awk tu rm300k-208k = 92k..apply pengecualian ckht..dapat lah untung juga.. But baik awk rujuk bpp tanya betul mcm mana pengiraan mereka jika awak nak jual rumah tu.. Atau awk boleh tanya lawyer kat salsalim.blogspot.com (sila emeil dia,rasanya beliau lebih expert soal loan bpp nie). Kos lawye untuk penjual yang dikenakan oleh pihak lawyer pembeli tidak semahal kos yang ditanggung pembeli (untuk kes loan asal si penjual loan bank laa). Tapi jika awak lantik lawyer sendiri mewakili awk as penjual untuk menjaga kepentingan si penjual.kos si penjual mungkin mahal sikit sbb nak kena bayar upah lawyer sendiri..lawyer awk akan buat kerja melepas gadaian pinjaman dan apply ckht.so upah tu just bayar lawyer awk sendiri disamping dia jaga kepenting hak2 awak ..

    ReplyDelete
  3. sesak nafas baca... mcm tengah baca novel je. tak sabar nak tahu endingnya. Nanti boleh share nombor contact lawyer tak?

    ReplyDelete
  4. Lawyer snp tu memang lah tersangat tip top kerja nya..semua benda detail dia explain kat sye..but dia tak de panel ngan bank and dorang lebih sibuk kontract bisness corporate client sedia ada... But lawyer bank sye tu memang ok juga..siti farazila yg recommand kan ke sye lawyer tu..klu awk nak no emeil lawyer bank nanti sye sent ya..

    ReplyDelete
  5. Sy pun kalau boleh nak contact no lawyer yer.nie email sy intanshafeenar@gmail.com
    tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. So sory ..contac no lawyer yg uruskan snp utk rumah kedua nie sye tak dpt bagi contac no dia...sbb urusan jual beli rumah dia biasa ambil yg kawan2 je...but kalau awak nak contac no lawyer bank yg Handle kes rumah pertama sye tu..sye boleh emeilkan ..

      Delete