Friday 5 September 2014

PENGALAMAN BELI RUMAH SUBSALE PART 1

Step by step Pengalaman beli rumah subsale . Tak tahu nak mula tulis ngan ayat apa ni.. Rasa macam blur2 je nak mulakan ayat untuk  pembukaan story kisah pengalaman beli rumah subsale iaitu rumah kedua aku ni. Rumah ni devaloper dah bankrup . pemilik tanah juga dah bankrup. hu ...hu...Complecated!!  memang complecated.. Nak wat macam mana, kalau ini lah yang ditakdikan untuk aku. Allah maha besar . Dia yang lebih tahu yang terbaik untukku..

Insyaalah niat aku , aku nak ceritakan semua poses pengalaman beli rumah subsale yang aku dah aku lalui dalam proses jual beli ni.,step by step akan aku ceritakan sehingga selesai proses nya.. Sebenarnya rumah ni masih dalam proses urusan antara lawyer dan bank lagi. So rumah ni belum sah lagi menjadi hak milik aku pada tarikh hari ini. Moga2 ALLAH SWT permudahkan sekiranya itu yang terbaik untukku...Amin...  Ok lah kat bawah ni aku tuliskan sikit detail property yang aku beli tu :-

Lokasi : taman xxxxxxx  
status : Leasehold (pajakan 99thn)
size : 940sqft
jenis rumah : shop apartment 
devaloper : Kho..xxxxxxx   (bankrup/liquidasi 2004)
pemilik tanah /propeator :  Mala xxxxxxx sdn.bhd (bankrup/liquidasi 2012)
geran :  Master title ( belum keluar strata)
Usia property : 20tahun
Harga jualan : rm123000
status aku : Bakal owner ke3
Tarikh sign SPA  :  18 julai 2014
Effectif date spa :  belum dapat confirmation letter by liquidator
History owner : 1) 1989 = Amat beli dari devaloper 
                         2) 2012 = arun beli dari amat
                         3) 2014 = annuar adam beli dari arun
lawyer snp : my big Bos aku@costomer aku
lawyer Bank : lawyer yang handle rumah lelong aku 2012


Sebenarnya lepas je beli rumah lelong pertama dulu, aku memang dah target nak beli  sebijik rumah lagi. Mula2 ingat nak target beli tahun 2013. Tapi aku lalai sikit uruskan duit perbelanjaan aku sebelum tu..senang cakap belanja tak ikut bajet..selalu je melebihi dari apa yg aku dah bajet kan setiap bulan. Ni semua gara2 pakai credit card lah ni...mcam senang je nak beli barang2 . last2 awal bulan nak kena membayou nye balik...sampai sekarang berat sungguh rasanya hati ni nak pergi potong credit card tu. nak potong rasa macam sayang lah pulak..hu hu... Tapi memang betul lah ..pakai credit card ni memang berantu sikit aaa. ..tinggal kita je yg kena disiplinkan diri kita pi bayar balik every month apa yang kita dah guna tu...CCRIS rekod nak kena jaga, klu tak susahlah jawabnye nak apply loan ngan bank2... hu hu..

Dah dekat2 hujung tahun 2013 aku dah mula berangan2 dah nak beli rumah kedua aku. Harga rumah pun semakin hari semakin naik.. So,aku memang risau juga lah klu ditangguhkan lama2 nanti, jadi tak terkejar pulak nak beli rumah nanti dengan harga yang semakin hari samakin naik harganya. Devaloper sekarang pun mana ada minat nak buat rumah low cost or medium cost lagi kat klang velley ni. Mereka lebih berminat nak buat rumah soho lah, sofo lah, sogo lah..dan entah apa2 oooo lagi. Rumah medium cost takdak!!!.. So rumah medium cost dan low cos pun dah macam goreng pisang panas juga, berebut2 orang nak beli. Aku pulak just kerja sendiri je. Tak makan gaji, tak ada slip gaji. Memanglah aku ada daftar perniagaan kat SSM, Tapi aku just wat kerja sendiri je and tak ada pekerja pun. Malu pulak nak mengaku ada bisnes sendiri. Klu ada upah pekerja bolehlah dengan bangganye aku mengatakan diri aku ni ada ada bisness sendiri... hu hu....untuk yang bekerja/bisness sendiri ni. kreteria bank untuk beri loan pada kita ni lain sikit dikiranya... So kena buktikan income kita lebih tinggi dari pekerja yg makan gaji. Klu yang kerja dengan company strong , gaji rm1800 tu dah dikira mudah untuk dapat pinjaman rumah rm80k tu. (ni aku rasalah, klu salah tolong betulkan ya..)  Tapi macam aku masa kes beli rumah pertama tu, nak loan RM31k pun ambil masa dekat sebulan untuk approve. So untuk target beli rumah kedua, aku memang bekerja lebih keras lah..everyday aku kerja. Cuti tak cuti pun hari raya aku baru cuti betul2 dalam 5-6 hari jew. tak pe lah susah-susah dahulu, senang2 kemudian kan!!..


Macam biasa lah, Bila dah target nak beli rumah ni, perancangan kena ada. and kena standby awal. Kat asb aku macam biasa lah pada awalnya,tak menentu juga rekod duit masuk nye kat situ. Ada rekod masuk. ada rekod keluar. Sejak hujung tahun 2013 tu aku cuba2 lah jugan masukkan rm1000 sebulan. but kekadang tak masukkan juga. so kira tak menentu lah masukkan kat situ. Kat current account pun sama. kekadang masuk RM4300, kekadang masuk rm4500, kekadang just masuk RM3500.. Baki Dalam duit current acc company pada awal bulan selepas masuk ke current account cuma rm6K je. Yang tetap adalah keluar dari current account ke maybank rm3800 setiap bulan.. Walaupun income account company aku tak macam  income bisnes company orang lain yang bisnesnye mungkin melebihi RM10k sebulan, Firasat aku kali ni merasakan macam aku boleh layak dapat pinjaman bank Untuk rumah yang harga RM100K-RM130k gitew!!!  Aku tak pergi cek status kelayakan kat bank lagi masa tu...Tapi perkiraan aku ni adalah berdasarkan rekod cantik yang aku kekalkan dengan bank. Loan kereta kancil aku rm238 sahaja dah berusia 4tahun, cuma tinggal setahun sahaja lagi dengan public bank, credit card dah pakai 4tahun dengan public bank (pbbank offer masa loan kereta) ,loan asb aku pula dah berusia 5 tahun dengan maybank (ni lah loan pertama aku dengan bank), dan loan rumah dengan cimb rm331 dah hampir 2 tahun (balance lagi 8tahun dan aku bayar rm400 setiap bulan) . Ni semua aku rasa tiket untuk aku nak dapatkan kepercayaan bank untuk luluska pinjaman kedua rumah aku nanti. Selain tu aku juga ada lah juga buat congak pengiraan sendiri. berdasarkan pengiraan DSR tu...and dari pengiraan DSR tu memang aku layak  rasanya nak beli rumah below rm130k...

. Aku dah bagitahu awal  dah kat family aku yg aku nak beli rumah kedua dalam bulan 6-8 macam tu.and mereka pun memang suka sangat lah tengok aku ni dah reti dah memikir nak kumpul harta sendiri ni.. yelah, dulu hidup pun tak menentu sangat,,simpanan bukannya ada sangat pun...hu hu...kalau orang lain, aku ada baca kisah yang  beli rumah di usia muda. aku lak diusia dah nak tua ni barulah nak start and belajor2 beli hartanah ni.. Kalu ikut kan masa umur 20 dulu aku memang dah berminat nak beli rumah. tapi tak tahu macam mana..ilmu tak de, duit lagi lah tak de...hu hu...

Kalau rumah first dulu, duit yg aku ada hanya cukup2 makan je untuk beli rumah tu. Kali ni aku dah tak nak dah macam tu.. kali ni aku nak target simpanan yg aku ada tu perlu melebihi  kos untuk proses beli rumah tersebut... tu yang aku cakapkan pada family aku lah..tapi dalam hati ni dah rasa macam tak sabar dah nak beli rumah kedua ni.. tambah2 lagi kalu aku dok belek harga2 rumah kat mudah.my tu...memang geram je tengok...hu..hu...

Kata tadi dalam bulan 6 atau bulan 8 kan! target nak beli rumah kedua... Tapi, start bulan 3  tu pun aku dah macam serius dah datang penyakit nak beli rumah ni. Hari2 aku duk perati iklan kat mudah.com tu..Macam orang tengok harga pasaran saham pulak dah gaya nye....cakap dalam hati just nak survey2 je... Nak plan lokasi mana yang aku nak beli nanti,rumah jenis apa aku nak? freehold ke leashold?. Kali ni memang aku tak rasa nak beli rumah lelong pun... Sebabnya, dalam rasa mcm bank boleh bagi loan tu,aku pun memang sangat risau juga kalau2 bank tak nak bagi loan aku nanti... Maklumlah bila beli rumah lelong ni, downpayment  5% or 10% yang kita bayar pada bank pelelong tu boleh burn jika bank tak lulus pinjaman kita.

So pencarian rumah ke2 aku ini adalah rumah subsale..dan aku target nak beli rumah freehold. Sebabnya aku malas nak tunggu proses lama2 sangat . Rumah freehold ni  kalau dah ada geran individu,biasanya dalam 3 bulan dah boleh settle. Rumah Leasehold pulak biasanya  6bulan dan nak kena concent pejabat tanah bagai...

Rumah kat kl ni mahal betul!!!!  nak cari yang freehold dengan bajet below rm130k memang tak dapatlah jawabnya. Rumah low cost memang confirm tak layak beli. So pencarian rumah ke2 aku ni kena fokuskan rumah jenis medium cost la ye.. Masa aku duk sibuk kat ternet nak pilih2 lokasi rumah tu, actualy masa tu dah nak dekat2 dengan pilihan raya kat kajang. Aku pun ada lah terbaca paper yg tulis 'hartanah kajang bakal melonjak sebab berdekatan dengan MRT ' . So, aku pun tertarik juga lah nak beli rumah kat area kajang sana. Target nak yang dekat dengan MRT dan ada balcony. Harga rumah kat area kajang tu pun ok lah sikit2, tapi tengah naik jugak tu..sebab MRT dah tengah progress.. Mula2 tu aku adalah berkenan dengan satu unit apartment SRI ROS. Kat situ tak ada lif and unit tu terletak di tingkat empat. Kalau tak silap aku masa tu dalam akhir bulan 3 macam tu ..Agent tu perempuan melayu, harga rumah tu rm110k . And aku Just whatsapp dia je. Tanya detail pasal rumah tu. Pastu dia kata kalau berminat boleh bayar Booking 3% dari harga rumah tu secepat mungkin sebab ada cina lain memang dah ready cek nak beli rumah tu.. Katanya sebab aku ni bumi so dia lebih prefeer aku dulu klu aku minat nak beli rumah tu. Katanya, selain duit 3% tu, aku juga perlu bayar 6% gst tax yg dikira dari 3% booking yang aku bayar tu. seingat aku itulah first time  aku jumpa agen yang ada caj tax gst (goverment tax tau,,) time kita nak bayar booking rumah. Agen lain tak de pun wat macam tu.  Dah lah tu, bila tanya samaada boleh bagi full refund semula jika bank tak approve loan?  Agen tu macam tak nak jawab je..Berkali2 aku tanya, then dia just bagitahu boleh dapat full refund sekiranya aku dapatkan surat pembatalan loan dari bank...Ada ke surat macam tu??? Entah aku pun tak beberapa tahu...Rasa macam susah je berurusan ngan agen tu. Harga dah macam murah dah jika nak dibandingkan dengan unit2 lain yg juga ada diiklankan di mudah.my tu..  Tak berani nak ambil risiko...so bye bye.. Next please...

Bersambung....  Pengalaman beli rumah subsale PART 2






bersambung PART 2













2 comments:

  1. Serius dah ada GST? Ala.. baru je berangan,, bkn kerajaan cakap beli rumah xde GST ke? erm...

    ReplyDelete
  2. Get yg dia maksudkan tu adalah goverment service tax. Bukan goods service tax. . Tapi banyak2 agen yg sye survey rumah,, hanya agent yg sorang tu je yang cakap kena bayar get untuk jumlah earnest deposit yg kita bayar. . Pelik juga tu. .

    ReplyDelete